سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Saturday, June 4, 2011
Bab 10 : Cinta dan nafsu
“Insyaallah”, jawab lelaki tersebut.
Lelaki tersebut membuka pintu belakang kereta ku.
‘Alhamdulillah,kalau dia duduk kat sebelah aku kan dah parah’,desis hatiku. Di sepanjang perjalanan, aku dan lelaki tersebut hanya berdiam diri.
Yang kedengaran cumalah lagu selawat ke atas nabi di corong radioku
.
Setelah zikir dan selawat di dendangkan lagu Kembali nyanyian kumpulan Far East pula mulai berdendang di corong radio kereta ku. Antara bait-bait yang menyentuh perasaanku:
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut di telan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan, terus bersemadi
Ingin aku kembali
Kepada fitrah insani
Tak sangupku
Jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku
Dari dibelenggu
Dosa noda
Nafsu durjana
----------------------------------------------------------------------------------------
“ Belok kanan ye”
“Eh belok kanan!”
“Astaghfirullahalzim”,jawab aku setelah terlajak beberapa meter.
Gara-gara aku yang begitu menghayati lagu ini, aku tidak dengar lelaki tadi menjerit suruh aku belok ke kawasan perumahan. Ah! Terlajak pula!
“Maaf!”
“Anti berhenti sahaja di pondok hadapan tu”
Hujan mulai renyai-renyai. Lega pula setelah menurunkan lelaki tersebut di sebuah pondok tadi. Aku menjeling ke arah jam di keretaku, huh sudah pukul 6.35. Allah! Sudah lewat. Mesti ibu risau. Ini gara-gara traffic jem di sepanjang jalan raya. Maklumlah waktu petang macam ni memang ramai yang habis waktu bekerja dan pulang ke rumah.
*************************************************************************************
Peristiwa petang tadi telah menganggu fikiran Azam.
‘ Entah bagaimana aku boleh satu ofis dengan dia.Boleh pula dia tak kenal aku. Bukan ke dahulu kau yang tolak pinangan aku. Apa kurangnya aku?’,desis hati Azam
“Aish jauh termenung?”,kata Naim sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Astaghfirullahalzim”, tersentak Azam tatkala bahunya di sentuh Naim.
“Anta ada masalah ke?”
“Tak ada”
“Anta cerita je lah pada ana,insyaallah kalau-kalau ana boleh tolong”
“Ana cuma..hmm..tak ada apa lah”
Setelah menjawab pertanyaan sahabat serumahnya, Azam terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhuk. Lantas dia menunaikan solat sunat istikharah:
‘Ya Allah, mengapalah perasaan ku ini pada Rabiatul Adawiyah semakin membara,aku ingin sangat menjadikan dia sebagai isteriku yang sah..peristiwa petang tadi betul-betul menguji keimanan ku. Mana mungkin aku dapat menahan gelojak nafsu ini Ya Allah..Namun, kisah Nabi Yusuf a.s dan Siti Zulaikha tetap ku jadikan pedoman. Bagaimana aku mahu aku berhadapan dengannya esok? Tiap kali aku melihatnya pasti jiwa ku runtun. Begitu indah ciptaanMu Ya Tuhan. Aku berserah padaMu Ya Allah!’
Setelah menunaikan solat, Azam bertemu dengan sahabatnya Naim:
“Anta ok ke?”
“Entah..”,jawab Azam lesu.
“Ceritalah pada ana..paling kurang pun anta berasa lega sedikit”,kata sahabatnya Naim.
*************************************************************************************
Kali ni aku dah nekad! Aku nak siapkan kerja awal hari ni. Aku nak balik pukul 5 tepat. InsyaAllah..Aduih, pesal sakit perut plak ni..Sabar ye wahai perut,sikit lagi dah nak siap dah ni..sikit sahaja..sabar ye..
Aduih! Dah tak tahan lagi..Lantas aku berlari-lari anak meninggalkan pejabat aku untuk ke tandas. Ah! tak tahan!
“Dush!”
“Ya Allah!”,jerit aku. Seakan aku telah terlanggar sesuatu sehinggakan aku seakan terpelanting ke tepi dinding.
“Maafkan saya, saya minta maaf”,ulang lelaki tersebut berkali-kali.
“Tak apa”,jawab aku yang masih teruskan perjalanan. Ah! seharusnya aku melepaskan hajat ni tadi bukannya sekarang. Salah aku juga! Nasib baiklah aku cuma terlanggar fail-fail yang dibawanya. Bukanlah orangnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment