Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 20

SIRI 20

Kring…kring…
Kring…kring…

“Assalamualaikum…,”

“Waalaikumussalam,Iqah,ape khabar?Macam mana dengan cucu ummi sihat ke?”

“Ummi…!Alhamdulillah,Iqah sihat,cucu ummi pun sihat.Iqah rindu sangat dekat Ummi.Ummi sihat?Bila Ummi nak datang Perlis ni?,”

“Alhamdulillah,ummi sihat,batuk sikit je.Ummi pun rindu kat Iqah,tak tahu lah bila ummi dapat pergi sana,ni abi Iqah ni sibuk sikit.Peperiksaan dah dekat,sibuk lah buat soalan untuk murid-murid dia tu.Dah lama Iqah tinggal kat Perlis ye,berapa bulan dah cucu Ummi tu?Ni,Wildan ade tak kat rumah?”

“Oh macam tu,tak pe lah.Nanti bila abang Wildan dapat cuti,Iqah ajak balik rumah ye.Wildan tak de,pergi kerja,petang baru balik.Cucu ummi ni baru 8 bulan.Dia suka tendang la Ummi.Macam mana la masa Iqah duduk dalam perut Ummi ye,sian kat Ummi.”ujar Wardatul Shaukah tenang sambil mengusap perutnya yang makin membesar.

“Nak dekat dah tu.MasyaAllah,cepatnya waktu berlalu ye.Tendang,gerak-gerak tu biasalah Iqah,masa mengandung ni lah pengalaman yang tak dapat kita lupakan.
Tak sangka kita bawa satu lagi nyawa dalam perut kita bersama kita sentiasa.Subhanallah kuasa Allah.Jaga baik-baik ye cucu Ummi tu.Ummi doakan anak Iqah ni sihat dan menjadi seorang yang beriman serta tabah menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ni macam mak dia jugak.Amin.”

Wardatul Shaukah terharu dengan doa yang dilafazkan Umminya.Dia tidak menyangka banyak hikmah disebalik apa yang telah terjadi dahulu.Sehingga dia rasa bahagia bersama suaminya sekarang.

‘Syukur Alhamdulillah.Maha suci Engkau ya Allah.Engkau sebaik-baik perancang.’,doanya dalam hati.

“Amin,terima kasih ummi atas doa ummi.Ummi,Iqah bersyukur sangat,Ummi sentiasa memberi semangat pada Iqah tak kira susah atau senang.,”ucap Wardatul Shaukah,matanya mula berkaca.

“Memang tanggungjawab Ummi anakku.Nanti Iqah jadi mak,Iqah tahulah.Dah,jangan sedih sedih,nanti cucu Ummi pun sedih.Ok lah Iqah,Ummi nak masak dulu,nanti abi Iqah balik.Kirim salam Ummi kat Wildan dengan lafaz Assalamualaikum.Jaga diri baik-baik.Kalau ade ape-ape,telefon je Ummi ye.”

“InsyaAllah Ummi,kirim salam Iqah pada abi juga ye.Iqah sayang Ummi.Assalamualaikum.”

“InsyaAllah Iqah,Ummi sayang Iqah juga.Waalaikumussalam warahmatullah.”

Tit…tit...
Tit…tit…

1 Message received

Wardatul Shaukah membuka mesej yang baru sahaja masuk dalam telefon bimbitnya setelah dia meletakkan ganggang telefonnya.

Assalamualaikum…
Sahabatku Wardatul Shaukah,Jannah rindu sangat kat awak.Awak ape khabar?Kat Perlis kan?Kenape pindah sana?Dengar kata dah pregnant ye?
~Jannah~

Waalaikumussalam warahmatullah,Alhamdulillah ya ukhti fillah,saya sihat.A’ah kat Perlis,abang Wildan kena tukar kerja kat sini.Alhamdulillah,kandungan saya baru sahaja masuk 8 bulan.Macam mana kehidupan Jannah sekarang?
~Wardah~

Ye ker,Alhamdulillah,mesti comel baby tu nanti macam mak dia jugak kan.Dah dekat tu,nanti jangan lupa bagi tahu ye.Sebenarnya,Jannah nak jemput awak dan suami ke walimah Jannah dua minggu lagi.4 Julai ni.Jemput datang ye.Jannah ade pos kad kahwin,minta alamat kat Ummi awak hari tu.InsyaAllah tak lama lagi sampai la tu.
~Jannah~

Alhamdulillah...Tahniah Jannah,beruntung lelaki tu.InsyaAllah,kalau tak de aral melintang,saya dan suami mesti pergi.Rindunya kat Jannah,harap sangat dapat pergi nanti.
~Wardah~

Jazakillah.Jannah tunggu awak dan suami serta baby ye.Ok lah Wardah,jg diri,Assalamualaikum.
~Jannah~

InsyaAllah,syukran Jannah,Waalaikumussalam warahmatullah.
~Wardah~

***

“Jannah,abang kenal kan.Classmate abang dulu.Dia jemput kita ke walimah dia,4 Julai ni.Abang free tak masa tu?,”tanya Wardatul Shaukah sopan.

“Oh,Jannah,ni kad dia ye.Abang ambil kat luar tadi.Rajin dia pos kat kita ye.Tak sangka dia dah nak kawin.InsyaAllah abang tak de kerja hari tu,boleh la kita pergi.”balas Wildan penuh kasih-sayang.
“Alhamdulillah.Oh,kad dia dah sampai rupanya,Shahrul Nidhzom.Erm..ni bakal suami Jannah ye.Nice name.”puji Wardatul Shaukah jujur.

“Tapi,sayang kena jaga diri tau,due date dah dekat.Anak abi,duduk diam-diam ye.Jangan tendang-tendang ummi,sian dekat ummi.Nanti kita pergi walimah mak cik Jannah ye.,”kata Wildan perlahan sambil mengusap perut isteri tersayang.

Wardatul Shaukah tersenyum manja melihat telatah suaminya,mata mereka bertembung.Cinta mereka makin mekar akan kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka.

***

“Uwekk uwekk…”kedengaran tangisan bayi yang baru lahir dari bilik pembedahan dijalankan.

“Alhamdulillah.,”ucap seluruh ahli keluarga Wildan dan Wardatul Shaukah yang menunggu dari semalam lagi sesampai saja dari kampung di hospital sejurus menerima perkhabaran dari Wildan.Selepas empat jam,baru kedengaran suara tangisan bayi yang mereka nanti-nantikan.

Manakala Wildan menemani Wardatul Shaukah di dalam bilik pembedahan memberi semangat pada isteri tercinta untuk terus berjuang,bertarung nyawa selama beberapa jam tadi.

“Doktor,macam mana dengan dua nyawa di dalam?,”tanya Masyitah sementelah seorang doktor dan dua jururawat keluar dari bilik pembedahan itu.Semua berdiri tidak sabar mendengar perkhabaran baik yang keluar dari mulut doktor itu.

Doktor serta dua lagi jururawat itu tunduk dan menampakkan keseriusan di wajah mereka.

“Kenape doktor?Macam mana dengan anak saya?,”tanya Ummi Wardatul Shaukah mendesak,tidak sanggup menunggu lebih lama.

Doktor mula tersenyum.

“Bukan sahaja dua nyawa,malah,lima nyawa selamat.Tahniah,Puan Wardah baru sahaja melahirkan kembar empat.Dua lelaki dan dua perempuan.”ujar doktor itu.Senyumannya masih berbaki dan memandang ke arah Aman dan Amin yang nyenyak tidur di atas kerusi panjang berhampiran.

Pujian kehadrat Illahi tidak putus-putus dilafazkan.Mereka semua solat Subuh di surau yang telah disediakan di hospital itu.Sujud syukur tidak dilupakan.

“Iqah…,”panggil Ummi Wardatul Shaukah sejurus menjejak kaki masuk ke bilik yang ditempatkan anaknya itu.Wildan tiada disisi Wardatul Shaukah ketika itu.
Semua ahli keluarga yang lain turut masuk melawat Wardatul Shaukah.

“Ummi,Abi,Ma,Abah,Kak Masyitah…rindunya.Eh,Aman dan Amin pun ade.Terima kasih sudi datang.,”lemah suara Wardatul Shaukah.

Mereka berpelukan melepaskan rindu.

“Kak Ngah,mana baby?Kak Long cakap ade empat baby.Aman nak dua orang.”tanya Aman sambil menoleh kanan dan kiri mencari sesuatu.

“A’ah,Amin pun nak dua orang.,”

Wardatul Shaukah tersenyum mendengar keinginan adik iparnya itu.

“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dari pintu masuk dengan memangku dua bayi di kedua-dua belah tangannya.Dan dua lagi dipangku oleh dua orang jururawat dibelakang Wildan.

“Baby…!,”jerit Aman dan Amin dan berlari ke arah Wildan.

