Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 3

SIRI 3

Tit…tit…
Tit…tit…
Tit…tit…
Bunyi itu menandakan ada mesej yang baru masuk.
Wardatul Shaukah baru selesai membaca al-Quran selepas usai solat Zohor sebentar tadi.Dicapai telefon bimbitnya di atas katil.

1 Message received

Wardatul Shaukah membukanya di dahului basmalah.

Assalamualaikum w.b.t…
Apa khabar akhawat semua?Apa khabar juga iman di hati antunna?
Sudah lama kita xbersua,insyaAllah malam ni kita akan buat Qiam bersama-sama.Antunna boleh datang dalam pukul 10mlm.Kita berkumpul di Musolla blok E ya.
Moga Allah sentiasa memelihara antunna,dan memudahkan untuk dtg mlm ini.Uhibbukunna fillah…

~K.Masyitah~

“InsyaAllah akak,rindunya dekat akak…”gembira Wardatul Shaukah membaca mesej dari naqibahnya.Jarinya pantas membalas mesej itu.

Jannah yang baru saja balik dari kelas tersenyum melihat Wardatul Shaukah yang asyik menatap handphone sehingga tidak sedar dengan kehadirannya.

“Oi…berangan la tu…oppsssssss…terlupa pulak…Assalamualaikum…”usik Jannah.

“Ha macam tu la…waalaikumussalam…”jawab Wardatul Shaukah.

“Heheheh…jap,ni awat senyum sorang-sorang ni,khusyuk betul tengok handphone tu,sampai tak sedar Jannah balik…”

“Mesej dari K.Masyitah..malam ni saya tidur kat Musolla blok E tau,ada Qiam jamai’e,K.Masyitah pun datang,so agak excited,dah lama tak jumpa dia dan akhawat yang lain.”balas Wardatul Shaukah bernada gembira.

“K.Masyitah UIA Gombak tu ker?Rajinnya akak tu datang dari jauh ye.Bagus bagus bagus…”kagum Jannah.

“A’ah kakak UIA Gombak,itulah kan,K.Masyitah datang sini jauh-jauh,lebih kurang satu jam juga tau nak sampai sini.Dah la dia naik KTM je..banyak pahalanya tu..InsyaAllah.Moga Allah permudahkan perjalanannya.”puji Wardatul Shaukah.

“Amien…so,ada tak teka-teki berpantun malam ni?Jannah nak join,jangan tak jadi pulak…”tanya Jannah lagi.

“InsyaAllah ada,pukul 9.45malam baru saya pergi sana.”jawab Wardatul Shaukah.

“Awak pergi ngan sape?Jangan jalan sorang-sorang tau.”tanya Jannah risau.

“Saya pergi dengan Mumtazah,dia nak tido bilik kawan dia kat Blok D…so,kami pergi sekali.”balas Wardatul Shaukah lagi.

“Jannah dah tengok artikel dekat ‘Laman Ilmu’,tentang solat Subuh sunat hari Jumaat kita sujud tilawah?Saya baru tampal tadi.Maaf tak bagi satu salinan untuk Jannah,tak sempat nak photostat tadi.Kalau nak photostat ambik je kat situ ye.”kata Wardatul Shaukah.

“Dah,baru je tadi,baca kat situ pun tak pe, boleh berkongsi dengan yang lain sama,kalau Jannah nak,Jannah salin je,baru mudah ingat kan.Baru Jannah faham,rupanya,bukan 3 rakaat kan..2 rakaat juga,kalau rakaat,cukup semua rukun kan,tapi yang kedua tu,terus sujud,tak de rukuk pun. Sebab 1 lagi tu sujud tilawah atau kita panggil sujud sajadah kan…betul tak?”tanya Jannah minta kepastian.Dia seorang yang mudah faham dan cepat hafal perkara yang dia ingin tahu bukan dipaksa.

“A’ah betul,tapi kita tak di wajibkan pun sujud,kalau tak nak sujud pun tak pe.Teruskan je baca surah as-Sajdah sampai habis.Tapi kalau nak pahala sunat,sujudlah,masa sujud tu baca doa sujud tilawah:

سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه و بصره بحوله وقوته فتبارك الله احسن الخالقين

“sajada wajhiya lillazi kholaqohu wa sowwarahu wa shaqqa sam’ahu wa basorohu bihaulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqin.”

Senang kan,pendek je…”terang Wardatu Shaukah lagi.

“InsyaAllah,boleh Jannah hafalnya nanti,apa maksud dia?Senang sikit nak hafal.”tanya Jannah ingin tahu.

“Maksud dia..Wajahku telah bersujud kepada yang telah menciptakannya, mengfungsikan pendengaran dan penglihatannya dengan kemampuan dan kekuatan-Nya.Maha suci Allah,sebaik-baik Pencipta”jawab Wardatul Shaukah dengan lancar sambil tangannya menggayakan.

“Jannah dah hafal surah as-Sajdah?”tanya Wardatul Shaukah lagi.

“Dah masa SPM,terpaksa hafal,tapi sekarang dah lupa…”jawab Jannah jujur.

“Boleh ulang balik tu,insyaAllah mudah nak ingat balik,kalau dah lancar hafalan surah as-Sajdah,hari Jumaat minggu depan,Jannah boleh jadi imam pulak,kita buat sujud Tilawah,nak?”cadang Wardatul Shaukah.

“Eh..eh..layak ke Jannah..Jannah mana reti..ish..merepek la awak ni Wardah..tak mau la…saya bukan dari sekolah agama pun…”tolak Jannah.

“Nape tak layak pula,boleh punya,saya yakin dengan Jannah,tak semestinya orang yang sekolah agama je boleh jadi imam tau,kadang-kadang orang yang tak sekolah agama ni lebih baik dari sekolah agama,tau sebab apa?”tanya Wardatul Shaukah dengan soalan yang tidak memerlukan jawapan.

“Sebab pe?”tanya Jannah hairan,sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Sebab,mostly orang yang sekolah agama ni,dia fikir dia dah ada ilmu agama,dia rasa dia dah tak payah pergi jumpa ustaz ni,ustazah ni nak tanya,semua dia dah tahu.Tapi,praktikalnya tak tahu,kan susah tu…tapi kalau yang bukan sekolah agama ni,diorang bersungguh-sungguh nak tahu,jadi diorang akan tanya sesiapa yang pakar tentang kemusykilan dia tu.Sampaikan satu-satu dia nak orang tu tunjuk kat dia.So,Jannah rasa siapa yang lebih baik?”

“Tentulah pelajar yang bukan sekolah agama tu.Tapi,memang ada ek pelajar sekolah agama seteruk ni?”,tanya Jannah minta kepastian.

“Tentunya ada,Cuma kita tak tahu siapa.Saya tak kata semua pelajar sekolah agama ni teruk,cuma saya nak kita open minded sikit dan jangan ingat diri kita bukan sekolah agama tak layak untuk buat kerja-kerja agama ni.Ingat,Allah tak ukur seseorang tu dari mana sekolahnya,miskin atau kayakah dia,cantik atau hodohkah dia…tapi…Allah melihat ketakwaan hambaNya.

Seperti firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat yang ke 13,yang bermaksud,
”Sungguh,yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”jelasnya lagi.

sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...