SIRI 4
“Alhamdulillah,tahniah…,awak berjaya jadi imam solat Isyak malam ni.”puji Wardatul Shaukah sambil melipat telekung untuk digantung.Pujian yang diberikan ikhlas dengan niat ia dapat memberi galakan kepadanya untuk istiqamah melakukannya,bukan untuk menjadi riak.
“Alhamdulillah,thanks Wardah,sebab bagi Jannah semangat.Jom,bukalah sesi teka-teki berpantun sekarang,tak sabarlah…”pujuk Jannah dengan menarik-narik tangan Wardatul Shaukah.
“Baiklah,baiklah,semua dah ada ke ni?”,tanya Wardatul Shaukah sambil menatap muka kawan-kawan dan beberapa orang juniornya yang berada di situ yang tidak sabar lagi untuk menjawab soalan teki-tekinya.
“K.Wardah…kejap,kejap…Anis nak teka jugak!”jerit Anis salah seorang junior yang datang dari bilik study sambil berlari ke arah Wardatul Shaukah dan teman-temannya yang lain.
“Sibuk je Anis ni…dah habis ber’gayut’ ke???or dahan dah patah…huhu”,perli Syikin.
“Suka hati aku ar.Jeles ke?”jawab Anis dengan sindiran.
“Tolong ar sikit,wat pe nak jeles ngan ko tu,boyfriend macam tu berlambak tepi jalan tau,petik jari je sepuluh …”tak sempat Syikin menghabiskan kata-katanya.
“Cabut lari…hohohoho…”potong Anis sambil gelak terbahak-bahak.Diikuti beberapa temannya yang geli hati dengan gelagat mereka berdua.Pantang berjumpa,habis satu bilik ketawa.
“Ish..gerammmnyaaaaaaaa…..!Tak yah jawab teka-teki berpantun K.Wardah,ko bukannya pandai berpantun pun..ntah baca ke tidak artikel tu..huhuhu”Syikin membalasnya geram.
“Wo wo wo….walaupun aku macam ni,aku baca tau artikel-artikel tu,tolong sikit...kau tu yang tak baca nak tunjuk lagak yer..huh!”balas Anis tak puas hati.
“Okey,okey dah cukup!Apala gaduh-gaduh ni…kan terbuka untuk semua orang sesi berpantun ni,kan K.Wardah..pe ar korang ni wat malu junior je..”tegur Khaniah tegas.
“Adik-adik akak…betul tu,jangan bergaduh ye,semua dapat jawab,tapi yang menang je dapat hadiah tau..Semua dah baca artikel yang akak baru tampal tu ke?”tanya Wardatul Shaukah menenangkan keadaan.
“Dah…”serentak suara Jannah,Suhana,Balqis,Qistina,Auni,Syasya,Amirah,Anis, Khaniah,Zaha,Wana,Syikin,Amal,Rina,Nuri,Adila,Suhaila,Shima dan Khadijah.Kesemua ahli bilik itu semangat menyahut.Syikin sempat menjeling Anis sekilas,dan dibalas Anis kembali.Mereka selalu bergaduh,tapi tak lama.Itulah kelebihan mereka berdua.
Semuanya duduk di ruang tengah bilik,dalam bentuk bulatan.
Semuanya setia menanti dengan sabar.Kali pertama semua ahli-ahli biliknya berkumpul untuk menjawab teka-teki berpantunnya.Kalau tidak,ada saja yang keluar waktu-waktu sebegini.
“Are you ready?,”Wardatul Shaukah bertanya dengan penuh semangat.Dia mengajar ahli-ahli biliknya apa yang diajar semasa dia mengikuti Mukhayyam bersama ahli-ahli usrahnya.
“Yes!”semua menjawab serentak sambil mengenggam tangan kanan,mengangkat sampai ke paras dada dan menghayunnya ke bawah dengan penuh semangat.
Anis tiba-tiba menyampuk,”Bersedia atau tidak,teruskan saja teka-teki itu..huhu”Anis mengikut gaya Zizan dalam cerita Bolos kesukaannya.Semua ketawa melihat telatahnya.
“Ish diamlah Anis...K.Wardah nak mula dah tu…”kata Syikin masih tak puas hati.
“Baik,baik dengar ye…
Wahai Anis dan Syikin berdua,
Akak sayang kerana Allah,
Wahai semua ahli A-3-2,
Apakah nama unta Rasulullah?
“Akak,Anis tahu,Anis ada baca tadi…,”Anis beria-ia nak menjawab.
“Saya la akak,saya tahu…”Syikin pula menyampuk.
“Baik-baik,dua-dua akak bagi peluang untuk jawab,Anis dulu jawab ye.”balas Wardatul Shaukah bijak.
“Okeh,kawan-kawan dan kakak-kakak dengar ye,huhu,Anis nak berpantun ni...
Syikin ini suka menjawab,
Bukan tu saja,suka juga bertekak,
Dengar ni Anis nak jawab,
Buraqlah jawapannya betul tak kak?
“Huhu..kata orang sangat,padam muka salah…akak,saya nak jawab..”balas Syikin.
“Salah ke kak..?”tanya Anis minta kepastian.
“Wahai Anis yang cantik jelita,
Masih muda dan belum tua,
Sebenarnya Buraq bukanlah unta,
Tapi binatang tunggangan Nabi dalam satu peristiwa.”jawab Wardatul Shaukah dengan berpantun.
“Ala…salah ke,tertukar la kak,keliru…erm..”balas Anis dengan suara kecewa.
“Tak pe Anis,lain kali cuba lagi ye.Syikin sila cuba pula.”kata Wardatul Shaukah pula sambil menepuk lembut bahu Anis.
“Syikin nama mama yang beri,
Anis pula suka membuli,
Senang je nama unta Nabi,
Al-Quswalah nama yang diberi.
Huhu,betul tak kak?Balas kak balas.”
“Tinggal di dunia janganlah leka,
Wajib solat sehari lima kali,
Syikin memang pandai meneka,
Jawapannya tepat sekali.
“Tahniah..”balas Wardatul Shaukah dan menghulurkan penanda buku berwarna merah jambu kepada Syikin.
“Thanks akak..huhu jangan jeles Anis..”kata Syikin sambil menjeling Anis.
“Ala..tak kisah pun…K.Wardah,Anis masuk bilik study dulu ye.”kata Anis.
“Okey,selamat belajar ye.”ucap Wardatul Shaukah.
“Eleh..akak percaya ke Anis nak study?Nak bergayut la tu…apa lagi.”sampuk Syikin pula.
Sindiran Syikin berlalu tanpa jawapan.
“Wardah teka-teki kedua pulak,biar kami senior pulak yang jawab tadi junior dah..hehehe,setuju kakak-kakak?”cadang Suhana.
“Betul-betul,baru adil..”balas Amirah tanda setuju.
“A’ah setuju-setuju,”balas senior yang lain serentak.
“Okeh,tak pe ye adik-adik…
Bagi akak-akak ni peluang pula...” tanya Wardatul Shaukah pada adik-adik juniornya takut mereka terasa hati.
“Baik akak,tak pe kami tak kisah.”jawab Zaha mewakili kawan-kawannya yang lain.
“Baik,dengar ye,
Ada sahabat yang digelar Asadullah,
Nama sebenarnya bukanlah Syafiq,
Siapakah yang diamanahkah oleh Rasulullah,
Untuk menyimpan senarai nama orang Munafiq?”lancar Wardatul Shaukah mengutarakan teka-teki pantunnya.
“Huhu susahnya..tak ingatlah,namanya panjang…”balas Amirah.
“Jannah nak cuba,Jannah rasa Jannah ingat jawapannya.Jap nak susun pantun,hehehe…”jujur Jannah memberitahu.
“Okey,okey dengar ni,
Salmah memang suka makan,
Tapi dia malas senaman,
Orang yang telah diamanahkan,
Jawapannya Huzaifah ibnu Yaman.”jawab Jannah.
“Jannah nama yang baik sekali,
Tempat idaman manusia di dunia ini,
Semua saudari pandai sekali,
Bangga Wardah dapat kawan macam ni.”balas Wardatul Shaukah dan menghulurkan penanda buku pada Jannah.Semua bersurai membuat kerja masing-masing.
Mereka berazam untuk menghafal apa yang tercatat di ‘Laman Ilmu’ betul-betul.
“Syukran Wardah…tak sia-sia Jannah tak keluar malam ni.Wardah nak pergi dah ke ni?”tanya Jannah melihat Wardah melipat telekung masuk ke dalam beg galas putih kesukaan sahabatnya itu.
“Afwan,tahniah Jannah,a’ah nak pergi dah,dah pukul 9.40 ni.Kalau rindu mesej la yer.”kata Wardatul Shaukah.
“Tak de ape lah,Jannah jawab pun berpandukan artikel yang Wardah tampal,kalau tak Jannah pun tak tahu.Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.Kirim salam kat Mumtazah ye.Mesti la Jannah akan mesej,Jannah kan suka mesej Wardah kalau Wardah tak de dalam bilik ni.”
