“Tapi saya dah berkahwin.Saya minta maaf.Tak elok kita berdua di sini.,”
“Tak pe,saya kan doktor,orang akan pandang awak macam patient saya.”
“Ye itu pandangan orang.Tapi Allah?Dia tahu segalanya.Dia tahu isi hati setiap antara kita.Dia tahu niat kita!,”tegas Wardatul Shaukah.Pandangannya tetap tidak berganjak.
Doktor Shah tergamam.Tidak pernah perempuan berkata seperti itu kepadanya.Tegas pendiriannya menjaga ikhtilat.Itu yang membuatkan dia bertambah suka pada gadis itu.
“Saya minta maaf,saya tahu awak dah berkahwin.Awak dapat suami yang soleh dan baik yang memang sesuai buat awak.Siapalah saya.Tapi,saya Cuma nak luahkan segala yang saya pendam selama ni.Saya minta maaf,sebenarnya saya masih simpan id YM awak.Dan saya susah nak lupakan awak,even saya belum pernah jumpa awak sebelum ni.Saya rasa awak perempuan yang baik,yang solehah,sebab itu saya mencari-cari awak selama ni.Saya cari awak di UIA.Saya tak tahu awak belajar dekat UIA mana,so saya cari dekat setiap cawangan UIA.Rupanya awak di UIA Nilai,tapi sayangnya awak dah tiada kat situ.,”
Wardatul Shaukah terkedu seketika.Dia terkejut mendengar luahan hati doktor muda itu.Dia membiarkan doktor itu melepaskan segalanya dahulu.
“Saya tolak semua perempuan yang ingin mendampingi saya.Saya jaga pergaulan saya.Saya jaga semuanya,saya solat hajat minta awaklah jadi teman hidup saya,tapi,ternyata,doa saya tak dimakbulkan.Masa mula-mula saya dengar nama awak Wardah,saya terus teringat sahabat maya saya yang banyak memberi kekuatan kepada saya untuk menjadi muslim sejati.Tapi,saya tak mengharap sebab awak dah berkahwin.Saya harap Wardah yang saya tunggu-tunggu selama ini masih solo,masih anak dara.Tapi…,”
“Maafkan saya doktor,ramai lagi gadis diluar sana.Doktor jangan tunggu saya.Saya dah bersuami.,”
“Tapi,semua perempuan kat luar sana,tak sama dengan awak.Awak solehah,awak pakai tudung labuh,awaklah ibu yang sesuai untuk mendidik ana-anak saya nanti.,”luah Doktor Shah tanpa segan silu.
“Doktor,doktor kata saya solehah?Doktor tahu dari mana?Doktor tak tahu niat saya,doktor tak tahu setiap tindakan saya selama ini,jadi jangan judge macam tu.Tak semestinya orang yang tidak bertudung labuh tu cetek ilmu agamanya.Kadang-kadang mereka ni lagi terbaik dalam bidang agama.”
“Tapi…saya mengharapkan perempuan solehah yang menemani saya.Susah nak cari muslimah yang kuat agamanya sekarang,”luah Doktor Shah lagi.Hatinya lembut,suaranya mula berbaur esakan.Dia betul-betul mahu isteri yang terbaik yang dapat menasihatinya untuk memperbaiki segala kesilapannya.Dia mengharapkan keluarganya nanti keluarga yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam.Dia tidak dapat menerima gadis pilihannya itu sudah terlepas ke tangan orang lain.
“Doktor,doktor jangan mencari tanpa berusaha.Ye,mencari itu adalah satu usaha.Tapi adakah usaha kita itu mencukupi tanpa pertolongan dari Allah?Doktor,jika mahu yang terbaik,jadilah yang terbaik.Jika mahu yang solehah,jadilah seorang yang soleh.Tapi niat ingin menjadi soleh,janganlah kerana ingin mendapatkan isteri yang solehah semata.Saya menasihati perkara yang saya cakapkan ini juga untuk diri saya.Perbaiki diri kita,carilah cinta Allah.Bercintalah dengan Allah,buat segalanya niat hanya kerana Allah.InsyaAllah,bila tiba masanya,bila tiba saat doktor patut berkahwin,Allah yang akan menghadiahkan seorang isteri yang juga cintakan-Nya.Alangkah bertuahnya kita.Tidak rugi bercinta dengan Allah.Dialah pemilik sebenar cinta.Cintailah Dia,Dialah cinta yang hakiki.,”
Wardatul Shaukah berlalu masuk ke bilik itu.Dia mengucap syukur kerana Allah telah memberi kekuatan padanya untuk memberi kesedaran kepada lelaki yang digelar Doktor Shah itu.
“Subhanallah.Cinta Allah.Kenape aku tak pernah terfikir selama ni.Astaghfirullah haladhzim…,”kata Doktor Shah sendiri.Dia mendengar penuh khusyuk segala yang dituturkan Wardatul Shaukah sebentar tadi.Dia seperti baru terjaga dari mimpinya selama ini.Air matanya makin bercucuran.Semua yang berada disekeliling yang melihatnya tidak dihiraukan lagi,matlamatnya satu,mengejar cinta Allah.
Lantas dia berlalu ke surau terdekat.Dia mahu meminta ampun kepada Pencipta-Nya.Dia sedar selama ini,dia mengharapkan cinta dari seorang wanita yang juga diciptakan dari air mani yang jijik.Sepatutnya Allahlah yang perlu diutamakan dalam setiap perkara.Perubahan demi perubahan kepada yang lebih baik telah berlaku dalam diari hidup doktor muda itu.
sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/
No comments:
Post a Comment