Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 13

SIRI 13

Wildan menarik nafas sedalam-dalamnya.Dan melepaskannya.Seperti terlalu sukar untuk membalas pengakuan Azam sebentar tadi.

‘Ya Allah,tak pernah aku rasa secemburu ni.Ya Allah jauhilah hatiku dari cemburu buta ini.Perasaan ku ini hanya layak padamu ya Allah.Ya Allah berilah aku kekuatan…,’
Doanya dalam hati.

“Ye ker,Alhamdulillah,bagus kita kagum dengan seseorang,tapi kita ambil ape yang terbaik dari orang itu,jangan kita lalai kerana mengingati dia.Lagi pula dia bukan sejenis dengan kita.Dia wanita,wanita ni fitnah terbesar bagi lelaki pada akhir zaman ni.Ini Nabi sendiri yang cakap.Maksudnya ia sangat penting.,”jelas Wildan bimbang dengan sikap sahabatnya itu.

“Owh..tak de la sampai macam tu,tapi aku macam syok ar kat dia,nampak sempurna je dimata aku.Hehehe.Tapi syaitan ke yang buat macam tu?,”tanya Azam minta kepastian.

“Iye,tak dinafikan juga.Disebalik seorang perempuan ada syaitan menyerupai mereka.Syaitan itu yang menjadikannya kelihatan cantik dan sempurna pada mata lelaki,sebab itu kita kena jaga pandangan.Tapi ingat, bila kita tengok perempuan tu biasa-biasa je,kira bukan idaman kebiasaan lelaki la,jangan terlalu ego,kita kata kita takkan suka dia,sebab syaitan boleh buat dia sangat-sangat cantik di depan kita.Dengan izin Allah juga.Jadi betapa pentingnya perintah menundukkan pandangan,ye sahabat..!,”terang Wildan mengharapkan kefahaman Azam.

“Ooohh ye ke,astaghfirullah…sampai macam tu sekali,jahatnya syaitan..!,”ungkap Azam istighfar seperti baru tersedar akan kesilapannya tidak menjaga pandangan.Tetapi perasaan ingin mencintai tetap disimpan di dalam hati tanpa bermujahadah dari diselaputi zina hati.

***

Wardatul Shaukah dilantik sebagai ketua umum di Asrama Baitul Nur Aliah(ABNA)
kerana dia yang paling berusia di dalam asrama.Ketika mula dia memasuki asrama,banyak pertanyaan tentang dirinya dibangkitkan.

“K.Wardah kenape masuk lambat tingkatan 6?”

“Akak sebelum ni belajar mana?Kenape umur akak 21?”

“Akak tahfiz ke?”

Jawapan Wardatul Shaukah senang sahaja.

“Akak peralihan…peralihan dari matrik ke STAM,”perlahan saja Wardatul Shaukah menyebut ‘peralihan dari matrik ke STAM’.

Wardatul Shaukah tidak menipu,tetapi membuat helah.Dia tidak mahu jika memberitahu perkara sebenar keadaan menjadi kacau-bilau.

Wardatul Shaukah membuat helah,kerana Rasulullah s.a.w juga pernah berbuat begitu.

Tika mana satu hari Rasulullah berjalan-jalan,tiba-tiba seorang pemuda lari ketakutan melepasi beliau.Tidak lama selepas itu,ada seorang lelaki bertanya,
“Masa awak duduk kat sini tadi,ada nampak orang lari tak?”

Rasulullah bergerak sikit kebelakang dan menjawab,
“Ketika saya di sini,saya tidak nampak.”

Begitulah bijaknya Rasulullah,beliau tidak mahu terlibat menolong orang lelaki itu kerana takut pemuda tadi dicederakan.Beliau tidak menipu,tetapi menggunakan helah.
Wardatul Shaukah membuat banyak pembaharuan di asrama yang mempunyai tiga blok itu.Blok A,B, dan C,semuanya bersambung panjang.Di awal bilik,ada sebuah bilik kecil untuk Ketua dan beberapa Ajk asrama.Dan di hujung sekali bilik,bilik air serta tandas ditempatkan.Manakala di bahagian luar,dinding bercantum dengan blok,disediakan tempat untuk solat,panjang hingga ke pintu keluar.

