Monday, November 8, 2010

~MOODY monday~

KERJA itu adalah IBADAH

pabila bercuti..terkadang kita akan mengeluh di hari esoknya tatkala perlu memulakan tugas sbg PEKERJA..kerana rasa malas menguasai diri..diri ini juga terkadang begitu..wahai sahabatku sekalian, marilah kita sama2 muhasabah diri..sesungguhnya..

Dalam Islam, dasar kerja atau amal adalah niat yang akan membezakan sama ada sesuatu tindakan itu berupa kebajikan atau tidak dan Allah menegaskan bahawa adalah menjadi satu kewajiban kepada kita untuk melakukan yang terbaik dalam memikul amanah dan tanggungjawab kerana Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.


takut nanti..daripada keluhan akan terbit rasa malas yg berpanjangan dan kita tidak bersemangat di tempat kerja..dan di kala waktu bekerja, kita hanya mengahabiskan masa dengan bersembang atau pun dengan aktiviti2 lain yg bukannya tertumpu pada kerja..wahai diri, tekunlah melaksanakan KERJA kerana KERJA itu adalah IBADAH..takut nanti gaji yang diperolehi tidak diberkati ALLAH S.W.T..gaji yang tidak berkat akan menyebabkan hidup ini jua tidak berkat jua..hidup yg tidak mendapat keberkatan drpd ALLAH S.W.T tidak akan tenang dan bergolak...wallahu'alam

------------------------------------------------------------------------
RENUNGAN HADITH

Dasar Kerja Orang Bekerja
Hadith :
Dari Imran r.a katanya, s:aya bertanya:”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab;”Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”
(al-Bukhari)

Huraian
Manusia adalah makhluk yang bekerja. Bahkan manusia tidak akan mendapatkan suatu apa pun kecuali apa yang diusahakannya sendiri. Oleh itu tidaklah menghairankan jika kita juga sering mendengar bahawa masuk syurga atau neraka itu sangat ditentukan oleh amal atau perbuatan seseorang, pekerjaannya atau usahanya ketika di dunia. Aspek-aspek kerja dalam Islam sesungguhnya terkandung dalam bentuk yang sangat luas mencakupi seluruh kehidupan itu sendiri, ia bersifat fizikal, intelektual dan juga spiritual. Apa yang ditekankan oleh Islam ialah supaya kita bekerja atau berusaha untuk kebaikan dan dengan cara yang baik kerana orang yang beriman dan bekerja dengan baik, Allah S.W.T akan memberinya kehidupan yang baik. Sesungguhnya kerja dengan amal mempunyai terjemahan yang sama di dalam Islam meskipun masyarakat mengenalinya dari sudut yang berbeza. Amal seringkali diberi makna pada tindakan atau kerja kebajikan sedangkan kerja dikategorikan pada tindakan manusia yang menghasilkan upah atau gaji dalam bentuk wang mahupun material dan sebagainya yang bersifat ekonomi untuk menjaga kelangsungan hidup bagi diri sendiri atau orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya. Dalam Islam, dasar kerja atau amal adalah niat yang akan membezakan sama ada sesuatu tindakan itu berupa kebajikan atau tidak dan Allah menegaskan bahawa adalah menjadi satu kewajiban kepada kita untuk melakukan yang terbaik dalam memikul amanah dan tanggungjawab kerana Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Oleh sebab itu seseorang itu dikurniakan Allah kelebihan yang tersendiri dan untuk itu dia akan dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah mahir (tahu) tentang sesuatu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...