Air mata tak tertahan-tahan di kala berjemaah sekeluarga menunaikan solat subuh di pagi yang mulia ini...1 Syawal 1431H...cukup indah bagi diri ini....tiada kata yang dapat diungkap ketika itu hanya getaran rasa menyelubungi diri..perasaan sedih, hiba, sayu, gembira bercambur baur dilubuk hati ini..
Selesai berdoa, kami mengambil kesempatan tuk bermaaf-maafan...sesudah mak & abah, tiba giliran saya pula sebagai anak yang sulung tuk memohon maaf...berdepan je ngan abah, tiada kata yg dpt diungkapkan, hanya air mata yang berjurai-jurai..lebih kurang seminit jugak la mengumpul kekuatan tuk memohon maaf ngan abah..abah & mak cuba menenagkan diri ini...masing2 tertanya-tanya kenapa la anaknya ini, sedih sangat...ntah la, saya sendiri pun takde jawapannya...setelah mendapat sedikit kekuatan, saya memulakan bicara "Abah, mak...along bukan la anak yang terbaik...tapi insyaAllah Along akan cuba jadi anak yang solehah selepas ni...ampunkan along, abah"...selepas tu ngan mak "Mak, ampunkan along..ada yang terkasar bahasa dan terguris hati mak"..."takde along, moga mendapat jodoh yang baik" kata mak, sambil memeluk erat diri ini....last sekali giliran ira my youngest sister tuk bermaaf-maafan...ngan anyah dalam phone je semalam, coz this year anyah sekeluarga beraya di sebelah keluarga suaminya...
Sesudah menjamah makanan yang dimasak mak (the best cook in the world!!)...kami semua bergerak tuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...kemudian kami sekeluarga mengambil kesempatan tuk beraya ke 3 buah rumah kawan2 mak & abah...walaupun tak meriah coz 4 org je tapi SYAWAL kali ini membawa seribu pengertian bagi diri ini...alhamdulillah ;)
kenapa diri ini SEDIH, HIBA, SAYU & GEMBIRA???
SEDIH kerana terpaksa berpisah dgn Ramadan..ntah kan dapat bertemu lagi di tahun depan...terasa banyak yg kurang semasa menunaikan ibadah puasa, tapi apakan daya masa tidak dapat diputar kembali...hanya mampu memohon supaya Allah menerima segala amalan yang sedikit itu...banyak lagi ruang2 yang boleh diperbaiki...HIBA rasanya hati kerana rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah S.W.T di atas kesempatan memulakan pagi yang mulia ini dengan solat subuh berjemaah sekeluarga, di mana jarang2 dapat dilakukan sebelum ni kerana tidak berkesempatan berbuat demikian...SAYU menguasai diri kerana hanya kami berempat sahaja di sini, mak, abah, saya & ira..beraya diperantauan, coz abah tak dapat cuti tahun ni...selalunya kami akan menyambut Syawal di Perak bersama sanak saudara...anyah & wan (suaminya) serta anak2 beraya di utara..GEMBIRA kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T tuk berpuasa 3 hari ngan mak & abah...dapat menyempurnakan ibadah puasa di tahun ini...berpeluang berterawih, berqiamullail bersama-sama mak & jemaah di sini...dan gembira kerana dapat menyambut SYAWAL kali ini dan moga di izinkan Allah tuk bertemu dengan RAMADAN 1432H pula....AMIN
No comments:
Post a Comment