Monday, April 1, 2013

PERKONGSIAN: Seharian sebagai PENDIDIK masa kini

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~

AHAD (31 Mac 2013)

7.20 pagi ~ sampai di sekolah
               ~ perhimpunan Tingkatan 5

7.40 pagi ~ mengajar kelas 5A sehingga pukul 9.00pagi (memandangkan hari ini merupakan hari pertama persekolahan, maka pembelajaran dimualakan dengan 'pop kuiz' selepas bertanyakan perkhabaran anak2 didik sepanjang cuti pertengahan semester sambil melayan 1001 kerenah mereka semua)

8.20 pagi ~ mendapat panggilan daripada ibu salah seorang anak didik yang masih bercuti kerana mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan tempoh hari. Katanya beliau, sedang menunggu saya di pejabat sekolah bagi membincangkan masalah anaknya itu.  Saya menamatkan pengajaran di kelas dan mengarahkan anak2 murid yg lain supaya belajar dahulu subtopik seterusnya sebagai persediaan untuk kelas berikutnya nanti. Kemudian saya bergegas ke pejabat, memandangkan waris telah lama menunggu. Sesampainya saya di pejabat, kelihatan waris tersebut sedang berurusan dengan Penolong Kanan.  Alhamdulillah, persetujuan telah dicapai antara kedua2 pihak, bahawa anak beliau yang masih belum pulih sepenuhnya itu akan mula bersekolah dalam masa terdekat dan akan ditempatkan di kelas di tingkat bawah kerana anak beliau masih bertongkat.

9.30 pagi ~ berada di bilik guru dan mula mengedit video persembahan multimedia yang akan ditayangkan pada esok pagi sempena pelancaran Bulan Sains & Matematik.

10.30 pagi ~ berada di pejabat bagi melaksanakan tugas sebagai guru kelas iaitu menutup kehadiran murid bagi bulan Mac (mengira peratus kehadiran dan sebagainya). Sambil2 itu, berbincang dengan rakan se'AJK bagi pelaksanaan tugas untuk Majlis Anugerah Cemerlang yang perlu disiapkan selewat-lewatnya awal minggu depan. Setelah itu, menunjukkan hasil video persembahan multimedia kepada Guru Kanan Sains & Matematik. Guru Kanan Sains & Matematik, memaklumkan bahawa AJK perasmian perlu berada di dewan pada petang ini, untuk mengadakan sesi persediaan terakhir.

11.30 pagi ~ minum pagi (2 kuih cek mek molek)

12.00 tengah hari ~ menyambung kerja di bilik guru sambil makan roti berinti coklat.

1.20 tengah hari ~ bergerak ke makmal kimia untuk mengajar kelas 5B. Kelas akan tamat pada pukul 2.50 petang. Mengadakan perbincangan dengan setiap murid terhadap prestasi Ujian 1 masing-masing.

3.15 petang ~ balik ke rumah untuk solat zohor dan mengambil peralatan yang diperlukan ke dewan sekolah.

4.00 petang ~ berada di dewan sekolah dan perjalanan perasmian cuba diatur sebaik mungkin, supaya tiada kecacatan semasa berlangsungnya perasmian pada pagi esok.

6.00 petang ~ berada di rumah, makan malam (ini memang waktu makan malam saya...hehe) setelah menunaikan solat asar dan cuba untuk manfaatkan masa yang ada untuk berehat.

8.00 malam ~ kembali membuka laptop dan mula menyunting semula video persembahan multimedia dan hasil kerja siap dijadikan video pada pukul 12.30 pagi.

ISNIN (1 April 2013)

1.00 pagi ~ tidur setelah menunaikan solat isya' dan menggosok pakaian untuk esok hari.

3.30 pagi ~ terjaga daripada tidur dan terus membuka laptop dan menyemak semula video yang telah dihasilkan bagi memastikan, video berjalan lancar semasa penayangan dibuat nanti. Setelah itu, mula mencari bahan untuk tugas seterusnya bagi Majlis Anugerah Cemerlang pula.


p/s: Inilah rutin hidup saya sebagai seorang pendidik. Semoga Allah kuatkan diri ini bagi mengharungi cabaran sebagai seorang pendidik masa kini. Untuk semua anak2 didik, saya akan cuba sedaya upaya membantu kalian dalam mata pelajaran kimia. Tiada yang mudah di dalam dunia ini, segala-galanya perlukan usaha yang jitu dan saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian dunia akhirat. Jadilah insan yang bermanfaat kepada keluarga, bangsa, negara dan agama (muslimin). Wallahu a'lam.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...