Wednesday, August 24, 2011

Kem Ramadhan

Pada 1 Ogos 2011 (1 Ramadhan 1432H), semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia telah mendaftarkan diri di Kem Ramadhan..Rela atau terpaksa itulah hakikatnya..diri ini dan kalian juga tidak terkecuali, bukan? Apabila kita menyebut Kem, mesti kita terbayangkan Kem-Kem Motivasi..di mana aktivitinya dipenuhi dengan pengisian-pengisian untuk membentuk jati diri peserta yang unggul.
Begitulah juga dengan Kem Ramadhan yang sedang kita ikuti ini..ia seharusnya berupaya 'Membangun Jiwa Insan Rabbaniyyah', insyaAllah...bezanya dengan kem-kem motivasi yang lain, tiada fasilitator atau kem komandan yang memimpin kita..kitalah fasilitatornya, kitalah kem komandannya dan diri kita sendirilah pesertanya...panduan kita adalah kuliah-kuliah agama, buku-buku, para pendakwah, ustaz serta ustazah...

Bagaimanakah dengan misi Ramadhan kali ini? Bagaimana dengan pencapaian di Kem Ramadhan pada tahun ini? Bagaimana dengan pengisiannya? Adakah kita beroleh sesuatu daripada Kem Ramadhan kali ini, atau sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya? Marilah kita bersama-sama muhasabah diri..


Dapatkah kita Semarakkan Ramadhan pada tahun ini? Solat Tarawih? Tadarus Al-Quran? Iktikaf? Qiamullail? Bersedekah? melakukan amalan-amalan terpuji? Andai ada yang masih belum terlaksana, masih belum terlambat untuk dilaksanakan..Laksanakan mengikut kemampuan diri dan berusaha untuk menyempurnakannya sebaik mungkin..bukan untuk sesiapa tetapi semata-mata untuk mendapatkan redha dan rahmat Allah S.W.T.

Walau bagaimanapun, Kem Ramadhan kali ini bakal berakhir..marilah kita bersama-sama memeriahkan 10 Ramadhan terakhir ini sebagai tanda ucapan Selamat Tinggal yang paling indah, dengan harapan moga diketemukan semula di tahun hadapan oleh Yang Maha Esa...Sama-samalah kita mencari Malam Seribu Bulan, Lailatul Qaddar...

Semoga kita semua menjadi insan yang soleh dan solehah apabila keluar daripada Kem Ramadhan pada tahun ini, insyaAllah....Moga yang baik berterusan..

****************************************
diri ini ingin memohon kemaafan andai ada tersalah bicara dalam entry ini...mohon dibetulkan segala kesilapan...segala yang baik adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk adalah daripada diri ini..wallahu a'lam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...