Friday, November 5, 2010

cerpen 'Mujahadah Seorang Mujahidah' : SIRI 11

SIRI 11

InsyaAllah boleh,nanti ana bagi alamat sekolah yang ana nak daftar masuk tu.Ermm,hajat siapa?

~Wardah~

Begini,akak mewakilkan adik akak,Wildan untuk merisik mawar berduri yang kembg mekar disana.Adik akak nak melamar Wardah menjadi sayap kiri perjuangannya.Akak faham,Wardah nak masuk STAM kan,tapi sebagai tanda ikatan sebelum dipetik org lain,Wildan dan kami sekeluarga sudah berbincang untuk mengikat dengan pertunangan dahulu.Sepanjang pertunangan itulah masa suai kenal korang berdua.Akak akan sampaikan apa saja yg Wardah ingin tahu.Wardah,Wardah istikharahlah dulu,fikir,dan bincang dengan ummi dan abi Wardah,jika sudah bersedia,inform dekat akak ye.Kirim salam dekat ummi dan abi Wardah dengan lafaz ‘Assalamualaikum.’Akak menantimu memanggil akak sebagai Kak Long bukan Kak Masyitah lagi.Assalamualaikum.Uhibbuki fillah.

~K.Masyitah~


‘Ya Allah,secepat inikah?Wildan?Sudah lama aku rasa terbuka untuk menerimanya selepas beristikharah semasa kali pertama bertentang mata dengannya.Ya Allah,Kau sebaik-baik perancang,Kak Masyitah seperti betul-betul mengharap… Alhamdulillah.’ungkap Wardatul Shaukah syukur.

***


“Alhamdulillah,jadi kedua-duanya dah setuju ye?,”tanya Pak Cik Wahab ayah kepada Wildan memastikan.

Wildan dan Wardatul Shaukah mengangguk tanda setuju untuk meneruskan ikatan pertunangan mereka.

“Alhamdulillah,”semua yang hadir mengungkap syukur kerana majlis berjalan lancar pada pagi itu seperti yang diharapkan.

***

“Ummi,Abi,Iqah minta maaf pasal kes…,”belum sempat kata-katanya ingin diluahkan,Mak Cik Naemah memotong.Dia sudah biasa menggunakan nama manjanya ‘Iqah’ sebagai pengganti diri di depan Ummi dan Abinya.

“Shh…Iqah,Iqahlah satu-satunya anak kami.Kami yang bela Iqah dari kecil sampai sekarang ni.Ummi bangga dapat anak solehah macam Iqah.Ummi kenal Iqah,kenal lebih dari pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam tu,mereka main serbu je tanpa usul periksa.Iqah,jangan ungkit lagi hal yang dah lalu ye,jangan minta-minta maaf lagi.Sekarang teruskan hidup Iqah,InsyaAllah Ummi lihat Wildan tu baik sekali adab dan penampilannya.Sejuk mata memandang. Iqah dah jadi tunang orang,Iqah kena bersedia dari sekarang,bersedia untuk menjadi isteri solehah,Iqah tak boleh sedih-sedih depan suami nanti ye,kita kena jaga hati suami.Lagi satu,sepanjang ikatan pertunangan ni,ummi harap Iqah menjaga pergaulan dan hati dari mengingati Wildan.Iqah kena mujahadah betul-betul,kalau ada ape-ape,gunalah orang tengah ye.Masyitah kakak Wildan pun ade kan.Tak lama pun,lepas exam STAM,Iqah dan Wildan akan disatukan.Ummi Cuma mengingatkan,ummi tahu Iqah faham semua ni.Iqah,pasal kes dulu,Iqah jangan lah fikir sangat,kita tahu Allah mengetahui segalanya,Allah tahu Iqah tak salah,so Iqah kena tenang,kita hidup untuk dapat keredhaan Allah kan..,”pujuk Mak Cik Naemah berbaur sebak,tidak sanggup melihat anak kesayangannya difitnah sebegitu rupa walaupun perkara itu sudah sebulan berlalu.

“Ye Iqah,betul cakap Ummi tu,Abi bersyukur sangat,walaupun abi dapat seorang saje anak,tapi yang seorang ni sangat bernilai bagi kami.Sangat berharga,Alhamdulillah.Abi bangga,Abi bangga Iqah,Abi bangga Iqah tabah mengharungi hidup ni,tidak mudah putus asa.Abi harap,dekat asrama nanti,Iqah tumpu betul-betul pelajaran,Iqah jangan rindu bakal suami Iqah lebih dari penciptanya ye,”Pak Cik Arif meluahkan segala yang terbuku di hatinya,dan memberi peringatan kepada anak kesayangannya.

Wardatul Shaukah berasa sangat terharu,air matanya mengalir laju menuruni pipinya sehingga membasahi telekung yang masih dipakainya selepas solat Maghrib berjemaah dengan Ummi dan Abinya.Pada keesokannya ,Wardatul Shaukah akan mendaftar untuk masuk ke tingkatan enam Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad al-Tarbiah al-Islamiah yang berada di Trong.

“Terima kasih ummi,abi, Iqah juga bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang betul-betul menjaga dan membesarkan Iqah dengan penuh kasih sayang dan dengan segala didikan agama.Iqah akan ingat segala nasihat dan pesanan ummi,abi.Iqah faham,sebagai hamba Allah,Iqah tidak boleh mencintai seseorang lebih dari Allah s.w.t.Terim kasih atas peringatan ummi dan abi. Iqah ingat lagi Ummi,Abi,masa Iqah darjah enam,semasa Kem Motivasi Pelajar,Iqah dan kawan-kawan menyanyikan sebuah lagu nasyid dari kumpulan Aeman,tajuk dia ‘Wahai ayah dan ibu’.Kami tujukan kepada semua ibu bapa kami,agar mendidik kami dengan didikan agama yang sebenar.Termasuk ummi dan abi Iqah,”suara Wardatul Shaukah makin tenggelam dalam esakan.Dia melantunkan bait-bait lirik lagu tersebut dalam keadaan teresak-esak memeluk ibu kesayangannya.

Dia mengenang kembali lagu yang paling menyentuh hati kedua ibu bapanya pada saat dia bersama kawan-kawan yang lain menyanyikannya untuk majlis penutup Kem Motivasi Pelajar itu.Rentaknya sungguh syahdu dan seperti sangat mengharapkan didikan seperti itu daripada kedua ibu bapa masing-masing.

Wahai ayah dan ibu...
Dengarlah rintihan anakmu
Pimpinlah diriku ini
Dijalan penuh berduri

Berilah ilmu mengenal Tuhan
Pencipta diri ini
Selamatkan dari tipuan dunia
Menuju alam yang abadi

Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu Illahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti

Ayah dan Ibu ini impianku
Ingin menjadi anak yang soleh
Menolong ayah membantu ibu
Terus berbakti di negeri abadi

Oh Tuhan beri kekuatan iman
Pada kedua Ayah dan ibuku
Kau ampunkan segala kelemahan
Sentiasa dalam bimbingan-Mu

Setiap detik setiap saat
Berada dalam redha-Mu
Jalan yang lurus ditunjukki
Tuhan jadi sahabat sejati


Ketiga-tiga beranak itu hanyut dengan tangisan masing-masing,mereka semua berpelukan,kasih-sayang antara mereka makin mekar hanya kerana Allah.


sumber>> http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...