Thursday, November 4, 2010

Adakah anda...

sekiranya rakan anda seorang yg suka mengkritik/menegur cara kerja org lain..dan sekiranya ada pula kerja yang tidak sempurna dipihaknya..adakah anda,

A:berckp2 dgn rakan lain tentangnya dibelakang

B:cuba menegurnya dgn cara yg baik

C: diamkan saja

--------------------------------------------------------------------------------
Persoalan di atas takde langsung kaitan ngan peristiwa yg dialami oleh diri ini pada hari ini (mmg takde peristiwa2 penting pun hari ni). Cumanya diri ini terfikir..apakah RESPON kita sekiranya berada dlm situasi di atas..makanya persoalan di atas dilontarkan di akaun FB..tak ramai yg respon, mungkin hanya merespon dlm hati..or tak respon langsung..itu hak memasing ;)

biasa kan org akan kata kat individu2 yg berada dlm kategori di atas.."alah..cakap tak serupa bikin".."cakap org..diri sendiri pun tak betul"...lama2 kita akan merasakan individu2 dlm kategori di atas menjengkelkan kita..dan kita mula membentuk pakatan2 dgn yg sekapal ngan kita...dan tanpa kita sedari kita telah memilih "A"...bertambah buruk lagi tanpa kita sedari, mula terbit rasa BENCI dan kita mungkin berperang dingin tanpa kita sedari dgn individu berkenaan...hmmm..camnilah...individu2 berkenaan juga manusia..manusia itu tiada yang sempurna..makanya..janganlah ada benci di antara kita..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”
(Muslim)

sebaiknya..bagi diri ini adalah lebih baik kita memilih "B"...dan sebaiknya kita menegur dengan penuh berhemah..bukan kerana individu2 ini menjengkelkan kita, tapi lebih kepada kita menegur untuk kebaikan bersama..andainya kita tergolong dalam kalangan introvert, maka pilihannya adalah "C"..moga diam kita tu, tak bercambah menjadi benci dengan sikap individu berkenaan..atau pun kita boleh meminta org2 yang lebih dihormati oleh individu berkenaan, untuk menegur...

**entry ini tiada kaitan dgn sesiapa pun..kita mungkin individu berkenaan..kita mungkin orang yang tidak menyukai individu berkenaan..walau siapa pun watak kita dlm entry ini..kita semua hanyalah manusia biasa yang jauh daripada kesempurnaan..sama2lah kita perbaiki peribadi kita...moga persoalan ini menjadi ikhtibar buat diri ini dan yang membaca entry ini..ia hanyalah sekadar buah fikiran daripada diri ini..segala yang baik itu daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri ini..wallahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...