SIRI 14
Mereka menyelinap masuk bagaikan pencuri kerana baru sahaja keluar tanpa minta kebenaran dari Ketua Umum,warden apatah lagi.
“Ye la ye la,kejap…,”Ella pula bersuara.
“Korang masuk je,jangan cakap leh?Rilek ar nak takut pe?,”Fana pula menyampuk selamba.
“Aku bukan takut,tapi tahu je lah mulut si Aqilah tu,mentang-mentang la Ajk Disiplin,berlagak giler.Kak Wardah pun tak macam tu.Huh!,”keluh Mona.
“Woi!Korang berempat di sana…!Mari sini..!,”jerkah Aqilah sambil mencekak pinggang dengan muka yang merah menahan marah.Aqilah,pelajar tingkatan 5 sains yang cukup tegas dan garang muak melihat muka yang sama membuat kesalahan.
“Ha..kaulah sebut nama dia sangat, kan dah datang..aduh!,”kata Fika pula menyalahkan Mona.
Malam itu Wardatul Shaukah tidak membiarkan 4 sekawan itu terlepas begitu sahaja.Dia sengaja mahu melihat mereka berempat berbuat apa yang mereka mahu terlebih dahulu.Pada malam itu,Wardatul Shaukah memanggil empat sekawan itu masuk ke biliknya.
Lampu ditutup,hanya sinaran bulan yang menerangi bilik itu.Suasana sunyi sepi.Jauh dari keriuhan suara-suara penghuni yang lain kerana waktu itu adalah waktu prep di kelas.Di Asrama Baitul Nur Aliah hanya tinggal mereka berlima.Wardatul Shaukah sengaja memilih waktu itu untuk muhasabah diri.
Sunyi sepi.Cuma kedengaran bunyi cengkerik dan katak berselang-seli.Hujan makin lebat membasahi bumi.Suasana sejuk dan nyaman dirasai.Tenang sekali.Subhanallah!
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…,”
“Waalaikumussalam Kak Wardah.,”jawab mereka serentak.
“Adik-adik tahu kenape akak panggil ke sini malam ni?,”
“Tahu kak,kami kuar tanpa kebenaran.Tapi kenape akak baru panggil kami malam ni?Mesti budak becok tu yang mengadu kan…,”tuduh Fana ditujukan kepada Aqilah.
“Tidak Fana,tidak sama sekali.Malam ni,akak sendiri yang memanggil kalian semua.Tiada kaitan dengan yang lain.”
“Akak,hukum je kami kak,kami sanggup terima hukuman dari akak dari si mulut becok tu,”ujar Fana ikhlas.
“A’ah kak,betul betul betul,”sokong Mona,Fika dan Ella.Mereka berempat lebih selesa dengan Wardatul Shaukah,walaupun mereka tidak melakukan segala aktiviti yang ditetapkan,mereka sangat menghormati beliau sebagai Ketua Umum di situ.
“Baiklah,sebagai hukumannya,akak nak adik-adik semua pejamkan mata.,”
“Eh,akak macam nak bagi hadiah je ni,hehe romantiknya rasa.Dahla gelap,pejam-pejam mata pulak,hihi,”Ella bersuara.
“Ish kau ni,leh diam tak.Kita tengah kena hukuman ni,mana boleh happy happy.Shhh…,”bisik Fana menolak bahu Ella yang berada di sebelahnya.
“Dan semua kena diam,tidak dibenarkan bercakap.Ikut saja apa yang akak cakap k..,”arah Wardatul Shaukah sopan berbaur ketegasan.
“Pejamkan mata…
Kosongkan fikiran…
Hilangkan segala masalah yang membelenggu di dalam kepala…
Bayangkan wajah yang paling anda semua sayang…
Terutama emak dan ayah kalian…
Bayangkan kasih sayang yang telah mereka curahkan..
Hilangkan segala kebenciaan dari dalam diri kepada mereka…
Kenang segala pengorbanan mereka buat adik-adik…
Renungkan,ketika mana ibu bapa adik-adik memanggil,
Fana…
Fana…
dimana kamu Fana…
mak rindukan Fana…
Ella…
di mana kamu nak…
abah nak jumpa kamu…
belajar betul-betul nak…
Fika…
mak dan ayah sangat-sangat sayang pada Fika…
Belajar sungguh-sungguh nak…
Jadi orang berguna…
Mona…
ayah nak kamu berjaya nak…
Jangan kecewakan ayah..
Monalah harapan ayah…
Bantulah keluarga kita nak…,”Wardatul Shaukah bernada sayu.Dia tahu Ella dan Mona kehilangan seorang ibu ketika masih kecil.Manakala Fana pula kehilangan ayah.Cuma Fika sahaja yang masih mempunyai kedua-duanya.