Wardatul Shaukah telah memutuskan banyak perkara setelah berbincang dengan penolong dan semua ajk-ajk yang lain.

1- Setiap waktu solat mesti berjemaah,kecuali keuzuran.
2- Baca al-Ma’thurat berjemaah setiap kali selepas Subuh dan Asar,termasuk yang
ma’zurah.
3- Setiap minggu bergotong-royong di kawasan asrama.
4- Berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
5- Membaca surah al-Mulk sebelum tidur dan meminta maaf kepada sahabat-sahabat
terdekat.
6- Qiamullail.
7- Solat sunat dhuha.
8- Tazkirah selepas Subuh dari wakil setiap blok pada pagi Subuh dan Ahad.
9- Menghormati sahabat-sahabat yang lain ketika waktu apa pun.
10- Hafal 5 surah-surah lazim yang akan ditasmi’ semasa halaqah.
11- Riadhah selepas aktiviti ibadah pada pagi sabtu.
12- Muhasabah diri pada setiap minggu akhir sebelum balik ke rumah.
13- Berzikir,ketika masa terluang.
14- Memakai kain batik di siang hari dan seluar panjang di malam hari.
15- Bersopan dan berakhlak dimana saja berada.
16- Tidak dibenarkan bergelak ketawa secara melampau,lebih-lebih lagi di waktu senja.

*Peraturan ini terbuka pada semua penghuni-penghuni ABNA.
*Dilakukan dengan niat hanya kerana Allah s.w.t.
*Jika rasa terpaksa,tidak perlulah anda semua mengikutinya.
*Buat sekadar termampu.

“DUNIA MENYEDIAKAN JALAN KEPADA ORANG YANG PUNYA TUJUAN.BILA TUJUAN SEORANG HAMBA MENUJU ALLAH,PASTI AKAN DITUNJUKKAN-NYA MENERUSI SUNNAH!”



Begitulah helaian kertas yang telah ditampal di dinding setiap blok di ABNA.

Wardatul Shaukah tidak mahu memaksa perkara-perkara sebegitu untuk dilakukan,kerana bimbang menimbulkan pergaduhan dan rasa tidak puas hati segelintir pelajar.

Pada mulanya,penyertaan ahli-ahli ABNA amatlah sedikit,hanya dua tiga orang sahaja.Wardatul Shaukah hanya mampu mengadu dan berdoa kepada Rabbnya agar Allah melapangkan hati-hati adik-adiknya yang lain menerima kebenaran.Dia tidak marah,tetapi kerap didekati ahli-ahli asramanya itu,bertanya tentang ahli keluarga dan masalah-masalah lain agar ukhwah yang terjalin kerana Allah itu akan berkekalan hingga akhirnya.Itu membuatkan penghuni-penghuni ABNA selesa dengannya.Kerap dia menjadi kaunselor bagi adik-adiknya itu.Sehingga sekarang boleh dikatakan hampir semua penghuni-penghuni ABNA mengikuti peraturan serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Hanya Mona,Fana,Fika dan Ella sahaja masih belum terbuka untuk menyertainya.Bagi mereka itu tidak penting.

Wardatul Shaukah tidak lupa untuk merancang sesuatu yang boleh menarik perhatian penghuni ABNA mematuhi segala peraturan dan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Dia mengarahkan setiap ketua blok membuat satu jadual,ditulis nama setiap ahli blok,peraturan dan aktiviti-aktiviti,dan akhir sekali ruang untuk gambar bintang dilekatkan setiap hari oleh Ketua blok masing-masing sebagai anugerah kerana menyempurnakan segala aktiviti-aktiviti tadi.

Setiap akhir bulan,bintang-bintang yang memenuhi ruangannya,akan diberikan ganjaran oleh Wardatul Shaukah.Selalunya dia akan membuat nama yang dililit benang di atas batang aiskrim khas buat adik-adiknya itu.

