tengok banyak kali pun tak jemu kan..hehehehe
tapi entry kali ni bukan nak bercerita tentang cerita2 P. Ramlee tapi nak berkongsi perihal BEDAK...
daripada kecik kita pakai BEDAK kan? bila dah remaja skit, pakai BEDAK compact..tambah la sekarang ni mcm2 jenama ada kat pasaran...selalunya pakai kalau nak keluar rumah la kan..kalau tak ke mana2 selalunya pakai BEDAK talkum je..tapi tu la, kalau jenis muka yang berminyak BEDAK jenis apa pun 'tak dapek nolong eh'...berminyak-minyak jadinya pastu berjerawat...sudahnya kalau kat rumah jarang nak berbedak-bedak ni..pakai ke tak pakai ke sama je...BERMINYAK!!! sememeh je muka...nak plak kalau time panas lagi la sememeh, comot...dan diri ini sedia maklum BEDAK compact & BEDAK talkum ada chemical dan menyebabkan pori-pori tersumbat..tapi tu la, no choice..BEDAK batu cam ok skit..tapi pun lama-lama muka berminyak gak..pernah la jugak berjinak-jinak ngan foundation..pakai masa nak pi keje..memula tu ok la tapi lelama muka jadi lagi worst, berjerawat dan makin berminyak..
pssst!! pssst!! meh nak bisik...kita dah jumpa BEDAK yang dapat atasi semua tu..syukur alhamdulillah..dah tak nampak selekeh sama ada time lepak2 kat rumah dan jugak time outing..maintain je..nak tau BEDAK apa??? meh sini kita kongsikan
~ TIADA bahan pengawet ~TIADA pewarna ~TIADA bahan kimia ~Daripada sumber semulajadi ~TIADA tarikh luput ~SELAMAT utk semua kulit, NORMAL, OILY, BERJERAWAT, SENSITIF (tiada kesan sampingan utk kulit sensitif) ~SUCI, boleh digunakan utk solat dan juga semasa menunaikan HAJI ~NATURAL sehingga sgt selamat walaupun dipakai sepanjang malam ketika tido ~WARNA yg natural dan sesuai utk kulit wanita MALAYSIA ~JIMAT, pek 6gm boleh bertahan lebih 3 bulan (daily use) ~KALIS peluh ~TAHAN penggunaan sehingga 16 jam ~UV protection # Ia didatangkan dlm satu size iaitu 6 gm.
ha! BEDAK ni la...memang best..memula tau pasal BEDAK awal tahun ni time baca majalah..kalau tak silap harga yang tertera kat majalah tu RM60..maka dipendamkan la dulu niat nak memilikinya, mahal tu..hehe..pastu 2 minggu lepas, masa jalan2 ngan sorang kawan tergerak hati nak cari BEDAK ni..senang je nak cari BEDAK ni sekarang, ada je kat kiosk yang menjual jamu2 tu..
rupanya harganya RM45..tahan tuk 3 bulan, wow!!! makanya tanpa berlengah lagi terus la beli..melalui testimoni2 pengguna, ada yg kata kulit muka akan menjadi lebih elok selepas beberapa bulan memakai BEDAK ni...dan ada pengguna yang memakai BEDAK ni siang & malam...makanya belum la lagi nampak kesannya yang ketara pada diri ini..cumanya muka dah kurang berminyak cam selalu..pakai kat rumah pun ok, time ngemas ke, memasak ke, muka maintain je...alhamdulillah..
memula tu tak tau sangat nak pakai camna..tengok step dalam majalah pun tak berapa nak faham sangat..makanya tergerak hati nak google..rupanya camni caranya:
Cara Penggunaan :
Tips utk menggunakan mineral makeup ni. Kebanyakan daripada pengguna masih lagi tidak biasa dgn penggunaan mineral makeup. Takut kalau tersalah guna, akan mengakibatkan pembaziran & nampak kurang natural.
Menggunakan mineral make up sepatutnya digunakan bersama brush iaitu KABUKI brush. Kabuki brush ni sgt lembut, meratakan mineral powder (menutup pores dgn efektif) & menjimatkan penggunaan mineral powder. Tapi disebabkan harga KABUKI brush ni agak mahal, tak ramai yg nak melabur semata2 utk brush. But brush is one of the important factor when using mineral makeup.
- Sapukan moisturizer (apa2 jenis pun takpe) ke muka sebelum menggunakan mineral powder.(biarkan selama 1-2minit)
- Tuangkan powder melalui lubang kecil bekas tu ke penutupnya dan gunakan span. (span tak perlu dibasahkan, coz muka dah ada pelembab)
- Gunakan brush kecil (brush utk eyeshadow),untuk menutup cela atau parut dimuka anda. (Seperti guna concealer)
- Kemudian tekan brush (foundation brush/brush besar)atau span pada bekas penutup dan tekan hujung brush/span pada setiap bahagian seperti tengah dahi, pipi kiri kanan, dagu & hidung.
- Rata/Sapukan powder menggunakan brush secara sapuan bulatan (circular motion) sehingga semua powder pada muka anda telah kelihatan rata. Kalau menggunakan span, ratakan sapuan ke bawah.
- Anda boleh mengulang langkah diatas utk mendapatkan kemasan yg anda ingini terutamanya di bahagian bawah mata atau seluruh muka dan leher.
- Anda boleh juga menggunakan 2 jenis ton warna utk melakukan shading...bagi mendapatkan ton wajah serta bentuk wajah yg anda ingini:
*Contohnya, utk shading di bahagian pipi gunakan ton warna sedikit gelap dari ton yg digunakan pada base kulit anda. (shading gelap di tepi pipi utk efek muka sedikit tirus). Utk kulit cerah yg sgt pucat, selepas guna base 01 yg sesuai dgn warna kulit, boleh gunakan sedikit ton 02 atau 03 utk menambahkan sedikit warna kulit.
*Selepas 20-30mins sapuan mineral powder, kulit anda akan kelihatan lebih natural kerana minyak muka anda telah sebati dgn mineral powder ini.
******************************************************
Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan.Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Islam hanya menuntut umatnya menghias muka dengan cara sederhana. Wanita tidak harus menggunakannya untuk menarik perhatian orang lain agar memandang kepadanya. Wahai wanita sekalian BERHIASLAH cara ISLAM. wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment