SIRI 1
“Subhanallah,cantiknya…”ada rasa kagum dalam hati seorang hamba Allah ini.
“Allah Maha Kuasa menciptakan segalanya,langsung tidak setanding dengan ciptaan manusia,subhanallah”sambungnya lagi sambil melihat pemandangan gunung-ganang melalui tingkap bilik studynya..Tidak putus-putus memuji Tuhan yang telah menciptakannya.
Wardatul Shaukah seorang pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mengambil jurusan Ilmu Wahyu ini,masuk semula ke bilik tidurnya yang diasingkan dengan study room itu.Setiap bilik yang disediakan di Pusat Asasi Nilai itu menempatkan 20 pelajar dalam satu bilik.Walaupun penuh,tapi ukhwah yang terjalin sangat berharga.
“Wardah,nak tidur dah ke?Baru pukul 10”tanya Suhana bila mana melihat Wardatul Shaukah keluar dari bilik air dalam keadaan basah semua anggotanya.Suhana sudah faham setiap kali sebelum tidur,mesti Wardatul Shaukah akan mengambil wudhu’ dahulu.
Wardah mengimbau kembali masa yang telah lalu, tidak seperti pada mula-mula Suhana melihatnya begitu.
”Awak mandi ke Wardah malam-malam macam ni?Mak saya kata tak elok tau.Nanti boleh sakit paru-paru berair...Bahaya !”Suhana bersungguh-sungguh memberitahu.
Wardatul Shaukah senyum dan tenang membalasnya
“Tak delah Su,saya ambil wudhu’ tadi,terima kasih kerana ambil berat.”
“Mestilah,saya kan kawan awak…saya sayang awak tau.heheheh”Suhana mengaku dengan tersipu malu.
Oooo…belum solat Isyak ek..?”teka Suhana
“Dah…saya nak baca al-Mulk sebelum tidur.Jom baca sama-sama.”
“Owh ye ke,kalau macam tu tak pela,awak baca dulu ye,saya ada kerja lagi ni,selamat malam…”
***
Wardatul Shaukah tersedar kembali, dia tersenyum sendiri memikirkan perkara itu.
“A’ah Wardah,rilek la dulu,sembang-sembang dengan kami”sampuk Amirah pula yang tadi rancak bersembang dengan roommate nya yang lain.
“Wardah….kenapa tersenyum sorang-sorang ni?teringat buah hati ke?”kata Suhana lagi,geram persoalannya tiada jawapan.
“Sorry,sorry…mirah,su…a’ah nak tidur dah,esok nak bangun awal.”jawab Wardatul Shaukah dengan rasa serba-salah dan terus mencapai tudung dan tafsir al-Quran putihnya.Warna putihlah warna kegemarannya setelah dia sedar dan mendapat hidayah untuk memperbaiki dan mensolehahkan diri.
Baginya,putih itu suci,
Sesuci bayi yg baru lahir,
Yang tiada dosa…
Usai saja membaca surah al-Mulk,Wardatul Shaukah membaca doa selesai membaca al-Quran yang lancar di hafalnya dari buku Asas Tajwid Rasm ‘Uthmani yang dikarang oleh Muhammad Sharif Hassim:
Kalamun qadimun la yumallu sama’uhu,
Tanazzaha an qaulin wa fi’lin waniyyatin,
bihi asytafi min kulli da’ain wanuruh,
dalilun liqalbi inda jahli wahairati,
faya rabbi,mati’ni bisirri hurufi,
wanawwir bihi wa sam’ii wa muqlati,
wasahhil a’layya hifzhohu summa darsah,
bijahinnabi wa ali summa sohabah…amin ya rabbal ‘alamin.
Inilah al-Quran yang tidak pernah bosan didengarkan,
Menjaga diri daripada perkara yang tidak baik,sama ada perkataan,perbuatan atau niat,
Dengan al-Quran aku mengubat segala penyakit.
Cahayanya menjadi petunjuk hatiku di kala meraba dalam kebodohan dan kebingungan,
Wahai Tuhanku!Gembirakanlah aku dengan rahsia yang ada pada setiap hurufnya.
Dan sinarilah hatiku,pendengaranku dan penglihatanku dengannya.
Mudahkanlah bagiku untuk menghafal dan mempelajarinya,
Dengan sebab kewibawaan nabi Muhammad,keluarga dan semua sahabatnya.
***
“Wardah……cepatlah nak teka-teki,cepatlah…”minta Auni dan Balqis yang mana tempat tidur mereka disebelah kanan katilnya.
Qistina dan Syasya juga setia menanti teka-teki yang akan diutarakan.Tempat tidur mereka pula di sebelah kiri katil Wardatul Shaukah…Mulanya teka-teki kepada mereka berempat saja,kerana katil yang bersebelahan.
Tetapi makin lama,makin ramai yang berminat nak join,meriah bilik itu dengan ukhwah yang terjalin.Wardatul Shaukah mengucap syukur.Sikit-sikit lama-lama makin ramai.Tapi yang diharapkan sebenarnya adalah kualiti lebih dari kuantiti.
Walaupun latar belakang yang berlainan dengan semua kawan-kawannya di dalam bilik itu,kerana berlatar belakangkan sekolah agama,Wardatul Shaukah tidak kisah,dia cuba biasakan dan meramahkan dirinya dengan yang lain.Dalam diam-diam,diselitkan dakwah kepada ahli-ahli biliknya itu.