***

“Kak Wardah,ceritalah dekat kami tentang hati.Esya rasa tak tenang la sejak kebelakangan ni.Macam mana nak bagi semangat balik?Hati ni macam tengah sakit je,” tanya Aleesya mengharap.

Beberapa penghuni asrama itu mengerumuni Wardatul Shaukah di musolla ABNA ketika dia baru usai membaca al-Quran selepas solat Maghrib.

“Ha?!Hati pun sakit ke?,”tanya Khadijah pelik,tidak pernah didengarnya pula.

“Baik adik-adik.Sebelum tu,akak nak bagi tahu yang hati ni diibaratkan seperti raja yang memerintah semua bala tenteranya iaitu pancaindera.Seluruh pancaindera adalah dibawah arahan dan kuasanya.Ia boleh membawa pancaindera berjalan di atas jalan yang lurus atau menyimpang ke jalan yang bengkok.Hati juga dipertanggungjawab sepertimana pancaindera yang lain.Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota ini tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal darah,jika ianya baik,maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya.Sesungguhnya ia adalah hati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Semakin lama semakin ramai yang berminat mendengar tazkirah yang tidak dirancang itu.Mereka semua khusyuk mendengar dan bertanya sekiranya ada soalan.

“Sebelum akak menjawab pertanyaan Aleesya dan Khadijah,akak nak bagi tahu jenis-jenis hati.Siapa tahu?,”

“Erm,hati lembu?,”jawab Solehah selamba.

“Hati batu kot.”jawab Nurin pula.

“Eh,bukanlah,hatiku milikmu,hehehe,”ujar Khaliesah pula turut membuat orang disekeliling ketawa kecil.

“Apa yang adik-adik cakap itu betul,tapi bukanlah jenis yang akak ingin cakapkan sekarang.Sebahagian ulamak telah membahagikan hati kepada tiga jenis.Pertama,hati yang sejahtera,kedua,hati yang mati,dan yang ketiga hati yang sakit.”

“Owhh..baru tahu,ada juga ek macam tu,macam kehidupan seharian kita juga.Kita sihat,sakit dan mati.,”kata Khadijah membuat kesimpulan apa yang difahaminya.

“Macam mana nak tahu hati kita sakit atau sihat kak?,”tanya Khadijah ingin tahu.

“Alamat atau petanda hati yang sakit ialah,tuannya tidak terasa sakit dengan turihan-turihan maksiat,tidak terasa sakit tentang kejahilannya terhadap hak dan kebenaran.Sebaliknya hati yang sejahtera akan terasa sakit dengan adanya keburukan dan kejahatan.Di antara petanda-petanda hati yang sakit ialah penolakannya terhadap ‘makanan-makanan hati’ yang manfaat,sebaliknya sedia menerima makanan-makanan hati’ yang memudaratkan.Tiada makanan ynag lebih bermanfaaat daripada iman dan ubat yang paling mujarab daripada al-Quran.

Petanda-petanda hati yang sihat pula ialah dia meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di alam akhirat,cintanya hanya kepada Allah SWT mengatasi segala kecintaannya kepada yang lain,apabila berada dalam solat,hilang segala kerungsingan terhadap runtunan-runtunan keduniaan,tidak tenang kalau tidak menyebut nama Allah SWT .Dan banyak lagi sebenarnya.”

“Erm..akak,Kinah kelirulah,apa maksud akak yang meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di dalam akhirat?Maksudnya dia tak keluar rumah ke?Asyik solat je.Macam tu?,”tanya Sakinah keliru.

“Bukan begitu,maksud di sini,manusia datang ke dunia ini sebagai ‘pendatang’ atau penumpang lalu sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dari ‘Abdullah ibn ‘Umar yang bermaksud:

“Jadikan dirimu di dunia ini seolah-olah kamu hanya pendatang atau penumpang lalu sahaja”.Riwayat al-Bukhari.

