Saturday, June 4, 2011

Bab 12 : Benar atau tidak?

Dah 2 hari aku tak nampak dia. Dia pergi mana? Ah! mungkin aku je yang tak perasan. Eh kenapa pula aku nak fikir pasal dia. Teringat pula perbualan aku dan Dayana semalam semasa makan tengah hari:

“ Rabiatul, awak ok ke?”

“Ok je..insyaallah”, jawabku muram sambil membelek cincin di jari manisku yang diberi ibu tempoh hari.

“Eh, tu bukan Azam ke pekerja yang baru pindah kat pejabat kita”,kata Dayana sambil menunjukkan ke arah kedai makan bertentangan dengan kedai aku.

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang tatkala Azam memandang ke arahku. Serentak itu kami mengalihkan pandangan. Ya Allah, pandangan itu panahan syaitan..

*************************************************************************************
1 NEW MESSAGE

-View-

013*******

Salam..saya nekad nak pinang awak..saya cintakan awak..saya nak jadikan awak sebagai permaisuri hidup saya’

-Reply-

‘Salam..siapa ni?’

1 NEW MESSAGE

-View-

‘Saya Nizam..’

Allah! Dia nak pinang aku..? tapi aku..aku..tak cinta kan dia..Aku berserah padaMu Ya Allah..

************************************************************************************

“Assalamualaikum..tuan dan puan, tujuan saya datang ni sebenarnya mahu merisik anak tuan dan puan yang namanya..hmm..Kejap ye”, kata seorang pakcik .

Ku lihat ayah dan ibu sedari tadi kelihatan gelisah dan tak keruan. Hmm,yelah aku faham,aku seorang je lah anak mereka yang tak kahwin lagi. Apabila aku dah kahwin,siapalah yang nak jaga mereka.

“Maaf ye tuan puan,lupa pula namanya..Rabiatul Adawiyah”

Tatkala namaku disebut, aku mulai menitiskan air mata. Aku sudah berjanji dengan ayahku bahawa sesiapa sahaja yang datang meminangku, ayahku boleh terima sahaja pinangan tersebut tanpa perlukan persetujuanku. Janji tetap janji,aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang munafik.

Esakkanku semakin kuat, aku berlari masuk ke dalam bilik. Boleh ke aku hidup dengan insan seperti nizam. Aku akui..aku sebenarnya cintakan Azam..Ya Allah,aku redha..aku redha..aku redha..Air mata mulai membasahi pipi laksana wanita kematian suami..Aku beristighfar panjang..perlu ke aku menangis sebegini? Aku bangun dari katilku lantas mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat taubat.

Habis sahaja menunaikan solat, kedengaran suara ayah dan ibuku berkali-kali meminta maaf kepada rombongan merisik tersebut..Apa yang dah berlaku ni? Aku cuba menekapkan telingaku di dinding untuk mendengar perbualan tersebut:

“Maafkan kami, anak kami sebenarnya sudah bertunang”

Ha? Aku dah bertunang? Yelah tu..Bila pula aku bertunang..biar betul ayah ni..Cahaya lampu di bilikku telah membuatkan cincin di jari manisku bersinar-sinar.

Aku mulai terfikir dan teringat yang cincin ini diberi oleh ibu tempoh hari.Adakah ini cincin pertunangan??

Ya! Aku dah bertunang..Aku tersenyum sendirian..Tapi siapa bakal suami ku??

*************************************************************************************
“Lah kenapa monyok je ni?”, tanya Naim sambil memegang remote televisyen.

“Tak ada apalah”,jawab Azam.

“Anta suka sangat berahsia,hmm sampai bila nak berahsia dengan ana”

“Tak ada apa lah Naim..Ana cuma pening je hari ni”

Sahabat Azam hanya mampu menggelengkan kepala, Azam memang seorang yang tidak banyak bercakap dan pandai berahsia.

“Ana cuma tak sedap hati”,kata Azam lagi.

“Kenapa?”,tanya Naim yang seakan berminat ingin tahu masalah yang Azam alami.

“Nizam dan Rabiatul Adawiyah”,pendek sahaja jawapan Azam.

“Anta cemburu ye?”,tanya Naim sambil tersengih-sengih.

“Taklah”

“Kalau ada jodoh,tak ke mana nye sahabatku”,kata Naim lagi sambil menyentuh bahu Azam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...