Apakah maksud mujahadah?
Mujahadah bermaksud
melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi". Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. Adakah kita benar-benar percaya pada har

i akhirat?Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah
. Hati yang dikuasai nafsu ammarah
dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah
. Hati yang dipenuhi lawwamah
menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah
ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah
yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.
sumber>>
http://treeofmind.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment