analogi anak didik ku itu boleh juga dikaitkan dgn analogi ini..
mmandangkan, setiap waktu diri ini dihambat DATELINE..lepas menyiapkan 1 tugasan, perlu menyiapkan tugasan yg lain pula...ada masanya tak terkejar DATELINE2 tu...bertindih2 pun ada..ni pun tgh menyiapkan salah satu tugasan yg DATELINE nya esok...bukan baru nak buat tapi tertunda, coz perlu siapkan tugasan yg lebih mendesak..moga dipermudahkan Allah urusan2ku...amin..
diri ini terfikir ..bagaimana dgn HIDUP ini??..yg tidak diketahui DATELINE nya..hanya MAHA PENCIPTA sahaja yg mengetahuinya...seperti mlm ini, diri ini bertungkus lumus sedaya upaya menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pd esok pagi sebaik mungkin..kerana DATELINE nya ESOK...
makanya bagaimana pula dgn tugasan2 dgn Yang Maha Berkuasa? adakah diri ini telah laksanakan dengan sesempurna mungkin? dan bagaimana pula dgn tugasan2 yang belum terlaksana dengan sempurna? pelbagai persoalan bertubi2 menerjah ruang fikiran ini..muhasabahlah diri mu, wahai diri..laksanakanlah tanggungjawabmu sebagai hambaNYA sesempurna mungkin..sesungguhnya HIDUP ini tiada DATELINE!!! mungkin 20thn lagi?? mungkin 5thn lagi?? mungkin sebulan lagi?? mungkin esok?? mungkin sedetik lagi...jgn leka, jgn lalai wahai diri..bila2 masa sahaja Malaikat Maut akan datang menjemput mu...teruskanlah beramal & istiqomah wahai diri...wallahu'alam
Renungan buat diriku & kita semua
No comments:
Post a Comment