“Ibu..siapa tunang kakak?”,tanya aku sehari selepas peristiwa ‘merisik’ semalam.
“ Kakak,ibu tak boleh beritahu”,jawab ibu seakan serba salah.
“Tapi kenapa ibu?”
“Ibu dan ayah kena hormati permintaan pihak lelaki, ibu tak nak mungkir janji”
Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ah! mungkin pihak lelaki tu segan kot!
Siapalah bakal suami ku?? Hmm tak patut tak patut..lebih baik aku gantikan dengan soalan ni, siapalah jodohku??
*************************************************************************************
Kelihatan ibu sibuk dengan persiapan perkahwinanku. Hantaran perkahwinan untuk pihak lelaki belum lagi habis dibeli. Hmm, mana lah aku tahu saiz baju pengantin lelaki inikan pula saiz kaki. Ah! kenal pun tidak..redha je..
Petang ni ibu dan ayah mengajak aku pergi membeli hantaran untuk pihak lelaki. Hantaran untuk pihak lelaki adalah sebanyak 11 dulang manakala untuk pihak perempuan pula adalah 9 dulang. Jadi, agak banyak juga lah barang yang perlu kami siapkan.
“Ibu, betul ke saiz ni kasut?”
“Dalam mesej ni cakap saiz ni lah”
“Siapa yang hantar?”,tanya aku.
“Oh,bakal mak mertua kamulah”,jawab ibu sambil tersenyum.
Hmm..gementarnya..neves pulak..siapa ye bakal mak mertua aku?? Kenapa lah susah sangat nak beritahu siapa bakal suamiku?
“Aish..kakak mengelamun ye?”,tegur ibu.
Ish terkejut aku! Siapa lah yang tak mengelamun kalau berada dalam situasi aku ni. Betul tak??
*************************************************************************************
Sudah lama Nizam sudah tidak menganggu aku lagi. Alhamdulillah.. Lega sangat, Setiap kali kalau kami bertemu pasti Nizam akan mengelak sama ada melalui jalan lain ataupun berhenti di tempat lain. Entahlah! Malas nak fikir kenapa dia menjadi sebegitu.
Aku dan keluarga masih lagi sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung tidak kurang sebulan lagi. Ya Allah, gementarnya apabila hampir kepada hari bergelar isteri orang! Makin bertambahlah gementar apabila berkahwin dengan orang yang tidak aku kenali bahkan nama pun aku tidak tahu. Namun, rahsia takkan kekal lama kerana kad undangan perkahwinan juga perlu diedarkan.Takkan pada kad undangan perkahwinan tiada tertera nama pengantin lelaki, betul tak??
“Kad undangan perkahwinan dah siap kakak, biar ayah dan ibu uruskan”,kata ayah.
“Ayah,boleh kakak tengok”
-MUKA DEPAN-
Majlis Undangan Perkahwinan
Rabiatul Adawiyah dan Abdullah
Hati dan jiwaku terasa sebak. Abdullah? Nama bakal suamiku. Aku sudah hilang mood untuk melihat muka dalam. Lalu aku biarkan saja kad undangan perkahwinan tersebut di atas meja. Namun begitu, aku agak kagum dengan bakal suamiku yang menyuntingku dengan cara yang halal. Tidak dengan cara yang seperti Nizam lakukan pada aku! Aku akan mencuba menyintaimu wahai Abdullah bakal suamiku. Aku yakin, cinta dapat disemai selepas pernikahan kita nanti.
*************************************************************************************
Pagi ini sungguh indah sekali, cahaya mentari mulai menyinari di ruang bilikku. Ku intai di celah tingkap bilikku. Ku lihat ayah menjemput jiran tetangga dan saudara mara masuk ke dalam rumah.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku semakin gementar, tangan aku berpeluh! Ya Allah..tenangkan daku!
“Kakak, jangan gementar sangat..insyaallah ok”,kata adikku Ainul sambil membetulkan tudungku.
“You look so beautiful!”,kata Jamilah sambil mengenyitkan matanya padaku.
Aku mengenakan jubah pink dan tudung putih beserta labuci kuning keemasan pada tudungku. Adikku, Jamilah dan Dayana lah yang ‘mengandam’ aku. Atas permintaanku, Jamilah cuma menyapu bedak pada mukaku dan memakai celak sahaja.Simple gitu!
“Kakak,boleh keluar sekarang..pengantin lelaki dah sampai”,kata ibuku sambil tersenyum bahagia.
Ya Allah..Gementarnya! hmm rasa macam nak nangis..Menggigil kakiku tatkala keluar dari bilik, berpeluh-peluh tanganku. Ya, aku memang ada masalah dengan tangan berpeluh. Tak sangka pula hari ni peluh aku tahap hyper!
“Kakak cepatlah”, kata adikku Ainul sambil menarik tanganku keluar dari bilik.
Hmm beratnya kaki ni nak melangkah keluar bilik. Tanpa aku sedari air mata mulai mengalir. Tak nak! Rasa macam nak jerit je yang aku tak nak kahwin! Tapi aku kena bersabar,aku kena redha dengan bakal suamiku yang bernama Abdullah.
“Aku terima nikahnya Rabiatul Adawiyah binti Samad dengan mas kahwinnya *** tunai”
“Sah?”
“Sah..”
Aku dah jadi suami orang..! Sejak daripada keluar dari bilik lagi aku langsung tak pandang muka suamiku, aku tak sanggup! Sampai dah akad nikah pun aku tak mampu nak dongak untuk tengok muka suami ku itu. Sebab aku rasa sedih dan agak segan lah.
Dalam keadaan yang agak bising dengan riuh saudara mara di keliling aku, tiba-tiba tangan aku disentuh oleh seseorang.Ehem! suami aku rupanya..Adoih,tangan aku berpeluh..Aku tarik tangan aku balik..Malu kot tangan berpeluh ni! Suamiku tarik tanganku lalu disarungkan cincin. Aku masih lagi tertunduk memandang tikar rumah..Ya Allah, jantung aku berdegup laju. Lalu suamiku memegang daguku dan memandang tepat mataku.
Aku terkejut!
Jantung aku makin berdegup tahap maksima!
Ya Allah!
Rupanya Azam..Dia suamiku!!
Alhamdulillah..Aku mengalirkan air mata tanda bersyukur…
*************************************************************************************
Rupa-rupanya Abdullah bermaksud hamba Allah. Salah aku juga kerana tidak membuka kad undangan perkahwinan kerana di dalamnya barulah tertera namaku Rabiatul Adawiyah dan Muhammad Azam.
-BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN-
“ Awak..bangun,pukul 3 ni”,kejut Azam sambil mencubit pipiku.
“Hmm..Yeke..awak dah ambil wudhuk ke?”
“Dah sayang..bangun cepat”,kata Azam sambil menarik lenganku.
*************************************************************************************
Beginilah kami setiap hari,
Bertahajud bersama di pagi hari,
Demi mencapai cinta hakiki,
Manisnya iman dan manisnya cinta kami,
****************TAMAT**********
sumber>>http://komuniti.iluvislam.com/topic/25391-manisnya-iman/
No comments:
Post a Comment