“Bayangkan adik-adik,saat ini,ibu bapa adik-adik sangat rindukan adik-adik…mereka memanggil nama adik-adik,mereka sentiasa berdoa kebaikan adik-adik…
Dalam fikiran mereka,mereka hantar adik-adik ke sini,untuk berubah menjadi anak yang solehah,remaja beradab,hamba yang patuh kepada Tuhannya…
Pernah tak Fana buat dosa dekat ibu?
Pernah tak Ella menengking abah?
Pernah tak Fika memarahi ibu dan ayah Fika?
Dan pernah tak Mona menderhakai ayah?
Renungkan adik-adik,ingat balik apa dosa yang telah adik-adik lakukan pada ibu bapa adik-adik,adakah sempat kita meminta maaf pada mereka?Adakah sempat?…,”suara Wardatul Shaukah berbaur tangisan.
Esakan adik-adik di depannya mula memecah kesunyian,semakin lama semakin kuat.Seperti melawan bunyi guruh yang berdentum saat itu.
Fana,Fika,Ella dan Mona menghayati segala yang ditutur oleh Wardatul Shaukah satu persatu.
“Fana,Fika,Ella,Mona,bila?Bila adik-adik nak mohon maaf pada mereka semua?Macam mana kalau Allah tarik nyawa mereka sebelum adik-adik balik hujung minggu ni?Macam mana?SPM tidak lama lagi.Apa harapan mak ayah adik-adik?Mereka semua mengharapkan yang terbaik dari adik-adik semua.
Fana jawab soalan akak ye.
Fana ada buat salah dengan mak tak?”,
“Ada kak…ba..banyak…isk isk isk…,”tersekat-sekat Fana menjawab,esakannya semakin memuncak.
“Bila Fana nak minta maaf pada mak Fana,?”
“Cuti hu…jung minggu ni kak…,”
“Fana…tika mana Fana bertekad,hujung minggu ni,Fana nak mintak maaf pada mak.Fana sayang mak.Fana cinta mak.Sampai saja Fana di depan pintu pagar rumah.
Eh,kenape ramai sangat orang ni?kenape banyak sangat kereta ni?Mak…mak…!
Fana berlari masuk ke dalam rumah.Sekujur tubuh dibaluti kain putih terbaring di atas hamparan tikar mengkuang.Dikelilingi jiran-jiran membaca Yassin untuk si mati.
Perlahan-lahan Fana mendekati tubuh itu,perlahan-lahan menyelak kain putih itu ingin mengecam siapakah dia…tiba-tiba…,”Wardatul Shaukah melakonkan watak Fana pada saat itu dengan penuh penghayatan.Tiba-tiba kalamnya dipotong.
“Tak nak kak..tak nak…!Akak…Fana tak sanggup kak,Fana dah kehilangan ayah,Fana tak sanggup kehilangan mak pula.Fana sayang mak walaupun Fana selalu marah mak sebab tak ikut kemahuan Fana.Fana tak nak mak mati,Fana tak nak jadi yatim piatu kak,Fana nak minta maaf kat mak,Fana nak minta maaf sekarang kak,Fana nak belajar sungguh-sungguh,Fana tak nak main-main dah,Fana nak buktikan kat mak,Fana boleh,Fana nak bantu mak,tapi jangan ambil nyawa mak Fana,Fana sayang mak….,”jerit Fana teresak-esak dan tersedu-sedan menahan tangisan.Betul-betul menyesal atas perbuatannya.
Wardatul Shaukah,Mona,Fika dan Ella,terharu mendengar pengakuan Fana.Tidak pernah dilihat dia menangis sebegitu rupa.
“Fana…pergilah..pergilah telefon mak Fana sekarang,selagi belum terlambat.”lembut Wardatul Shaukah mencadangkan kepada Fana.Telefon awam memang telah disediakan di sebelah luar asrama mereka,iaitu di tempat solat mereka.
Pantas Fana bangun dan berlari ke bloknya mengambil syiling untuk menelefon ibunya di rumah.
“Mak…,mak…Fana minta maaf mak..,”
“Fana?Kenape ni?Fana tak buat salah pun dengan mak.Kenape nangis macam ni?”
“Mak,maafkan Fana..maafkan Fana mak.Fana banyak kali buat mak sakit hati,Fana selalu marah-marah mak.Fana akan belajar betul-betul.Fana akan bantu keluarga kita.”
“Ye Fana,ye,mak tak simpan dalam hati nak,mak sayang semua anak-anak mak.Mak maafkan segala kesalahan Fana,Mak pun sayang Fana…”,Mak Cik Salmi juga terkesan dengan tangisan anaknya.Tidak sanggup dia mendengar anaknya menangis sebegitu.Akhirnya mereka berdua tenggelam dek tangisan kasih-sayang.
Habis sahaja Fana bercakap dengan ibunya,Fika,Ella,dan Mona menyusul.Masing-masing meminta maaf dan menyesal atas kelalaian mereka selama ini.Mereka baru sedar bahawa,hidup bukan sahaja ada kawan-kawan,bukan sahaja untuk bergembira,tapi harapan mak dan ayah adalah sangat penting untuk ditunaikan.
***
Sejak kejadian pada malam itu,Fana,Fika,Ella dan Mona betul-betul berubah.Mereka mengikuti segala program dan aktiviti yang dijalankan di ABNA.Mereka makin bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM beberapa bulan lagi.Akhlak serta percakapan mereka juga makin berubah,sedikit demi sedikit.Mereka terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang telah dikongsi di dalam aktiviti-aktiviti di dalam asrama itu.
Cuma Wildan masih melekat di dalam hati.Fana memendam sahaja perasaannya itu.Dia tidak tahu bagaimana mahu menyingkirkan perasaan sebegitu di dalam hatinya.Kerana ketiadaan ayah sejak kecil,dia tidak pernah merasai kasih-sayang seorang lelaki dewasa lain.Perasaan itu membuak-buak tika melihat Wildan.
Cuba dilawan rasa sayang itu...tetapi itu fitrah,susah dielakkan.Hanya mujahadah saja yang boleh dilakukannya.
“Kak Wardah,nanti lepas habis gotong-royong ni,Fana nak jumpa akak ye.Fana ada sesuatu nak tanya.”ujar Fana ketika aktiviti gotong-royong diadakan.
“InsyaAllah dik.Boleh.Nanti kita cakap kat musolla ye.,”balas Wardatul Shaukah sopan.
“Thanks kak…,”
***
“Akak,salah ke kalau Fana suka kat seorang lelaki ajnabi sebagai abang?”
“Tak salah,itu fitrah.Cuma cara kita menghadapi fitrah itu kenalah mengikut syariaat dalam Islam.”
“Erm…tapi kak,Fana bukan nak kawin,cuma nak rasa kasih-sayang seorang abang.Fana tak pernah dapat rasa kasih-sayang ayah.Fana tak de abang.Fana ada jumpa abang yang Fana kagum kat sini.Fana dapat rasa kalau dia jadi abang Fana kan best.Tapi Fana tak pernah cakap kat dia.Fana tahu,Fana dan dia macam langit dan bumi kak.Dia terlalu baik dan dihormati.Sesuai dengan akak.Fana seronok dapat rasa kasih-sayang akak kat sini.Terima kasih kak,sebab sedarkan Fana dan kawan-kawan.
Tapi Fana nak sangat rasa kasih-sayang dari seorang lelaki,”luah Fana jujur.Selama ini walaupun dia seorang yang nakal,tidak pernah dia bercinta dengan lelaki.Hanya dipandang dari jauh dan diceritakan pada kawan-kawannya.
Wardatul Shaukah tersenyum sendiri.Dia cuba mencari jawapan yang sesuai dengan pertanyaan Fana.
“Fana,Fana nak kawin tak?,”
“Mestilah nak kak.Tapi bukanlah sekarang.”
“Fana nak rasai kasih-sayang seorang lelaki,seorang abang kan.Bersabarlah sekarang adikku,tahanlah perasaan itu dulu.Jangan Fana rasa sayang yang membuak-buak pada lelaki ajnabi yang belum tentu menjadi suami Fana.Bukankah membuang masa namanya.Bila tiba saat Fana berumah tangga,masa itulah Fana luahkan segala kasih-sayang yang dipendam selama ni.Baru best,dia halal untuk kita sayangi,halal untuk kita rindui dan halal juga untuk kita bersentuhan…best kan..,”
“Ye kak,betul,tapi macam mana nak elak kak,Fana dah lama perhatikan dia,,dari dunia jahiliyyah Fana kak…,”
“Dengan sebab itulah Fana kena bermujahadah.Maksudnya,Fana kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dari perkara mungkar itu.Fana sibukkan diri Fana dengan aktiviti-aktiviti,ceramah-ceramah agama,banyakkan beribadah.InsyaAllah Fana akan rasa kelainannya.Sikit-sikit sayang itu akan hilang.InsyaAllah.Fana,sekarang dan sampai bila-bila pun,cinta kepada Allah kita patut dahulukan.Selepas itu barulah Rasulullah,agama,ilmu,ibu bapa dan lain-lain.
Apa-apa yang kita buat niat mestilah hanya kerana Allah.Kita cintai seorang lelaki,kita kata kerana Allah,tapi adakah kita mengikut syariaat yang telah digariskan?Akak sarankan disini adikku,belajarlah dulu,ilmu lagi penting dari lelaki itu k.Adik bersabarlah sekarang ni sahaja,tidak rugi.Bila adik tahan dari sekarang,rasa kasihkan suami nanti sangat-sangat indah.Kasih ayah,abang bercampur sekali.Sungguh nikmat dik.”
