Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 6

SIRI 6

Tiba-tiba Nuha perasan,Nuha seperti berada di padang pasir.Nuha cuba lari dan lari,tapi tanah yang Nuha pijak ikut sekali Nuha berlari,jadi Nuha tidak sampai ke mana-mana pun.Nuha takut.Tiba-tiba Nuha nampak kalamullah,ayat-ayat suci al-Quran di langit,Nuha baca satu persatu,tapi sekarang Nuha tak ingat apa yang Nuha baca tu,yang pasti ayat al-Quran,”sambungnya lagi,ceritanya berhenti.Tangisan diganti.

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah sebak dan memuji kekuasaan Ilahi.Subhanallah…
Meremang bulu roma mereka,tidak disangka pagi itu mereka dapat mendengar cerita yang menginsafkan.

“Sehingga Nuha terduduk…Nuha terjaga selepas itu,kerana azan Subuh berkumandang... Pada pagi itu rupanya baru Nuha tahu,pada malam tu berlakunya gerhana matahari. Nuha tak tahu apa maksud mimpi Nuha tu…Nuha tak kisah,yang penting Nuha telah jumpa apa yang Nuha cari selama ini...Ia seperti hidayah dari Allah untuk Nuha.Alhamdulillah."katanya menamatkan cerita.

“Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar!Sungguh penyayang Allah itu,Dia memberikan hidayah pada orang yang selayaknya menerima dan bersedia menerima.Terimalah,bersedialah menerima hidayah Allah itu adikku…Jangan bertangguh bila hati ingin membuat kebaikan,jangan kata nanti,tapi sahutlah,ambiklah teruskan. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia.”,jelas K.Masyitah.

Beberapa minit selepas itu,mereka bersalaman tanda perpisahan.K.Masyitah pulang ke Gombak selepas membersihkan diri, ada urusan katanya.

Wardatul Shaukah menapak laju menuruni anak-anak tangga dari tingkat tiga musolla blok itu ke bawah.Dia tidak perlu menunggu Mumtazah,katanya mahu pergi Giant bersama kawan-kawannya.Jadi Wardatul Shaukah balik ke Blok A sendiri.

‘Tak sabar nak cerita kat diorang,Subhanallah bertuah Nuha,moga mereka dapat iktibar dari cerita ini…’getus hati Wardatul Shaukah tidak sabar untuk berhadapan dengan ahli-ahli biliknya yang ramah serta prihatin,risau juga bertamu di hati kerana mesej Jannah tidak dibalas semalam.

***

“Wei korang..minah ni dah balik ar..”,jerit Adila kepada kawan-kawannya di dalam bilik.

“Sape?orang tua tu?Huh!Penat la nak layan dia tu…sabar je ler…,”sambung Shima pula tidak puas hati.

“Dia dah balik?Ala…bencilah!,”kata Suhaila pula sambil menghentak kakinya ke simen.

“Sape yang balik K.Suhaila?,”tanya Anis.

“Kakak kesayangan kamu la…”,jawab Suhaila selamba tanpa mempedulikan kehadiran Wardatul Shaukah di situ.

“Sape kakak kesayangan Anis?Suka-suka je K.Suhaila ni.”balas Anis mencebik tidak puas hati dikatakan begitu.

“Anis ni..buat-buat tak faham pulak…Anis kan suka jawab teka-teki berpantun dari kakak kesayangan Anis tu..,”sampuk Amirah menekankan perkataan kakak yang ditujukan kepada Wardatul Shaukah.

“Anis bukan suke pun,saje nak layan,kalau tak kesian la pulak kan,tak de orang nak jawab..huhu..,takut nanti dia teka,dia yang jawab…orang ingat Musyrifah bilik kita gila pulak kan wat malu jer..”selamba Anis menjawab.Semua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak.

Wardatul Shaukah terkejut mendengar ungkapan-ungkapan kasar yang keluar dari mulut ahli-ahli biliknya sendiri sejurus dia sampai di hadapan pintu bilik.

