“Subhanallah,Alhamdulillah
Usah dipinta ‘kecilkn’ ujian,tp ‘pintalah dibesarkan iman’
“DUNIA MENYEDIAKAN JALAN KEPADA ORANG YANG PUNYA TUJUAN.BILA TUJUAN SEORANG HAMBA MENUJU ALLAH,PASTI AKAN DITUNJUKKAN-NYA MENERUSI SUNNAH!”
“Ya,memang bahaya.Jika tidak dijaga sakitlah hati dan boleh jadi matinya hati-hati kita ni.Racun-racun tersebut mengikut al-Quran dan as-Sunnah ialah,cakap yang berlebih-lebihan,memandang
“Dengan sebab itulah Fana kena bermujahadah.Maksudnya,Fana kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dari perkara mungkar itu.Fana sibukkan diri Fana dengan aktiviti-aktiviti,ceramah-ceramah agama,banyakkan beribadah.InsyaAllah Fana akan rasa kelainannya.Sikit-sikit sayang itu akan hilang.InsyaAllah.Fana,sekarang dan sampai bila-bila pun,cinta kepada Allah kita patut dahulukan.Selepas itu barulah Rasulullah,agama,ilmu,ibu bapa dan lain-lain. Apa-apa yang kita buat niat mestilah hanya kerana Allah.Kita cintai seorang lelaki,kita kata kerana Allah,tapi adakah kita mengikut syariaat yang telah digariskan?Akak sarankan disini adikku,belajarlah dulu,ilmu lagi penting dari lelaki itu k.Adik bersabarlah sekarang ni sahaja,tidak rugi.Bila adik tahan dari sekarang,rasa kasihkan suami nanti sangat-sangat indah.Kasih ayah,abang bercampur sekali.Sungguh nikmat dik.”
“Doktor,doktor jangan mencari tanpa berusaha.Ye,mencari itu adalah satu usaha.Tapi adakah usaha kita itu mencukupi tanpa pertolongan dari Allah?Doktor,jika mahu yang terbaik,jadilah yang terbaik.Jika mahu yang solehah,jadilah seorang yang soleh.Tapi niat ingin menjadi soleh,janganlah kerana ingin mendapatkan isteri yang solehah semata.Saya menasihati perkara yang saya cakapkan ini juga untuk diri saya.Perbaiki diri kita,carilah cinta Allah.Bercintalah dengan Allah,buat segalanya niat hanya kerana Allah.InsyaAllah,bila tiba masanya,bila tiba saat doktor patut berkahwin,Allah yang akan menghadiahkan seorang isteri yang juga cintakan-Nya.Alangkah bertuahnya kita.Tidak rugi bercinta dengan Allah.Dialah pemilik sebenar cinta.Cintailah Dia,Dialah cinta yang hakiki.,”
"Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan kita masih jauh.,”
"Keyakinan pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah harapan,genggam jadi kejayaan.,”
Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.
**kata2 yang bleh dijadikan PEDOMAN buat diri ini
----------------------------------------------------------------------------------
cerpen yang mantap..bleh dijadi sbg satu wadah pedoman buat diri yang ingin berMUJAHADAH..insya Allah..credit kpd si 'penulis'..moga dianugerahkan Allah idea2 yg mantap kpd 'penulis' untuk mengarang cerpen2 yg sebegini...amin
No comments:
Post a Comment