Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT
Minggu ini merupakan minggu pertama di bulan Oktober. Diri ini cuba merenung kembali segala peristiwa yang berlaku sepanjang bulan September. Kemudian ingatan terus mengembara sehingga ke bulan Januari. Banyak sungguh peristiwa yang berlaku di sepanjang tempoh itu. Gembira, tenang, bahagia, pahit, manis, geram, tension, stress dan pelbagai rasa ini bersatu selama 9 bulan lamanya (kalau org mengandung, kiranya masa untuk bersalin dah ni hehehe).
Ada tikanya kegembiraan menghiasi hari-hari yang dilalui dan ada ketikanya pula kesedihan merenggut rasa. Pabila dilihat kembali segala kejadian yang berlaku saban hari dalam kehidupan ini dengan mata hati, diri ini dapat melihat betapa besarnya kuasa Allah SWT, betapa besarnya nikmat Allah SWT . Allah memberi pelbagai nikmat yg tidak terhingga bukan sekadar rezeki dalam nilai wang ringgit dan harta benda tetapi nikmat sihat. Allah masih memberi peluang kepada diri ini hidup hingga saat dan tika ini untuk memperbaiki diri, untuk mengabdikan diri hanya padaNya dan untuk Buktikan Cinta padaNya.
Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah.
InsyaAllah...
akan ku Buktikan Cinta ku pada Mu.
No comments:
Post a Comment