‘Astaghfirullah,adakah kata-kata itu ditujukan pada aku..?’hatinya bermonolog sendiri.Berdebar-debar menghadapi apa kemungkinan yang berlaku selepas ini.Matanya berkaca-kaca,menahan sebak di dada.

“Assalamualaikum…,”Wardatul Shaukah menyedapkan hatinya,dia memberi salam seperti biasa sebelum masuk ke biliknya.

“Waalaikumsalam….,”jawab Auni tidak bersemangat,seperti terpaksa.

‘Ya Allah,apa dah berlaku ni?huh..mungkin syaitan ni saja buat aku berfikiran negatif,erm…Wardah,jangan risau tak de pape,rileks,rileks mungkin mereka tension,banyak kerja perlu di selesaikan…’,pujuk hati kecilnya tidak mahu berburuk sangka terhadap sahabat sendiri.

“Qis,nampak Jannah?Mana dia ye?,”tanya Wardatul Shaukah sambil menjenguk-jenguk kepalanya di setiap penjuru bilik mencari Jannah.

Soalannya berlalu tanpa jawapan.

Qistina buat-buat tidak mendengar soalan yang diajukan padanya,dan terus beredar masuk ke bilik studi.

Wardatul Shaukah tersentak dengan perbuatan Qistina,perangainya tidak seperti sebelum ini.

‘Ya Allah,apa kesalahanku Ya Allah,hatinya mula menangis,rasa bersalah menebal dalam diri.Pemboikotan apakah ini ya Allah…’

Usai solat Zohor,Wardatul Shaukah muhasabah dirinya,seperti mimpi yang dialami di alam realiti itu.

“Ya Allah,
Apakah dosaku ya Allah,
Ya Allah,
Adakah aku terlalu memaksa mereka untuk menerima dakwahku?
Ya Allah,
Adakah caraku ini terburu-buru?
Ya Allah,
Adakah aku telah membuat kesilapan sehingga mereka memboikotku sebegini rupa?
Astaghfirullah…”

Wardatul Shaukah mengadu segalanya pada Allah.Dia menangis tersedu-sedan,hatinya lembut dan susah untuk menerima apa yang telah dilakukan sahabat-sahabatnya itu kepadanya.Perkara yang ingin diceritakan pada semua tertunda.

Tapi Wardatul Shaukah tidak mengalah,dia sentiasa memberi kata-kata semangat pada diri.

’Tak pe,aku mesti kuat,aku ada Allah,mereka mencemuhku tak pe,jangan mencemuh Allah dan agama Islam.Itu yang patut aku utamakan.!’tegasnya dalam hati.

Syikin dan Anis berjalan menuju ke bilik studi melepasi Wardatul Shaukah yang masih menangis bermuhasabah.Tiada langsung pujukan dan kasihan,malah diberinya lagi ejekan dan perliaan serta lakonan yang menyakitkan.Sungguh kurang ajar pada pandangan seorang kakak.

“Syikin..bersabarlah…isk..isk..semua ni ujian…”,Anis mengejek sambil melakonkan watak seperti orang menangis sambil mengesat air mata palsunya itu.

“Terima kasih Anis,Syikin mintak maaaaaaaaaaaaaffffffff atas perbuatan Syikin yang melampau dulu…isk isk isk…huhu skema giler ar ayat aku.”balas Syikin menepuk-nepuk bahu Anis menahan ketawa.

“Anis pun nak mintak maaf..isk..isk..,ekkk…,oppss..sendawa pulak yang keluar,hehehe.Sambung balik,Syikin…jangan sedih-sedih dah ye,lupakaaaaaaaan yang lalu…”lakonannya semakin melampau,Wardatul Shaukah tunduk mengadap sejadah yang didudukinya itu,perasaannya dihiris sebegitu sekali,hanya Tuhan yang tahu pedihnya.

“Tapi Anis..isk..isk…Syikin rasa nak tergelak la..hahahahahaah…,”Syikin tidak dapat tahan rasa lawak yang mereka sendiri lakonkan,mereka berdua ketawa sekuat hati menuju ke bilik studi.Langsung tidak mempedulikan perasaan Wardatul Shaukah yang berada di sebelah mereka tadi,sengaja…!