“Alhamduillah,ilmu yang saya ada ni,sedikit saja,apa yang tahu itu yang perlu dikongsi,insyaAllah saya akan kirimkan salam padanya nanti.Saya tunggu mesej Jannah malam ni ye.”balasnya lagi sambil salam berpelukan sebelum keluar.
“K.Wardah nak pergi mana ni?”,tanya Anis yang baru sudah bercakap dengan seseorang di telefon.
“Akak tidur blok E malam ni,ada Qiam jama’ie dengan sahabat-sahabat akak.Anis nak ikut?”tanya Wardatul Shaukah mengajak.
“Piiraaaaaaaaaah….huh!Anis nak pergi??hahahahahaha”Syikin tergelak mendengar pertanyaan Wardatul Shaukah kepada Anis.
“Kenape Syikin ketawa?,”tanya Wardatul Shaukah pelik.
“Tak de lar...akak tanya dia.Anis ni…solat wajib pun susah nak kerjakan,sunat lagilah…”Syikin menuduh.
“Woi..Syikin!Kau ni asyik tak puas hati je dengan aku.Apa masalah kau ni ha..huh!”geram Anis dituduh begitu.
“Aku memang macam ni tau..tapi aku tak tinggal solat.Aku dirikan solat, bukan ‘kerjakan’ solat macam kau..hohohoho”puas hati Anis dapat kenakan Syikin.
“Syikin,Anis,jangan macam ni,tak baik tau balas-membalas ni,tahu tak,
tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang.Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan.
Subhanallah.Allah akan penuhi batin kita dengan keimanan bila kita tahan marah.Cuma tahan, Allah penuhkan tau,bukan bagi separuh-separuh je..pemurahnya Allah…”jelas Wardatul Shaukah kepada Syikin dan Anis.Syikin dan Anis khusyuk mendengar.
“Ha,adik-adik nak kasih-sayang Allah tak?”tanya Wardatul Shaukah.
“Nak…,”serentak Syikin dan Anis menjawab.
“Jadi dengar hadis ini,
Orang yang diransang kemarahannya tetapi dapat mengawal runtunan marah dan bersikap hilm atau tidak membalas keburukan walaupun mampu berbuat demikian,wajib mendapat kasih sayang Allah.Riwayat Asfahani.
Jadi apa yang adik-adik faham?”Wardatul Shaukah menguji kefahaman adik-adik juniornya itu.
“Anis faham kak,maksudnya…kalau Syikin ni buat Anis marah,tapi kalau Anis tahan marah tu,walaupun Anis boleh balas,Anis layak dapat kasih sayang Allah kan kan?”jawab Anis.
“Syikin pun faham kak,sama macam Anis cakap,cuma ubah sikit,kalau Anis buat Syikin marah,tapi Syikin tahan,Syikin akan dapat kasih sayang Allah kan..”jawab Syikin pula.
“Ya betul tu,pandai Anis dan Syikin,so kena lah bersabar,tapi Allah lagi suka kalau kita tak bermusuh sesame kita.So…?,”Wardatul Shaukah menguji tindakan mereka seterusnya.
“Baik,Syikin faham kak..Anis,Syikin mintak maaf ye,kita kawan balik ya,tak yah gaduh-gaduh dah..”jawab Syikin sambil salam dengan Anis.
“Anis pun,Anis mintak maaf juga,maaf bahasa Anis kasar sangat..nanti kita pakat jawab teka-teki berpantun K.Wardah ye..hihi”balas Anis pula,menyambut salam Syikin.
“Alhamdulillah.Ha..macam tu la..baru Allah sayang…ok ye Anis, Syikin, akak pergi dulu,Assalamualaikum..”kata Wardatul Shaukah menutup perbualan.
“Thanks akak,waalaikumsalam,”serentak Syikin dan Anis membalas.
***
“Dah lama ke tunggu?Maaf ye Mumtazah,saya ada hal sikit tadi.”kata Wardatul Shaukah.
“Tak delah saya pun baru turun jugak,saya turun,awak pun sampai.Jom dah nak pukul 10 ni,nanti mak guard tutup pagar,susah pulak.”balas Mumtazah dengan senyuman menampakkan lesung pipitnya.Teserlah kecomelannya.
“Ha’ah la..jom…”balas Wardatul Shaukah kembali.
