Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 5

SIRI 5

“Assalamualaikum adik-adik…”ucap K.Masyitah kepada adik-adik usrahnya yang setia menunggu di dalam musolla blok E itu.

“Waalaikumussalam K.Masyitah,K.Wardah…”,jawab Ariana,Aisyah,Sofea dan Hana serentak.Mereka semua junior Wardatul Shaukah.Ini kali kedua mereka bertemu dengan K.Masyitah.

Semasa ketiadaan K.Masyitah,Wardatul Shaukahlah yang bertanggungjawab mengetuai halaqah bersama adik-adik di Nilai.

Wardatul Shaukah berjalan masuk ke musolla mengiringi K.Masyitah.Mereka saling salam berpelukan dengan ahli-ahli usrahnya,tanda ukhwah yang diikat itu sangat bernilai,yang bersatu hanya kerana ingin menegakkan deen yang Maha Esa.

Mereka duduk dalam satu bulatan di tepi,kerana bukan mereka saja yang berada di situ,bahkan ada beberapa orang lagi yang melepak dan ada juga yang buat kerja.

“Bismillahirrahmanirrahim…kita buka majlis kita dengan Ummul kitab al-Fatihah...”K.Masyitah membuka majlis halaqah mereka dengan kalamullah,dengan niat halaqah pada malam itu diberkati Allah dan dijauhi dari perkara yang sia-sia.

“Alhamdulillah,kita mula bertadarus seperti biasa.InsyaAllah,malam ni kita mula dari surah an-Nisa’ .Setiap sorang satu page ye.Baiklah,Wardah mula dulu.”arah K.Masyitah lembut,meminta Wardatul Shaukah yang duduk di sebelah kanannya memulakan dahulu bacaan Surah an-Nisa’ itu.

Setelah selesai semua giliran,termasuk K.Masyitah,K.Masyitah mula memberitahu tajuk yang akan dibincangkan malam itu.

“InsyaAllah,tajuk malam ni,amat dekat dengan kita semua.Akak nak kita sama-sama bincangkan tentang “Wanita dan Cinta Lelaki”.Apa-apa saje masalah akak harap,sama-sama kita berkongsi,jangan malu!Kita nak kejar redha Allah,kita kena berani hadapi ape jua sekalipun.”terang K.Masyitah.

“Ermm…akak nak minta setiap sorang nyanyikan satu rangkap lagu nasyid yang berkaitan dengan cinta,sape yang nak mula dulu?.”minta K.Masyitah mahu melihat keberanian ahli-ahli usrahnya.
“Akak,Wardah mula dulu ye,lagu dari kumpulan In-team,Kasih-kekasih,

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia…”

syahdu suara Wardah menyanyikan lagu nasyid itu.Semua menghayati dengan penuh khusyuk.Dia ingin menjadi contoh kepada adik-adik usrahnya.Jadi seorang yang berani dan menjadi orang pertama dalam segala hal hanya kerana ingin menggapai redha Ilahi.

“Aisyah nak kongsi lagu kegemaran Aisyah,’Demi cinta suci’,Unic…

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga…”


Aisyah menyanyi dengan penuh penghayatan,sehingga menampakkan air jernih di kelopak matanya,seperti ada sesuatu yang dipendamnya. Wardatul Shaukah yang berada di sebelah menggosok-gosok belakangnya untuk mengurangkan kesedihan Aisyah.

“Erm..tapi Sofea nyanyi tak sedap…”Sofea merendah diri.

“Sofea…suara kita Allah yang ciptakan,apa-apa yang datang dari Allah,semuanya sedap,semuanya okey…cuma jalan menggunakannya adakah betul?Sekarang,Sofea nak nyanyi nasyid kan…salah ke?Depan kami semua…?,”K.Masyitah memberi dorongan pada Sofea supaya tidak merendah diri menghadapi kebenaran bukan kesalahan.


“Baik akak,Sofea faham…Sofea nak nyanyi lagu dari Unic,tajuknya See You D IPT…

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan…”


Sofea menyanyi dengan penuh semangat.

”Oppsss…terlebih rangkap pulak,hehehe,”kata Sofea perlahan sambil menutup mukanya malu.

“Begitulah,seorang da’ie atau da’ieah kena sahut cabaran dan ubah apa yang salah selepas ditegur,bukan dua bulan lepas tu.Tahniah akak ucapkan.Semangat begini yang kita cari sekarang.”ucap K.Masyitah tegas,mempunyai maksud yang tersirat.

“Akak,Hana nak nyanyi lagu ‘Berkorban Demi Cinta’ dari Hijjaz,

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu…”

senyum Hana malu selepas menyanyikan rangkap lagu tersebut.

“Bagus,Hana,berkeyakinan.”puji K.Masyitah.

“Ariana nak nyanyi lagu ape?”,tanya K.Masyitah,kerana dialah orang yang terakhir.

“Ermm…saya nak nyanyi lagu ‘Kerana Cinta’ yang dinyanyikan oleh In-Team dan Mestica…

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula…”

Merdu Ariana menyanyikan lagu tersebut.

“Alhamdulillah..semua ada bakat,suara semuanya best-best,sedap-sedap belaka.Tapi,patutkah kita gunakannya dengan tubuhkan kumpulan nasyid,kemudian nyanyi depan semua orang?Especially lelaki ajnabi?Patutkah?”tanya K.Masyitah berbaur emosi.

“Tak patut…”serentak ahli-ahli usrah K.Masyitah menjawab.

“Baik,akak juga ada satu lagu untuk dikongsi,’Renungkanlah’ dari kumpulan Hijjaz…

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah…”
lembut suara K.Masyitah menyanyikan lagu itu,sangat menyentuh jiwa.


“Lihat..banyak lagu-lagu tentang cinta yang dapat kita nyanyikan,ini baru nasyid,lagu-lagu biasa,apatah lagi…Sebab itu,wahai adik-adikku,janganlah terlalu mendengar lagu-lagu seperti ini.Maaf,kalau ada yang memang minat lagu cinta seperti ini.Bukan ape,akak tak nak ia menjadi penyebab antunna lalai dan berangan-angan hingga tinggalkan suruhan Tuhan.Kecualilah jika sudah berkahwin,itu lain.”terang K.Masyitah bersungguh-sungguh.

Aisyah berasa sedih,kerana lagu kegemarannya juga patut dijauhi.Tapi dia pasrah selagi itu dapat menjauhi dirinya dari lalai dan teringat kembali nama seorang lelaki yang pernah tersangkut di hati.
“Ingat ye adik-adik,hati kita kena jaga,sekali terlalai,susah nak berpatah balik,kena mujahadah betul-betul,jagalah hati…!

Dengar dan hayati makna tersirat di sebalik kata-kata ini,
“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran,
Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga,berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru…,”beritahu K.Masyitah seperti membaca sajak,penuh penghayatan.

Wardatul Shaukah,Hana,Aisyah,Sofea dan Ariana khusyuk mencatat apa yang penting dari apa yang telah didengari mereka dari K.Masyitah.Rasa kagum berputik di hati.Penyampaian K.Masyitah ikhlas dari hati sehingga ada yang terharu dan simpati pada sahabat sendiri yang mengalami.

“Contoh satu lagi lagu yang akak rasa,memang buat adik-adik melayang,bila jatuh cinta pandang pertama…ini yang akak risau…lagu dari Unic,Hanya Tuhan Yang Tahu…

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku”


Jika antunna belum bersedia menghadapi ujian cinta lelaki ni,firstly,akak nasihatkan jangan layan lagu-lagu seperti ini.Kalau dengar pun,tapi adik-adik set dalam fikiran,untuk Alllah s.w.t…tapi ubah ape yang patut,jangan samakan dengan manusia,full stop!”semangat K.Masyitah meluahkan supaya ahli-ahli usrahnya faham apa yang ingin disampaikan.Supaya fikiran mereka tidak dipengaruhi dengan cinta lelaki ajnabi yang masih belum sahih akan bakal menjadi pasangan mereka nanti.

“Akak…Aisyah ada satu cerita nak dikongsikan,boleh?”minta Aisyah.

“Silakan,tentu saja boleh,moga bermanfaat pada yang lain.”.balas K.Masyitah.

“Ermm…sebenarnya,sebelum ni,Aisyah ada couple dengan seorang lelaki ni.Masa mula-mula Aisyah masuk sini.Aisyah sayang sangat kat dia.Dia ambik berat pasal diri Aisyah.Aisyah memang rapat ngan ibu,tapi semenjak berpisah jauh ni,Aisyah dapat rasakan dia menggantikan ibu Aisyah kat sini.Setiap hari Aisyah akan mesej dia,dia pun akan mesej Aisyah.Setakat mesej je,kami tak pernah ‘dating’ dan ber’gayut’ seperti kebanyakan remaja sekarang.Aisyah tak tahu pulak couple ni haram.Bila Aisyah dengar satu ceramah dekat masjid hari tu,baru Aisyah tahu.So,kami sepakat mintak putus,sebab takut azab Allah nanti.Tapi K.Masyitah,K.Wardah,kawan-kawan…Aisyah tak kuat,Aisyah rasa hati Aisyah kotor sangat.Aisyah selalu teringat kat dia..sampai sekarang…walaupun kami tak mesej-mesej dah.Tolonglah akak dan kawan-kawan,Aisyah tak kuat…”terus-terang Aisyah menceritakan masalahnya sambil tersedu-sedu menahan esakannya.Dia rasa amat berdosa atas apa yang berlaku antaranya dengan Khairul lelaki pujaannya dulu.Wardatul Shaukah sekali lagi menenangkannya dengan menepuk-nepuk paha Aisyah yang duduk disebelahnya.

Wardatul Shaukah membuat bahasa isyarat kepada K.Masyitah tanda meminta izin menghulurkan pendapat.K.Masyitah mengangguk membenarkan.

“Aisyah...Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya,harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.”jelasnya ringkas tapi penuh makna tersirat.

“Iye,benar apa yang K.Wardah cakap tu,usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita Setelah warna- warna itu hilang kita akan dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, kita akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya,anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua.”K.Masyitah menambah lagi.


“Memang susah nak jaga hati selepas bercinta,sebab tu kita kena mujahadah sungguh-sungguh,insyaAllah,Allah akan bantu kita.Seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 69,yang bermaksud:

“Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami,sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan,)dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan)
berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.”


Jangan lupa solat sunat taubat dan solat sunat hajat, dan berhajat bagaikan itu solat yang terakhir.InsyaAllah,Allah pasti ilhamkan semangat baru.Kita mengadu segalanya pada Allah,Allah yang menciptakan hati kita,Dia tahu ubatnya.”tambah Wardatul Shaukah lagi.

“Tapi akak,Aisyah dah cuba,Aisyah langsung tak de semangat nak buat,tak rasa keikhlasan tu,susah nak hayati.Kalau buat pun,sekadar buat,tak de kesan pada diri…”tanya Aisyah lagi,sedunya makin berkurang.

“Solat itu kerehatan mukmin dan tanda kita mengadu masalah pada Allah s.w.t.Andai tak mampu ikhlas,cuba pujuk hati untuk buat-buat ikhlas,mafhum hadis,
Jika kamu tak mampu menangis,buat-buatlah menangis.
Itulah mujahidah namanya.”terang K.Masyitah pula.

“Aisyah,ana cadangkan,Aisyah sibukkan diri Aisyah dengan kerja-kerja agama ni,dengan halaqah,ta’alim,majlis-majlis ilmu yang lain,moga itu dapat melupakan segalanya yang telah berlaku dulu.Kalau ada apa-apa masalah,Hana dan kawan-kawan yang lain pun ada.Kita sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran,dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”cadang Hana pula.

“Ya betul tu Aisyah,kami semua ada,jangan dipendamkan apa yang ada di hati,takut membengkak dan meracuni fikiran nanti.”terang Sofea,seperti doktor lagaknya.

Ariana dan Hana mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sofea.

