tapi bila difikir-fikirkan banyak eloknya rutin ni...seperti yg kita sedia maklum...buah kurma ni banyak khasiatnya...tinggi fiber..dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W pun, kita disunatkan makan buah kurma atau yg manis2 sebelum menjamah makanan lain...apa kebaikan disebaliknya??? diri ini selalu mempersoalkan...tentang apa2 je la..kenapa nak buat camtu? kenapa kena buat camni? mmg sifat semulajadi, suka sgt bertanya...WHY?? WHY NOT?? hehe...makanya skrg ni dah banyak kajian dilakukan dan dah banyak bahan bacaan membincangkan tentang kebaikan2 buah kurma, puasa, waktu berbuka puasa dan banyak lagi la...
berbalik kpd buah kurma...mengikut kajian setelah seharian berpuasa, kadar gula dalam darah menurun..makanya apabila kita makan buah kurma atau manisan secara tak langsung badan kita menerima glukos dahulu...jadinya paras gula dalam darah akan menjadi stabil semula...dan badan kita akan kembali bertenaga..selain daripada tu, buah kurma yg tinggi kandungan fibernya baik tuk sistem pencernaan...
kenapa perlu makan buah kurma terlebih dahulu??? bukan ke buah tu selalunya dimakan selepas makanan utama dan dijadikan pencuci mulut??? Dr. Oz di dalam siri Oprah pun mengatakan org Amerika telah melakukan kesilapan memakan buah sebagai pencuci mulut..sbb mengikut kajian sains...vitamin dan mineral buah-buahan perlukan lebih masa untuk diserap dan sekiranya dimakan paling akhir akan menyebabkan pengurangan kadar penyerapan nutrien tersebut (kalau tak silap la, nak kena semak semula info ni...hehe) ...sebagai org Islam, amalan memakan buah dahulu sebelum memakan makanan utama telah lama diamalkan...jadinya eloklah sangat kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W...nak makan tembikai ke, betik ke, or apa2 buah sekali pun..elok la dimakan dahulu dan bukannya sebagai hidangan selepas makan sambil borak2...amalan ni kena diperbetulkan..sedangkan org Amerika pun mengatakan ia satu amalan yg silap...inikan pula kita...kan...
mari kita kaji waktu berbuka puasa plak...waktu maghrib...mengikut kajian, adalah seeloknya makan malam sekurang-kurangnya 2-3j sebelum tidur...bagi tujuan pencernaan...kita juga disarankan banyak berjalan selepas makan..jadinya elok sangat la makan waktu maghrib..kalau kat semenanjung Malaysia lebih kurang 7.15pm..lepas tu pi terawih (kira cam berjalan2 la jugak)...balik terawih lebih kurang 9.45pm la katakan..sedang elok la tu...lepas terawih ada moreh kan..kalau takde kat masjid @ surau, balik rumah kita sambung makan yg lebih time berbuka tadi...betul la tu..sbbnya kalau terasa lapar...pakar diet menyarankan kita minum susu @ makan la biskut dalam sekeping dua sebagai supper(dlm pkul 10pm)..jadinya kalau boleh juadah lepas terawih tu pun, jangan la yg berat2...makanya elok sangat la amalan makan malam ni dalam lingkungan pukul 7pm kalau hari biasa...dan bukannya pukul 8.30-9pm seperti yg dah dilakukan sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu...apa salahnya kita berubah..sbbnya mmg dah terbukti banyak faedahnya dari sudut saintifik..
org sekarang sibuk mengatakan tentang DETOX...makan itu la...ini la..tampal sana la...sini la..semuanya untuk DETOX..umum pun dah tau kan kebaikan DETOX..untuk menyingkirkan toksin2 dalam badan...jika kandungan toksin terlampau tinggi dalam badan, makanya badan akan memberikan reaksi...berjerawat, alergi dan bermacam2 lagi penyakit...kadar penyerapan ubat @ nutrien dalam badan pun rendah disebabkan toksin ni...tau tak?? PUASA merupakan satu proses DETOX…jadi banyak-banyakkan la PUASA…takyah tunggu bulan Ramadan pun takpe…banyak-banyakkan la PUASA SUNAT…insyaAllah badan kita akan sentiasa melakukan proses DETOX…dan secara tak langsung badan kita akan jadi lebih sihat …
wallahu’alam…
sumber rujukan: majalah2, Oprah Show, buku2 kesihatan
No comments:
Post a Comment