“Wardah,Wardah…tengok tu…”kata Mumtazah keanak-anakan,seperti sedang melihat sesuatu yang mengejutkan.
“Ape?tengok ape?”tanya Wardatul Shaukah terkejut.
“Tu…,”Mumtazah menunjukkan ke arah kelibat lelaki berkopiah yang seolah-olah sedang bercakap dengan seorang perempuan bertudung labuh di depan pintu pagar Blok D dan E.Lampu jalan saja yang menyuluh di tempat itu,menyebabkan mereka tidak nampak wajah lelaki dan perempuan itu.
“Astaghfirullah..minta mereka dijauhi fitnah..”Wardatul Shaukah istighfar melihat apa yang berada di hadapannya.Dia bersangka baik,dia tidak mahu hatinya diselaputi prasangka yang tidak pasti kebenarannya.
“Mumtazah,dahlah,kita husnudzhon je,mana tahu diorang tu adik-beradik or suami isteri ke.”kata Wardatul Shaukah.
“Tapi,lelaki tu…gaya dia macam pernah tengok la...classmate kita ke?
Aaahhh…!tak payah la kacau rumah tangga orang,jomlah Wardah.”kata Mumtazah lagi malas pula hendak fikirkan,takut su’udzhon yang datang.
Wardatul Shaukah menunduk pandangannya bila mana dia merasakan seorang lelaki datang dari depan berjalan ke arahnya.Tapi Mumtazah sebaliknya.
“Wardah tengok lelaki tu…macam pernah tengok je,kat ner ek?”tanya Mumtazah mahukan kepastian.
“Siapa?Yang baru jalan tepi ni tadi?”tanya Wardatul Shaukah.
“Iyelah,lelaki yang jalan lepasi kita tadi.Kat belakang kita tu,”Mumtazah menunjukkan ke arah seorang lelaki berkopiah menuju ke Blok B.
“Entahla saya tak perasan muka dia tadi.”balas Wardatul Shaukah. Malas nak melayan kerenah Mumtazah yang suka melihat lelaki.Walaupun sudah banyak kali ditegur supaya jaga pandangan matanya.
“Assalamualaikum,K.Masyitah?…baru sampai ke?kenapa berdiri kat luar ni?”Wardatul Shaukah memberi salam pertemuan kepada naqibah kesayangannya itu.
“Waalaikumussalam..Wardah…duduk blok A ye?Lama tak jumpa,makin cantik dah adik akak sorang ni.Subhanallah.”puji K.Masyitah.
“Akak dah lama sampai,dalam 10 minit jugak la,tadi hantar barang pesanan ibu akak dekat Wildan.”sambung K.Masyitah lagi.
Wardatul Shaukah sudah lama mengetahui adik K.Masyitah juga pelajar di situ,lelaki,sebaya dengannya,yang mengambil jurusan Ekonomi.Tapi,sekalipun dia tidak pernah kenal dan tidak mahu kenal kerana tiada urusan,tegas pendiriannya.
“Segala pujian bagi Allah kak…Akak lagi cantik nak dibandingkan dengan ana.”balas Wardatul Shaukah merendah diri,sudah biasa membahasakan dirinya ana dengan K.Masyitah.Dia kagum melihat sekujur tubuh di hadapannya tetap cantik dengan jubah dan tudung labuh yang sepadan dipakainya malam itu.Terserlah kesopanan seorang muslimah.
“Apa khabar kak,saya Mumtazah,classmate Wardah..”ramah Mumtazah memperkenalkan diri.
“Alhamdulillah baik.Panggil je akak Kak Masyitah.Mumtazah…sedap namanya.Tentu peribadi juga se’mumtaz’ nama kan…”puji K.Masyitah meramahkan diri.
“Tak de la kak,biasa je.”merah mukanya dipuji begitu.
“Okey la Wardah,Kak Masyitah,saya pergi dulu ye,kawan dah lama tunggu tu.”beritahu Mumtazah meminta izin mengundurkan diri.
“Baiklah,kirim salam dekat kawan Mumtazah ye,dengan lafaz Assalamualaikum...”balas K.Masyitah.
“Hati-hati ye Mumtazah,kalau free malam ni,ajak la kawan datang Musolla,insyaAllah boleh tahajjud sekali.”tambah Wardatul Shaukah.
InsyaAllah K.Masyitah,Wardah..erm..saya pergi dulu ye.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah…”jawab K.Masyitah dan Wardatul Shaukah serentak.
Sebelum berpisah,salam ukhwah tidak dilupakan.
sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/
No comments:
Post a Comment