Jadi maksudnya kita jangan terlalu leka di dunia ni,di sini bukan tempat sebenar kita,kita kena menyediakan bekal untuk akhirat sana,iaitu tempat kita yang sebenar dan kekal.Contohnya,kita ni ibarat orang Malaysia belajar di Mesir.Mesir tempat sementara je untuk kita,kita asing di situ…,”belum habis kata-katanya dipotong.

“Ooowh..akak,akak Kinah faham.Maksudnya,Mesir tu ibarat dunia kan.Dan Malaysia pula akhirat,begitu?,”jawab Sakinah semangat dan tersenyum bangga dengan jawapan yang diberinya.

“Na’am ya ukhti Sakinah…Alhamdulillah.Semangat beginilah yang kita mahu.”

Sakinah tersenyum malu di atas pujian yang diberikan.

“Hehehe,syukran kak.Biasa-biasa je.,”

“Adik-adik semua tahu tak apa dia racun-racun yang merosakkan hati?Ermm…,”uji Wardatul Shaukah kepada penghuni ABNA yang makin ramai mengelilinginya.

“Entah kak,tak tahu.Apa dia kak?Macam bahaya je.,”tanya Solehah sambil merenung tepat kearah Wardatul Shaukah.

“Ya,memang bahaya.Jika tidak dijaga sakitlah hati dan boleh jadi matinya hati-hati kita ni.Racun-racun tersebut mengikut al-Quran dan as-Sunnah ialah,cakap yang berlebih-lebihan,memandang secara berlebih-lebihan,makan minum secara berlebih-lebihan,dan bergaul secara berlebih-lebihan.Jadi semua tentu faham kenapa kita kena sederhana dalam setiap keadaan kan.Dan ingat,jangan bayak ketawa,tapi banyakkanlah menangis.Kerana ape?Kerana bila kita banyak ketawa,matilah hati.”lancar Wardatul Shaukah menerangkan satu persatu ilmu yang telah dibacanya mengenai hati.

“Ooo faham-faham kak.Patutla.Rasa tak tenang je.Semuanya Esya berlebih-lebihan.Terutamanaya ketawa kak. Pastu macam mana nak hidupkan hati ni semula kak?,”tanya Aleesya lagi.

“Akak ringkaskan ye,hampir masuk waktu Isyak ni.Baiklah,kita hidup perlukan makanan,nak hidupkan hati juga perlukan makanan.Apakah makanan-makanan itu?,”pertanyaannya yang tidak mengharapkan jawapan.

“Makanan-makanan yang akak maksudkan di sini ialah,zikrullah,membaca al-Quran,istighfar,berdoa,selawat,qiamullail,bezuhud di dunia dan banyak lagi.”

“Zuhud macam mana Kak Wardah?,”tanya Nurin.

“Zuhud yang benar ialah memahami hakikat dunia, lalu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini. Zuhud tidak semestinya kita kaya mahupun miskin. Tapi berpada dengan apa yang ada. Walaupun kita berharta, kita tidak nampak macam orang kaya. Kita boleh menjadi kaya, tapi hakikatnya, di hati kita, akhirat adalah fokus kita yang utama dan yang sebenarnya. Dalam dunia yang materialistik hari ini, tidak mudah untuk kita menjadi manusia yang zuhud. Toleh kanan toleh kiri, manusia berlumba-lumba mengejar dunia sehingga sanggup merasuah dan diberi rasuah. Yang miskin pula, rela mencuri dan merompak demi meraih kesenangan hidup di dunia. Semoga Allah memelihara diri kita agar dunia ini jauh untuk kita letak di hati. Wallahu’alam,”terang Wardatul Shaukah makna sebenar ‘Zuhud’ mengakhiri perkongsian ilmu pada malam itu.

Azan mula berkumandang menandakan sudah masuk waktu Isyak.Wardatul Shaukah mengimamkan solat pada malam itu.

“Wei cepat-cepat masuk.Diorang tengah solat tu.,”bisik Mona menolak Ella yang berada di depannya masuk ke blok mereka.

sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...