hmmm..mana anaknya ye? ditimpa masalah ke? andai anaknya ditimpa masalah, moga Allah keluarkannya drpd
masalah itu dgn segera...andai anaknya sengaja berbuat demikian, moga Allah berikan kesedarannya buatnya...dan
kembali berbakti kpd ibunya...amin
begitulah reaksi diri ini semalam tatkala mengetahui tentang berita ini dan menontonnya di youtube:
dan ini pula kenyataananaknya dalam Harian Metro hari ini:
“Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,”
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku."
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,”
Alhamdulillah..segala persoalan telah terjawab.
Pengajaran yg diperoleh oleh diri ini drpd situasi ini adalah:
- Kita tidak sepatutnya terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui hal yang sebenar
- Setiap org ada masalahnya tersendiri, kita cuba letakkan diri kita dalam situasi org tersebut untuk lebih memahaminya
- Kita perlu sentiasa bersangka baik
*Diri ini mendoakan agar dua beranak ini akan menemui kebahagian dunia dan akhirat, amin.
No comments:
Post a Comment