“Eh,Aman,Amin,mari sini.Nanti la,biar Bang Ngah pegang dulu.Nanti kita main dengan baby tu ye.,”larang Mama Wildan berhikmah.

“Baik Ma..!,”pantas mereka menjawab.Mereka sudah diajar supaya patuh dan hormat cakap orang yang lebih tua.

Dua jururawat tadi memberi dua bayi itu kepada Wardatul Shaukah yang bersandar di atas katil.Kedua-duanya dipegang dengan penuh rasa syukur.Hatinya tidak henti-henti mengungkap syukur dan hamdalah pada yang Esa.Wildan pula berdiri disamping isteri tercinta.

“Dah bagi nama ke?,”tanya Abah Wildan pula yang duduk di atas kerusi di sebelah katil Wardatul Shaukah.

“Alhamdulillah.Dah.”jawab Wildan melemparkan senyuman pada isteri kesayangannya.

“Ni Mohamad Wahiduddin dan Mohamad Wafiuddin,.”beritahu Wardatul Shaukah sambil menunjukkan bayi di kanan dan kiri yang dipegangnya.

“Dan ni pula,Nurul Wajihah dan Nurul Wasimah.,”beritahu Wildan pula menunjukkan bayi yang dipangkunya.

“MasyaAllah,sedap-sedap namanya.”puji Abi Wardatul Shaukah sambil menyambut Nurul Wajihah yang diberi Wildan padanya.

“Meh,nenek nak pegang cucu nenek ni.,”pelawa Mama Wildan menghulurkan tangannya menyambut Mohamad Wahiduddin dari Wardatul Shaukah.

Mohamad Wafiuddin dan Nurul Wasimah pula diberi pada Abah Wildan dan Ummi Wardatul Shaukah.

Kegembiraan terpancar pada setiap wajah di dalam bilik itu.Wardatul Shaukah dan Wildan berpandangan dan tersenyum kesyukuran.

“Assalamualaikum…,”satu suara memberi salam dari arah luar pintu.

“Waalaikumussalam warahmatullah.Jannah?Jannah…,”jerit Wardatul Shaukah sedikit tinggi terkejut dengan kehadiran pengantin baru itu tidak disangka-sangka.

Jannah terus masuk dan memeluk sahabat kesayangannya itu.

“Maaf Jannah,saya tak dapat datang walimah Jannah.,”

“Tak pe,Jannah faham.Awak perlu bertarung di sini.Tahniah,empat sekali dapat.Subhanallah.,”ucap Jannah terharu.Amat pemurahnya Allah.

“Tu,suami Jannah.,”beritahu Jannah sambil menunjukkan ke arah suaminya yang baru sahaja masuk ke bilik itu.

“Doktor Shah?,”kata Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.

“Awak kenal?,”tanya Jannah hairan.

“Ye,kami dah kenal Doktor Shah,dia yang merawat abah Wildan satu masa dulu.,”terang Wardatul Shaukah tenang.Tiada lagi rasa takut,kerana dia yakin Doktor Shah sudah berubah dan telah bertemu dengan pilihan yang tepat iaitu Jannah yang mula mengenakan pakaian sunnah yang sopan lagi menutup aurat itu.

“Alhamdulillah.Sungguh rapi perancangan Allah.Dipertemukan kita kembali tanpa disangka.Pelbagai cabaran,fitnah yang terpaksa awak hadapi,Jannah bangga dengan awak,tahniah mujahidah solehah…!Sungguh adil Allah,Dia memberikan apa yang patut pada setiap hamba-Nya.Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan kita masih jauh.,”lancar Jannah menunturkan kata yang dihafalnya dari penanda buku yang pernah dihadiahkan oleh Wardatul Shaukah ketika dapat menjawab teka-teki satu masa dulu.

“Alhamdulillah sahabat,terima kasih.Yang penting keyakinan pada Allah.Keyakinan pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah harapan,genggam jadi kejayaan.,”tutur Wardatul Shaukah lancar.Air matanya mula keluar dari tubir matanya itu.Lantas memeluk Jannah,dilupakan rasa sakitnya ketika itu mengenang kembali perkara-perkara yang terpaksa ditempuhi sebelum ini.

Semua yang berada di dalam bilik itu juga turut terkena impaknya.
Kegembiraan tadi diganti dengan tangisan kerana bangga dengan seorang mujahidah yang bermujahadah untuk menetapkan dirinya atas jalan yang diredhai pencipta dirinya itu.

Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...