Saturday, October 27, 2012

SALAH FAHAM berkaitan Sarapan, Makan Malam dan Sahur

Sarapan
" Ya Allah, laparnya. Tak sempat la nak sarapan pagi tadi. Ni baru nak makan." Ngomel kawanku. Jam tepat menunjukkan pulul 12 tengah hari. 

Ini merupakan ayat biasa yang kita dengar, kan?

Bahaya tau, kalau kita tidak bersarapan pagi ni...

"Mereka yang tidak sarapan akan memiliki kadar gula darah yang rendah. Hal ini akan 
menyebabkan ketidakcukupan nutrisi pada otak. Walhal otak memerlukan nutrisi yang cukup untuk bekerja. Akibat kurangnya nutrisi terutamanya glukosa, akhirnya kemampuan otak akan cepat menurun." 

Bahaya, kan? Bukan itu sahaja, malahan boleh menyebabkan seseorang itu pitam. Senario ini biasa terjadi di perhimpunan rasmi di sekolah2.  Kenapa pelajar2 ni pitam, selalunya kerana belum bersarapan. Kadar gula yang rendah dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu pitam.  Sekiranya kerap sangat tidak bersarapan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan gastrik. Oleh yang demikian, bersarapanlah.

Tak sempat bersarapan???

Tak perlu la sepinggan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan sebagainya.


Sarapan yang ringkas2 je sebelum ke luar rumah di pagi hari.


Cukup dengan hanya mengambil secawan minuman berbijirin 
(cadangan: tambahkan oat dalam milo).
Tapi harus diingat, jangan bancuh yang '3 dalam 1' tu ye. 
Ada krimer bukan tenusu di dalamnya, bahaya tau! (klik sini)

Mudah dan ringkas, kan? Memanglah 3 jam lepas tu akan lapar semula. 
Bolehlah ambil makanan yang berat sikit selepas 3 jam. 

p/s: Para ibubapa jangan biarkan anak2 anda ke sekolah dengan perut yang kosong. Sekurang-kurangkan bancuhkan secawan minuman berbijirin.

Makan Malam


"Aku tak makan malam dah. Almaklumlah diet sekarang ni. Tu yang kurus sikit ni..hehe." 

Ayat biasa yang diucapkan oleh kawan2 kita yang nak mengurangkan berat badan, kan?

Emm...salah sebenarnya tu. Makan malam itu penting. Wajib makan malam.

"Susah la kalau macam tu, kalau makan malam2 ni, gemuk la"

Jangan salah faham kawan.

Kes 1:
Katakanlah waktu terakhir kalian makan adalah pada pukul 4 petang, kemudiannya kalian tidak makan sehinggalah pukul 10 pagi esoknya. Bayangkan, 18 jam perut dibiarkan kosong.

Asid hidroklorik yang dirembeskan dalam perut seperti biasa, tapi tiada makanan untuk dicernakan. Itulah yang menyebabkan kita sakit perut, gastrik. 

Sekali dua mungkin tak rasa lagi. Kalau dah banyak kali, ia akan mula sakit.

Kes 2:
Katakanlah memang tak berhajat nak makan malam pada hari tersebut. tetapi pada pukul 10 malam perut mula berkeroncong. Tak boleh nak tidur. Penyelesaiannya, kita akan makan roti atau pun biskut, kan? lepas tu tidur. Kata, nak turunkan berat badan? Apa cer, hehehe...

Roti tu karbohidrat, kan? Samalah macam makan nasi. Lebih2 lagi roti putih, tinggi kandungan karbohidratnya. 

Makan, salah! Tak makan, pun salah! habis tu macam mana?

Bertenang, bertenang! 

Jangan tak makan malam! 

"Rosaklah I punya diet!"

Kalian masih boleh menjaga berat badan walaupun makan malam.
Ye ke? Macam mana tu?

Penyelesaiannya:
Makan malam sebelum matahari terbenam 
(cadangan: setengah jam sebelum masuk waktu maghrib).

Kalau nak jaga berat badan, makanlah sesenduk nasi
 atau pun 2-3 keping roti (roti gandum penuh).
3 jam selepas itu, mungkin anda masih berasa lapar (ini senario biasa).
 Untuk mengelakkan terlebih makan, minumlah secawan susu sebelum tidur.

p/s: marilah kita sama2 membudayakan makan malam sebelum matahari terbenam.

Sahur
"Budak-budak sekarang ni, mana nak bangun bersahur. Diaorang lebih sanggup lagi tidur daripada nak bangun makan sahur. " Luah seorang ibu.

Kita semua maklum, kan? Bahawasanya, pahala adalah ganjaran yang dijanjikan Allah bagi mereka yang makan sahur.

"Dah makan nasi tengah malam tadi, sebelum tidur" 
Inilah alasan para remaja, kan?

Salah tu. 

Waktu sahur yang terbaik adalah diakhir malam iaitu sebelumnya masuk subuh (imsak).
Terdapat 7 kelebihan bersahur sebelum masuk subuh (klik sini). 

Kan, ke bahaya kalau makan lewat2 malam ni. 
Akan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Lagi pun, rugilah tak merebut pahala untuk orang2 yang bersahur. 
Paling malas pun, minumlah seteguk air masak.

p/s: para ibubapa, andai anak2 kalian tetap tak mahu bangun untuk bersahur. Berikanlah mereka segelas air masak. Sekurang-kurangnya mereka masih mendapat pahala.

**********************************
Saya hanya kongsikan serba sedikit apa yang saya ketahui dan pandangan saya serta cara saya berkaitan MAKAN, wallahu a'lam.













No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...