Tatkala ini, hujan sedang mencurah-curah..dan di ketika ini, fokus telah beralih arah..entah kenapa jari ini terlalu teringin untuk menaip..dan entah kenapa juga coretan menjadi agak puitis..sepatutnya di kala ini, diri ini perlu menyiapkan beberapa kerja yang masih berbaki sebelum bercuti panjang..Dua perayaan bakal disambut serentak, insyaAllah.
Andai diizinkan Allah perjalananku akan bermula 2 hari lagi, 26 Ogos 2011 ke Selangor...kami, adik beradik akan berkumpul sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak yang dijadualkan pada 28 Ogos 2011, insyaAllah...kenapa ke Kuching? sebabnya kami semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan di sana..menyambutnya dengan pergi melancong??? jauh daripada budaya orang Melayu?? ...eh! sabar, sabar...sebenarnya ibubapa kami di sana, lantas kami akan merayakan hari kebesaran kita di sana..ditakdirkan Allah, abah ditugaskan untuk berkhidmat di Kuching pada bulan Jun yang lepas..dan dengan takdirnya juga, abah tak dapat cuti..makanya anak2 lah yang akan ke sana bertemu ayah bonda...sedih gak la sebab tak dapat meraikan bersama keluarga besar sebelah abah dan mak..tapi kami redha dengan ketentuannya..moga keluarga kecil kami dapat berhimpun dan bermaaf-maafan di pagi 1 Syawal 1432H nanti..
Memandang tragedi kek Lapis Sarawak yang berlaku baru-baru ini, makanya tak dapek la menikmatinya sebagai juadah di hari lebaran..moga perjalanan kami, adik beradik dipermudahkan Allah dan moga Allah pertemukan kami semua dalam rahmatNya, amin...
SALAM AIDILFITRI buat semua sanak sedara, sahabat, rakan, taulan dan seluruh umat Islam...
Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia
Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment