Saturday, October 20, 2012

Krimer Non-Dairy penyebab MENINGKATNYA kadar Kolestrol???

~Bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum wbt.

Suka makan aiskrim? 
Suka campurkan susu pekat manis dalam minuman?
Suka minum minuman pra campuran? 

BAHAYA tau, kalau kesemua jawapan anda bagi jawapan di atas adalah SUKA!
Tak caya? sila teliti betul2 artikel berikut:

*klik gambar untuk besarkan saiz*

lepas tu baca plak artikel bahaya krimer (klik sini). Banyak lagi MAKANAN yang perlu kita elakkan untuk memelihara kesihatan JANTUNG.

Kopi campur tongkat ali, kacip fatimah, kolagen, spirulina dan lain-lain pun bahaya gak ke? Koko 3 in 1? Banyak khasiat di dalam tu, takkan bahaya gak kot? 

Itu la juga yang terlintas di fikiran saya, beberapa tahun lepas.  Walau apa pun, bahan yang ditambah ke dalam minuman tersebut, selagi adanya 'krimer non-diary' ia tetap membahayakan kesihatan. Hakikatnya ia tetap meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.

Saya telah mengalaminya sendiri (klik sini)
Kenapa saya yakin sangat yang paras kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh Krimer Non-Dairy?
Dalam diet harian saya, saya kurang mengambil makanan bersantan, kurang makan aiskrim, kurang makan kek, kurang makan makanan bergoreng, tetapi setiap hari saya akan minum, minuman 3 in 1.
Bukan kerana ia mudah untuk disediakan, tetapi kerana khasiat2 yang terkandung di dalamnya.
Saya dikaburi dengan bahan2 tambahan yang dicampurkan ke dalam kopi2 tersebut.
Saya terkeliru dengan ayat yang mengatakan 'perlu diambil secara sederhana', dalam fikiran, saya hanya mengambil 1-2 cawan sehari.  Sederhana la tu, kan?
Nampaknya jangkaan saya jauh meleset. 
Saya lupa dengan pepatah melayu kita, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 
Nampaknya paras kolestrol dalam darah saya telah meningkat tahun demi tahun, makanya tindakan drastik telah di ambil.
Saya telah berhenti mengambil minuman 3 in 1 dengan serta-merta.

Bagaimana pula dengan paras kolestrol dalam darah anda?


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...