Seperti biasa,selepas solat Isyak,Wardatul Shaukah akan menyediakan dua teka-teki pada kawan-kawannya…Siapa yang dapat jawab dia akan menghadiahkan penanda buku yang tertulis kata-kata hikmah untuk setiap seorang.
“Baiklah…ini soalannya…
Auni dan Syasya berjalan ke lobi,
Sambil mulut membaca kalamullah,
Siapakah dia perisai nabi,
Yang digelar Asadullah?
Sebelum memberi teka-teki ini,Wardatul Shaukah tidak lupa untuk menampal artikel di dinding bilik study yang disediakan ruangan khas yang dinamakan sebagai “Laman Ilmu”.
Setiap pagi Wardatul Shaukah akan meletakkan artikel tentang latar-belakang orang yang akan ditekanya,dan sahabat-sahabat nabi yang lain supaya hero-hero Islam ini tidak tenggelam dek zaman.Dia memberi teka-teki ini kerana ingin menguji roomatenya,adakah mereka baca artikel itu atau tidak,dan menarik perhatian dengan memberi penanda buku kepada mereka.Ia juga adalah salah satu wasilah menggalakkan mereka membacanya.
Sebagai Musyrifah atau ketua bilik dalam bilik A-3-2 itu,dia rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan ahli-ahli biliknya dengan sejarah-sejarah Islam dan menggalakkan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.Dia tidak rasa bangga langsung dengan jawatan tersebut,bahkan sebaliknya,dia rasa teramat takut.Takut tidak mampu memegang amanah ini.
Tapi Wardatul Shaukah tidak putus-putus berdoa,moga Allah memberinya kekuatan dan memeliharanya sentiasa.Dan dia juga berdoa agar Allah melapangkan hati-hati kawan-kawannya dalam bilik itu untuk menerima dakwahnya tanpa dendam kesumat di dada.Wardatul Shaukah pandai menyusun strategi untuk memikat ahli-ahli biliknya dengan salah satu caranya iaitu melalui teki-teki berpantun ini.
Kadang-kadang teka-tekinya berkaitan dengan malaikat,rasul,nabi,sirah,bahasa dan lain-lain.Dia berharap,kawan-kawan seIslamnya ini,mengetahui dan mengingati siapakah mereka ini,supaya mereka dapat mengambil iktibar dan merasa beruntung kerana dilahirkan dalam Islam.
Auni,Balqis,Qistina,Syasya,Suhana dan Amirah mengangkat tangan serentak,semuanya tak sabar-sabar nak jawab.Seperti sudah tahu soalan yang akan ditanya.
“Balqis…”wardah menunjuk kearah Balqis minta dijawab.
“Baik,Balqis nak jawab ni…
Balqis pergi ke rumah Pak Amar,
Untuk bermain dengan katak,
Jawapannya tentulah Umar,
Wardah,betul tak…?
Tiba-tiba Syasya menyampuk,
“Salah,salah,sya tahu jawapan dia
Wardah,Sya nak jawab…”Syasya merayu untuk dibenarkannya menjawab.
Wardah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu.
“Wahai Balqis yang pandai orangnya,
Teka-teki ini senang sebenarnya,
Kenapa Umar pula jawapannya,
Silakan Sya pula mencubanya.”Wardatul Syaukah membalas pantun Balqis dengan suara yang lancar.
“Sya jawab tau,dengar ye semua…”kata Syasya dengan bangganya.
“ Hari-hari pergi dobi,
Pergi bersama Ismail dan Abdullah,
Siapa lagi perisai Nabi,
Tak lain tak bukan dialah Hamzah Asadullah.”Syasya berpantun dengan penuh gaya,semua kawan-kawan disekeliling geli hati mendengarnya.
“Syasya sahabatku yang bijak bistari,
Memang perihatin dan berbudi tinggi,
Memang benar jawapan yang di beri,
Ambillah bookmark ikhlas dariku ini..”Wardatul Shaukah membalas dan menghulurkan penanda buku yang dibuatnya sendiri kepada Syasya.
“Terima kasih..yahooooooo….”Syasya melompat kegirangan,ini first time dia dapat jawab dengan betul.
Dengarlah ini teka-teki kedua kali,
Terbuka kecuali Syasya dan Balqis,
Wahai sahabat soalan ini mudah sekali,
Siapakah Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis?
Syasya dan Balqis diam sahaja,kerana sudah terkecuali untuk menjawabnya.
“Qis nak cuba jawab…”minta Qistina.
Wardatul Shaukah mengangguk membenarkan.
“Nama saya adalah Qis,
Ayah saya bernama Azman,
Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis,
Tentulah Nabi Sulaiman” Qistina senyum dan bangga dengan jawapan yang diberinya.
Wardatul Shaukah membalas dengan senyuman juga,
“Saya suka sukan berenang,
Berenang pula dibawah sinar,
Soalan ini memang senang,
Jawapan Qis memang benar.”Wardah menghulurkan penanda buku kepada Qistina.
“Tahniah kepada Sya dan Qis,yang lain boleh cuba esok ye..”kata Wardatul Shaukah yang tak lekang senyumannya.
Suhana,Amirah dan Auni pasrah.
Mereka bertekad untuk menjawab teka-teki seterusnya pada malam esok pula.
sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/
No comments:
Post a Comment