Solat Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak pada hari itu sunyi dengan jemaah.Tiada perpaduan,tiada sayang-menyayang,tiada gelak-ketawa dan teka-meneka.

‘Belum sampai sehari aku disisih,tapi sudah give up,Nabi Muhammad boleh tahan…diboikot sehingga tiga tahun lamanya,tapi aku…Astaghfirullah…,’insaf Wardatul Shaukah mengenangkan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w.

Wardatul Shaukah mengumpul kekuatan dan cuba bersuara.

“Sahabat-sahabat,maafkan saya jika saya membuat kesalahan,tegurlah saya,tapi tolong jangan boikot saya begini,jangan buat saya seperti ni,saya harap kita bincang cara yang terbaik untuk selesaikan masalah kita ni.”Wardatul Shaukah menarik nafas dalam-dalam.Dia tidak mahu air matanya menitis lagi kerana masalah itu.

“Tunggu Jannah balik ar!Baru kita buat rundingan…!,”jawab Suhana menjerit,yang lain langsung tidak mempedulikan Wardatul Shaukah.

‘Jannah?Kenape Jannah?Adakah dia marah sebab aku tak balas mesej dia semalam?Sebab tu jadi kelam-kabut begini?Mana Jannah pergi ye?Jannah…maafkan aku…’,rintih hatinya terkenangkan sahabatnya Jannah yang dari siang tadi tidak pulang.

‘Adakah dia merajuk?Tak mungkin…Jannah bukan orang yang sebegitu,walaupun dia senang dipujuk.,’fikirnya lagi.

Wardatul Shaukah sabar menanti kepulangan Jannah,kerana tidak mahu membuang masa,dia menuju kearah bilik studi untuk mengulangkaji pelajaran Nahu dan sekaligus mengambil telefon bimbitnya yang dicharge di situ.

Setibanya Wardatul Shaukah di muka pintu bilik studi,semua sahabat-sahabatnya yang rancak berbual-bual,bergelak ketawa tadi berhenti serta merta.Mereka semua bangun dan masuk ke bilik tidur dan meninggalkannya sendiri terpinga-pinga.Ada yang melanggarnya sehingga dia hampir terjatuh.

“Pannggggggg…!”,dihempas pintu bilik tidur kasar.

“Ya Allah!,”tersentak Wardatul Shaukah.Air matanya tidak tertanggung lagi,laju mengalir dipipinya.Dia duduk lemah di atas kerusi tempat belajar kebiasaannya.
Penuh kata-kata yang menghiasi dinding meja belajarnya itu,moga mendapat sedikit semangat dari kata-kata itu semasa dia mengulangkaji nanti,fikirnya.

Dicapai telefon bimbit kepunyaannya.Tiada mesej Jannah yang masuk.
‘Mungkin terpadam ataupun belum masuk lagi,fikirnya.
Ditekan satu persatu nombor telefon bimbit Jannah yang telah dihafalnya.
Dia harap Jannah dapat menceritakan hal yang sebenarnya.

“This is the voice mail box for the number zero…”,Wardatul Shaukah hampa,tidak sempat operator itu menghabiskan ayatnya,sudah ditekan button End oleh Wardatul Shaukah.Berulang kali dia cuba telefon,tapi suara tetap sama,operator yang sama menjawab panggilannya.

Hatinya tidak tenang,dia termenung mengimbau hari-hari yang pahit dilalui pada hari itu,kitab Nahu yang dibuka pada mulanya dibiarkan terdedah tanpa disedari.Air matanya tumpah lagi,

“Tup,tap,tup,tap…,”setitik-setitik air matanya jatuh ke atas kitab Nahu,Wardatul Shaukah tetap juga tidak menyedari.Direnung,dan mencari-cari silapnya.Dua perkara yang tidak disangka berlaku pada hari yang sama,kenangan pahit dan manis berlaku pada hari itu.

“Astaghfirullah haladhzim,allazi la ilahailla..hual hayyul qayyum wa atubu ilaik...”sayu suaranya beristighfar kepada yang Esa.Dia mengulang-ulang,sehingga dia terlelap di atas kitab Nahunya sendiri.Air matanya masih tersisa di kelopak mata.

***

Bahunya tiba-tiba disentuh…

“Wardah…bangun Wardah…,kenape tidur kat sini,jom masuk.”Jannah mengejutkan Wardatul Shaukah yang terlena di meja studinya.

“Erm…Jannah?,”sisa sedunya masih berbaki.

“Ye..Wardah,Jannahlah ni..,”

“Jannah…maafkan Wardah…,”lemah suara Wardatul Shaukah,lalu bangun memeluk Jannah erat.Seperti sudah lama terpisah.

“Tapi kenape?Wardah tak pernah buat salah kat Jannah?,”soal Jannah agak pelik dengan sikap sahabatnya malam itu.

“Sebab…Wardah tak balas mesej Jannah malam kelmarin..,”sambung Wardatul Shaukah tersekat-sekat.Tangisnya masih berbaki,dia tidak dapat mengawal emosinya di depan Jannah,teringat perlakuan sahabat-sahabatnya tadi.

“Tapi,seingat Jannah,Jannah tak hantar mesej kat Wardah,Jannah tertidur semalam.Ingat nak mesej Wardah pagi ni,tapi tak jadi pulak,takut menggangu.Kenape?Wardah rindu Jannah ek..,”usik Jannah.Tidak sanggup melihat kesedihan sahabatnya berpanjangan.Seperti mengetahui apa yang dialami sahabat kesayangannya itu.

‘Jadi,kenape mereka semua boikot dan marah-marah aku?Apa salah aku?’getus hati Wardatul Shaukah pelik.

“Dahlah..jom masuk sambung tidur dalam bilik,dah pukul 12 dah ni.”ajak Jannah sambil merangkul bahu Wardatul Shaukah yang lemah.

“Tapi…tapi…,”Wardatul Shaukah takut dan berdebar menghadapi kemungkinan apa yang akan berlaku jika dia melangkah masuk nanti.

‘Adakah mereka semua akan keluar seperti tadi?atau menjerit padaku?atau...astaghfirullah..husnudzhon Wardah,husnudzhon..,’bisik hatinya.

“Tak pe…jom,Jannah kan ada…,”pujuk Jannah memahami.

Jannah memulas tombol pintu bilik A-3-2…
“Krekk…,”pintu dibuka luas.Gelap.

‘Awalnya mereka tidur,tidak seperti kebiasaan.’getus hati Wardatul Shaukah pelik.

Tiba-tiba kedengaran suara…

“Sanah helwah ya jamilah,
Sanah helwah ya jamilah,
Sanah helwah ya Wardatul Shaukah,
Sanah helwah ya jamilah…,”semua ahli-ahli bilik itu menyanyi lagu birthday dalam bahasa Arab mengikut intonasi lagu ‘Selamat Hari Jadi.’

Wardatul Shaukah pernah menyanyikan lagu itu semasa menyambut hari kelahiran Jannah,jadi mereka semua sudah biasa dan sudah fasih menyebut setiap patah perkataan arab itu.

Wardatul Shaukah terkejut.Hanya dapat mendengar suara,tapi wajah-wajah mereka tidak kelihatan.Biliknya masih gelap.

“Tik”,Suis lampu dipetik.

Sekali lagi Wardatul Shaukah tidak dapat menahan sebak di dada yang berterusn dari tadi.Dia terlalu terharu.Rupa-rupanya,apa yang berlaku siang tadi gimik semata-mata,hanya untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 itu.

“K.Wardah…Anis mintak maaf…Anis tak berniat nak kurang ajar dengan akak,Anis tak sanggup nak sakiti hati akak,Anis mintak maaf akak.Anis cakap je Anis tak suka pantun akak,tapi sebenarnya Anis suka sangat,Anis tak tipu,Anis sanggup tak tidur walaupun ngantuk gile,sebab nak jawab teka-teki akak.Maafkan Anis kerana membuat akak menangis tadi,semua ni rancangan Anis ,Anis kagum dengan kesabaran akak,akak memang baik…”Anis menghampiri Wardatul Shaukah dan memeluknya.Dia betul-betul rasa menyesal dengan apa yang dilakukan siang tadi.Beberapa kali dia menangis selepas dia berlakon di depan Wardatul Shaukah tadi.Dia mengharapkan rancangan mereka semua berjaya untuk memulau Wardatul Shaukah pada hari itu sebelum menyambut hari kelahiran musyrifah mereka pada malam ini.Anis menangis teresak-esak dibahu kakak kesayangannya.

“Syikin juga kak,kami semua tak sanggup buat seperti yang kami rancang ini,tapi kami harap dengan cara ini,akak-akak senior akan ingat kami sampai bila-bila,hingga akak-akak pergi ke main campus nanti…!Akak-akak,kami nak akak-akak tahu,kami semua sayang akak-akak.Walaupun kenal tak lama,tapi ukhwah ini tak pernah Syikin rasa sebelum ini,terutama selepas K.Wardah mendedahkan pada kami terutama Syikin,yang buta agama ni dengan artikel-artikel tentang sirah zaman Nabi,nama sahabat-sahabat Nabi dan lain-lain.Kami dapat rasakan bila kami berebut nak jawab teka-teki K.Wardah,ada suatu perpaduan di situ,ada satu cinta dirasakan di situ,tak sabar menantikan hari seterusnya ingin menjawab teka-teki itu kak.Terima kasih K.Wardah,akak la musyrifah terbaik bagi kami.”luah Syikin jujur lantas memeluk Wardatul Shaukah pula menggantikan Anis.Esakan silih-berganti.

“Ye Wardah,Ila,Qis,Mira,Auni,Dila,dan kawan-kawan juga minta maaf sangat pasal siang tadi.Ila memang tak sanggup nak buat macam tu,tapi adik-adik ni,nak sangat,tapi Alhamdulillah,cadangan adik-adik ni memang bernas…memang Ila dapat rasa,Wardah takkan dapat lupa hari bersejarah ni…”,terang Suhaila pula memohon maaf mewakilkan kawan-kawannya yang lain.

“Jannah juga mintak maaf Wardah…Jannah tak sanggup nak sakiti Wardah,sebab tu Jannah tumpang bilik kawan tadi.Jannah tak sanggup lihat Wardah menangis.Jannah tak sanggup Wardah disakiti.Maafkan Jannah Wardah…,”ujar Jannah turut menangis kerana kesal dirinya tidak membela sahabatnya tadi dan membiarkannya disakiti.Tapi,kerana memikirkan ukhwah yang akan terjalin selepas itu akan menjadi lebih indah,dia merelakan.

“Sahabat-sahabat Wardah yang disayangi fillah…Wardah tak sangka Wardah dapat sahabat-sahabat seperti kalian semua…Wardah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan Wardah dengan antunna semua.Terima kasih ya Allah.Wardah tidak menyimpan sedikit pun benci atau dendam pada sahabat-sahabat,Wardah harap,ukhwah yang terjalin ini akan diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga,Amin ya Rabbal ‘alamin.,”tuturnya lembut,esakannya makin berkurang.

Wardatul Shaukah terharu dengan pengorbanan masa yang dilakukan sahabat-sahabatnya hanya kerana ingin menyambut hari kelahirannya.Tidak terbayang perasaan sayang yang makin membuak-buak pada sahabat-sahabatnya itu.

Hadiah dihulur tanda ingatan buat Wardatul Shaukah,mereka semua berkongsi duit membeli sebuah buku yang bertajuk ‘Keperibadian Muslimah’ dan membuat satu kad yang sederhana besar saiznya dan meninggalkan tandatangan serta ucapan yang ingin ditujukan pada Wardatul Shaukah.

Mereka tahu,Wardatul Shaukah cintakan buku,cintakan ilmu,kerana itu mereka sepakat membeli buku sebagai hadiah untuknya.


sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...