“Subhanallah,terima kasih kak.Fana tak terfikir pulak sampai macam tu.Ye,Fana akan bermujahadah sungguh-sungguh.Fana nak cintakan Allah sebab Dia yang buat hati Fana tenang sekarang.Dia yang ketemukan Fana dengan akak,dengan lelaki yang Fana suka tu.Baik kak,thanks a lot.Fana pergi mandi dulu ye,Fana nak solat sunat Dhuha.Fana nak mengadap kekasih Fana.Sayang akak.,”
Fana bangun dan terus ke bloknya.Wardatul Shaukah bersyukur atas perubahan itu.Dia tidak menyangka perasaan untuk berubahnya terlalu tinggi.Maha suci Allah.
‘Siapa lelaki yang terlalu Fana kagumkan itu?Erm..tak pe tak penting itu semua.,’getusnya dalam hati.
Wardatul Shaukah berlalu meninggalkan musolla dan bersiap untuk mendirikan solat sunat Dhuha.
***
“Ummi,abi buat ape ni?,”tanya Wardatul Shaukah tika mana melihat ibu bapanya sibuk mengira sesuatu.Dia baru saja sampai kerumah menaiki bas dari asramanya sempena cuti pertengahan tahun.
“Iqah..ni bajet untuk hantaran Iqah nanti.Ummi dan Abi nak asingkan,takut terguna pula.,”jawab ibunya tenang.
“Ye ummi,abi,terima kasih sangat,Iqah tak sangka secepat ni Iqah akan kawin.Iqah tak sanggup berpisah dengan Ummi dan Abi.”
“Tapi Iqah,selepas Iqah kawin,Iqah lebih berhak ke atas suami Iqah.Masa tu syurga di bawah keredhaan suami nak…,”ujar ayahnya pula.
“Ye,Iqah faham.Erm...ummi,abi,doakan Iqah ye,STAM makin dekat,ada beberapa bulan lagi.Iqah harap Iqah dapat sambung ke Mesir.”
“InsyaAllah,Abi dan Ummi sentiasa doakan Iqah.Lega hati kami,masa tu Iqah dah ade suami disisi,jadi kami tak perlu bimbang lagi tika Iqah di Negara orang,”usik ayah Wardatul Shaukah.
“Ape lah abi ni.,”mukanya kemerahan menahan malu.Tidak dapat membayangkan akan berkahwin beberapa bulan lagi.
“Semua persiapan kami dah siapkan,saudara-mara pun banyak membantu,Iqah jangan risau ye,Iqah belajar betul-betul,kejar apa yang Iqah nak.Kami sentiasa menyokong dan mendoakanmu nak.”
“MasyaAllah,Iqah bersyukur,Iqah bangga Ummi dan Abi jadi ibubapa Iqah.Terima kasih ya Allah,terima kasih.,”
Wardatul Shaukah memeluk erat kedua ibu bapanya yang tersayang.Dia terharu atas segala pengorbanan mereka buatnya.
***
“Ustaz,Fana nak jawab.”
Semua pelajar kelas 5 Jauhar berpaling kearah Fana yang berdiri di mejanya.Mereka semua sangat pelik dengan perubahan ketara Fana.Begitu juga Ustaz Am.Sejak Fana dan kawan-kawannya berubah,Ustaz Am selalu memuji mereka kerana keberanian mereka dan kepantasan mereka menjawab soalan darinya.Juga kesungguhan mereka untuk memahami subjek itu.
“Bagus Fana.Kamu semua ni,patut contohi Fana ni.Dia betul-betul belajar.Dia dan kawan-kawan dia selalu datang bilik saya.Bertanya apa yang tak faham.Bukan diam membisu je kalau tak faham.Jangan jadi bodoh sombong!.Kamu semua dengar tak?Apa yang kamu semua patut lakukan?!,”
“Jadi macam Fana…,!”serentak pelajar-pelajar lain menjawab.
“Ye lah…kena buat ape?,”
“Kena buat macam Fana ustaz…,”
“Ya Allah..!Kamu semua ni ingat,mambang tanah mambang air ke?pastu cobaan,hai mambang tanah,cobaan…gi tu?Jawab dengan semangat!,”tengking Ustaz Am
“Tanya ustaz kalau tak faham..,”selamba pelajar-pelajar 5 Jauhar menjawab seperti tidak takut lagi dengan jerkahan Ustaz Am.
“Haih…kamu semua ni..macam bertukar personaliti dengan Fana dan geng-geng dia pulak..Macam-macam la kelas kamu ni.Baik,ustaz keluar dulu.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam Ustaz Am.,”
sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/
No comments:
Post a Comment