“Terima kasih semua,Aisyah tak tahu nak cakap ape,doakan Aisyah thabat atas jalan dakwah ni.Dan Aisyah nak cakap yang Aisyah sayang antunna semua kerana Allah,Aisyah bersyukur sangat dapat kenal dan berkongsi cerita dengan semua.Terima kasih K.Masyitah,K.Wardah,Hana,Ariana,Sofea…”Aisyah terharu sehinggakan dia tidak dapat lagi menahan esak tangisnya.Semua yang ada disekeliling melihatnya.Esaknya makin lama makin kuat.K.Masyitah,Wardatul Shaukah,Hana,Ariana dan Sofea turut merasai kesedihan Aisyah,mereka tidak dapat lagi menahan air mata yang memenuhi kelopak mata mereka.Akhirnya jatuh jua.Mereka semua menghampiri Aisyah dan memeluknya .

Pelajar-pelajar wanita yang berada di situ turut terkena impaknya.Ada yang merah matanya menahan air mata supaya tidak keluar,ada yang tidak sanggup melihat tangisan mereka dan berlalu masuk ke bilik,dan ada juga yang terharu melihat ukhwah yang terjalin.

***

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah terjaga dari tidur mereka.Mereka melihat jam di tangan,menunjukkan 4.30pagi tepat.Mereka sama-sama bangun dan mengejutkan Hana,Ariana,Aisyah dan Sofea.

Usai ambil wudhu’,Wardatul Shaukah melihat telefon bimbitnya.Dia pelik alarmnya pagi itu tidak berbunyi seperti biasa.Sambil-sambil dia menyarungkan telekungnya.

“Patutla…habis bateri rupanya,kesian Jannah,mesti merajuk dia nanti.Mesej ape lah yang dia hantar semalam ye.”Wardatul Shaukah rasa serba-salah.Dia baru teringat Jannah ingin menghantar mesej padanya malam tadi.

“Kenape Wardah,ada ape-ape masalah ke?”tanya K.Masyitah prihatin.Dia pelik melihat Wardatul Shaukah berkerut sebegitu rupa.

“Tak de ape-ape kak…”,Wardatul Shaukah tersenyum malu,tidak sedar dia diperhatikan K.Masyitah.

“Oh,kalau macam tu,jom mulakan,Wardah jadi imam dulu ye,nanti dua rakaat seterusnya,akak dan yang lain-lain sambung.”kata K.Masyitah lagi.

“Baik…”,patuh Wardatul Shaukah.

***


“Assalamualaikum..nama awak sape?”tanya Wardatul Shaukah sopan pada seorang pelajar perempuan yang pertama kali dilihatnya di musolla itu mengikut segala ibadah halaqah mereka,dari tahajjud hinggalah baca al-Ma’thurat dan mendengar sedikit tazkirah dari K.Masyitah.

Yang tinggal hanyalah Wardatul Shaukah,K.Masyitah dan pelajar perempuan itu.

Hana,Sofea,Aisyah dan Ariana,masing-masing sudah balik ke bilik mereka di blok itu juga untuk bersiap ke kelas tambahan.Walaupun berlainan jurusan,tetapi pensyarah yang mengajar mereka adalah orang yang sama.Jadi,kelas mereka telah digabungkan khusus untuk kelas pada pagi Sabtu itu sahaja.

“Waalaikumussalam…saya Nuha,awak berdua pulak sape nama?”balas Nuha memperkenalkan diri.

“Saya Wardatul Shaukah,panggil Wardah je.”jawab Wardatul Shaukah sambil duduk bersimpuh di sebelah Nuha dan K.Masyitah.

“Nuha,ana Masyitah,boleh panggil K.Masyitah,salam perkenalan dari akak…”ramah K.Masyitah memulakan perbualan dengan Nuha.

“Ooo…salam perkenalan juga K.Masyitah,Wardah.”balas Nuha pula.

“Erm..Nuha ambik kos pe kat sini?”tanya Wardatul Shaukah lagi.

“HS…”jawab Nuha pula.

“Ooo..ermm duk blok ni ke?Nuha tinggal kat mane?,” tanya Wardatul Shaukah lagi.

“A’ah blok ni.Nuha tinggal kat KL.Sebenarnya Nuha tidak sebaik korang.”

“Apa maksud Nuha?Kenape cakap macam tu?”,tanya K.Masyitah hairan.

“Erm..Nuha tinggal dengan mama dan papa.Sebelum masuk UIA ni,Nuha tak pernah kenal Islam,mama dan papa Nuha tak berapa tekan kan sangat tentangnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing.Nuha ni free hair sebenarnya.Tapi sekarang macam nilah Nuha.Tudung ni yang Nuha pakai keluar.Alhamdulillah.”cerita Nuha tanpa dipinta sambil menunjukkan tudung ala-ala Ikin yang dipakainya.

“Nuha berubah pun,sebab kawan Nuha.Dia yang selalu ajak Nuha solat berjemaah,pergi dengar ceramah kat masjid dan mendekatkan diri Nuha dgn cara hidup Islam, tapi,sem ni dia dah ke main campus, Nuha rasa iman Nuha goyah,Nuha takut kembali macam dulu.Selepas Nuha kenal beberapa perkara tentang Islam ni,apa yang paling Nuha suka adalah doa.Bila Nuha berdoa,Nuha rasa Allah dekat sangat ngan Nuha,Nuha rasa Allah dengar isi hati Nuha,Nuha juga rasa Allah sangat faham perasaan Nuha,walaupun mama dan papa tak pernah faham Nuha.”Nuha mendalami setiap patah yang dikeluarkannya.Makin lama suaranya makin berubah.Seperti ada suara yang menahan kesedihan.

“Nuha baca al-Quran,Nuha jumpa banyak kalimah ‘Taqwa’.Nuha tak faham apa itu taqwa? Sehinggalah Nuha jumpa sorang ustazah kat sini,kalau Nuha tak silap Ustazah Hani.Ustazah cakap.’Taqwa tu maksudnya,takutkan Allah.Pastu Nuha terfikir macam mana nak dapatkan taqwa tu?,”sambungnya lagi,matanya merah.

Wardatul Shaukah dan K.Masyitah khusyuk mendengar,cuba memahami isi hati gadis itu.Mereka membiarkan Nuha melepaskan segala perasaannya yang seperti sudah dipendam sekian lama.

Sambungnya lagi...
"Nuha berdoa minta Allah kurniakan Nuha seorang kawan yg dapat bimbing Nuha,Nuha takut,Nuha takut iman Nuha goyah,Nuha takut Nuha mati masa tu.Nuha berdoa pada Allah,Ya Allah,matikan lah aku sekarang,dalam keadaan aku beriman."Nuha sudah tidak dapat menahan kesedihannya,air matanya bercucuran tumpang membasahi tudung hitamnya.K.Masyitah dan Wardatul Shaukah cuba menenangkannya.
“Nak dengar cerita tak..”,Nuha bertanya tiba-tiba.

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah mengangguk tanda berminat.

“Suatu malam,Nuha rasa nak sangat bertahajjud di musolla ni,sebelum-sebelum ni,Nuha takut nak bangun malam sorang-sorang memandangkan pada masa tu blok ni agak kecoh dengan kes orang nampak hantu la,histeria la...Tapi pada malam tu,perasaan Nuha kuat sangat nak bangun.Nuha pun solat sunat Tahajjud,solat Istikharah,solat sunat Hajat,baca al-Quran dan berzikir,selepas itu,Nuha tertidur di situ.”habis saja ayat itu,Nuha menarik nafas dalam-dalam seperti sesuatu yang berat akan dituturkan selepas itu.

“Nuha bermimpi,dalam mimpi Nuha,Nuha berdiri di sebuah masjid yang sangat-sangat cantik.Nuha masuk,ada beberapa muslimat di dalam,dan seorang imam.Pada masa yang sama ada beberapa ekor burung berterbangan di dalam masjid tu,ada yg hitam dan ada juga yang putih.Tiba-tiba imam itu datang pada Nuha untuk selamatkan Nuha,dia masukkan Nuha dalam sebuah bilik yang kosong,Nuha terpinga-pinga.Nuha lihat langit seperti warna keperangan,macam tu..."Nuha menunjukkan cahaya matahari di dinding,yang bewarna oren..cahaya matahari naik, pagi itu.

Tiba-tiba...

sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...