Saturday, September 11, 2010

DISKUSI di meja makan

dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga akan berlama-lama di meja makan...walaupun dah abis makan; dah basuh tangan...kami akan bersembang-sembang, coz masa ni la 'masa emas' bagi kami sekeluarga...almaklum la abah sibuk memanjang, jadi jarang dapat duduk berkumpul bersama-sama...

isu yang dibincangkan merangkumi semua hal...daripada hal2 berkaitan keluarga sehingga la kepada hal2 dunia...termasuk la bab2 agama..pendek kata semua hal akan disembangkan...pantang bagi abah kalau ada yang tak duduk makan sekali kalau time makan...selalu gak la kena marah, coz sy ni kadang2 makan awal daripada time makan...kekadang tu saja tak nak makan nasi (konon nak jaga badan la...huhu~)...skrg ni baru la paham nape abah tekankan sangat 'budaya makan sekeluarga' walaupun tak nak makan or dah makan...janji dok sekali...masa ni kami akan bertukar-tukar cerita, abah & mak akan menasihati kami adik-beradik andai ada tak kena di mata mereka...time ni jugak la masanya tuk berkongsi cerita2 berbaur nasihat tuk dijadikan ikhtibar kami sekeluarga...masa ni la abah & mak 'mendidik' kami dengan kaedah yang paling santai..sekarang bila semua dah besar panjang, kami akan berkongsi ilmu...tak kira la ilmu yang diperolehi daripada majlis2 ilmu mahupun daripada internet...secara tak langsung kami sekeluarga bukan sahaja dapat menjamah rezeki pemberian Allah bersama-sama..kami juga dapat menambah ilmu di meja makan...

pagi ni sembang punya sembang...berhujah punya berhujah dgn abah...tetiba mak menyuarakan pendapatnya..."along ngan abang(merujuk kpd abah sy le) sama je, kalau bercakap tu asyik menekan-nekan...bunyinye cam kasar je time bagi pendapat tu...kata2 tu terus menusuk ke hati"...gurlp! mak terasa ke...kami hanya membahaskan betapa pentingnya perlu mengambil supplement...bagi mak kalau sihat tak yah la nak amik supplement bagai...aku pun cepat2 la minta maaf kat mak...baru semalam berjanji nak jadi anak yang soleheh...takutnya diri ini andai terguris hati mak dengan kata2 ku...tapi kata mak sambil tersenyum...mak tak terasa pun...cumanya cara kitaorg ni sama anak beranak...takut org tak leh terima cara kami...abah pun kata, nak buat camne dah mmg camni...mmg camni la cara kami meluahkan pendapat masing2...teguran mak membuatkan diri ini terpikir...mungkin sebab ni la ramai yang tak puas hati, tak leh terima pendapat yang cuba diluahkan...tapi....camna nak UBAH...pendekatan yang camne yang bleh digunakan andai ada yang nak diluahkan...coz diri ini jenis yang direct to the point..."Ya Allah kau bimbing la hambaMu yang lemah ini, supaya lebih berhati-hati di kala berbicara"..AMIN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...