~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
assalamualaikum wbt
Jika istimewanya 1 Syawal kerana Hari Raya Aidilfitri,
makanya istimewanya 10 Zulhijjah kerana Hari Raya Aidiladha.
Jika Hari Raya Aidilfitri dapat berkumpul sekeluarga,
tapi Hari Raya Aidiladha dah lama tak berpeluang berbuat demikian.
sebabnya???
Mungkin sebab kami sekeluarga terpisah jauh
dan mungkin juga sebab cuti yang pendek.
Pernah sambut sengsorang masa zaman belajar dulu,
sebab sehari lepas tu, ada peperiksaan akhir semester.
Oleh itu, bukanlah satu isu yang besar jika tidak dapat menyambutnya bersama keluarga memandangkan pernah melaluinya sebelum ni.
perasaan ???
Biasa je.
Bukan sebab takde perasaan, tapi perlu kentalkan jiwa tabahkan hati.
Adat hidup seorang perantau.
Menyambut Hari Raya Aidiladha masa bekerja di Sabah dulu, paling seronok dalam sejarah hidup.
Meriah sangat-sangat.
Memandangkan kami semua yang merantau ni tak balik ke kampung halaman masing-masing, kami sambut di sekolah. Sembelih 2-3 ekor lembu, lepas tu agihkan kepada para pelajar dan penduduk kampung berhampiran. Esoknya, boleh dikatakan setiap rumah mengadakan rumah terbuka.
Rasa macam Hari Raya Aidilfiti pulak.
~Kenangan terindah~
Hikmah dan Fadhilat Ibadah Qurban
1. Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim A.S.
2. Mendidik jiwa ke arah taqwa & mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
3. Mengikis sifat tamak & mewujudkan sifat murah hati berbelanja ke jalan ALLAH SWT.
4. Menghapuskan dosa & mengharap keredhoan ALLAH SWT.
5. Menjalinkan hubungan kasih sayang antara golongan berada & golongan miskin.
6. Memperolehi kenderaan tunggangan meniti titian AS-SIRAT di akhirat kelak.
sumber: www.ezqurban.org
Jom Ulangkaji Kelebihan Bulan Zulhijjah
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha semuanya.
Moga suatu hari nanti kita menjadi tetamu Allah dan berpeluang menyambutnya di Mekah semasa menunaikan Ibadah Haji, amin.
No comments:
Post a Comment