BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~
Saya selalu 'lost' apabila berada di pertengahan tahun. Hampir setiap tahun macam ni. Tahun ni merupakan tahun ke-12 bergelar CIKGU. Apa yang di'stres'kan pun tak tau la..hehe.
Setiap tahun ada sahaja CABARAN baru yang perlu digalas. CABARAN luar bilik darjah. Dalam erti kata yang lain kerja2 lain selain daripada mengajar. Kerja2 luar bilik darjah adalah seperti yang telah saya kupas dengan panjang lebarnya dalam entri 2 tahun lepas iaitu 'Guru 360 darjah'. Keadaan ini menyebabkan saya hilang fokus di dalam bilik darjah.
Ketika ini otak saya ligat berfikir dan bermuhasabah untuk mencari kelemahan diri serta mencari punca 'stres' yang dihadapi saban tahun. Saya meneliti beberapa artikel untuk dijadikan panduan. Antaranya:
- Bebanan Kerja Guru Ulasan Oleh Nur Hakimah Bt Roslan
- Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini
- Tips menjadi guru cemerlang
- 10 peranan untuk jadi guru cemerlang.
Alhamdulillah. Rasanya saya dah tau punca utama 'stres' yang dialami selama ini. Saya akan cuba perbaiki apa yang boleh. Moga Allah beri kekuatan dan ilmu kepada diri dalam menghadapi profesion yang menCABAR ini.
# CIKGU itu belum hilang & masih berada dalam DIRI, insyaAllah (",)
No comments:
Post a Comment