Friday, May 18, 2012

Kenapa perlu belajar itu dan ini?

 

assalamualaikum wbt.

Kenapa perlu belajar itu dan ini? Pernah kalian lontarkan pertanyaan ini? kepada diri sendiri? kepada ibubapa? kepada rakan-rakan? kepada guru-guru? Kenapa saya perlu belajar sains? Saya bukan nak jadi saintis pun. Kenapa saya perlu belajar matematik yang susah-susah ni? Saya bukan nak jadi pakar matematik pun. Belajar matematik asas pun dah cukup untuk saya hidup, ajar tambah, tolak, darab dan  bahagi dah la. Kalau tak pandai yang tu pun takpe, sekarang kan ke dah ada kalkulator. Kebanyakan telefon bimbit ada kalkulator, apa susah tekan je. Kadang-kadang tangan ni gatal je, 2x5 pun nak kena tekan kalkulator..hehehe..

Banyak yang kita kena belajar kan? Sambil belajar dalam kelas, sambil terfikir "apa la faedahnya belajar semua ni?" 
Kalau kita tanya pada ibubapa, mesti diaorg akan kata "Belajar rajin-rajin, nanti boleh dapat segulung ijazah".  Bila ditanya, apa pentingnya ijazah.
Mestilah jawapannya, ia kunci kepada segala keperluan masa hadapan. Apabila dah menamatkan zaman belajar, mestilah kita perlukan duit untuk teruskan kehidupan, takkan nak harapkan ibubapa lagi, kan? Nak dapat duit, mestilah bekerja. Nak minta kerja, paling koman pun kena ada ijazah. Kalau takde ijazah, boleh gak dapat kerja, tapi gajinya pun jauh bezanya berbanding gaji siswazah. 


Ye ke, sebab tu je kenapa kita perlu belajar itu dan ini? Diri ini juga pernah bertanya soalan-soalan yang demikian semasa belajar dulu.  Lebih-lebih lagi kalau subjek tu susah...hehehe

Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada semua jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan selama ini adalah seperti berikut:
  • Kita perlu belajar semua subjek mengikut pakej di peringkat SPM kerana kita belum mengkhusus sebarang bidang. Makanya kita perlu belajar semuanya.
  • Untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi misalnya master dan phD, kita perlu siapkan diri kita dengan semua ilmu-ilmu asas yang kita pelajari di peringkat yang lebih rendah. 

Mungkin ada yang berkata, alangkah baiknya andai kita boleh belajar 1 bidang je. Tak perlu nak pening-pening belajar itu dan ini. Kat US boleh, kan? Ramai yang kecik-kecik dah jadi pakar matematik, sebab itu je yang beliau belajar. 

Cuba fikirkan kembali, tak rasa rugikah andai seumur hidup hanya mengetahui ilmu satu budang je? Alangkah bertuahnya kita kerana kita tahu serba sedikit ilmu Allah yang luas ini, alhamdulillah. Kadang-kadang kita tak sedar akan keperluan sesuatu ilmu yang kita pelajari itu di masa hadapan.  

Misalnya, diri ini pernah mempelajari multimedia sebagai subjek minor.  Sekarang ni memang dah tak gunakan langsung software multimedia yang dipelajari tu, tapi ilmu komputer seakan-akan dah sebati dalam diri ini.  Sekurang-kurangnya, dapat la menyelesaikan masalah-masalah mudah berkaitan komputer dengan izinNya, alhamdulillah.  Dapatlah juga membantu kawan-kawan. Kalau masalah yang serius tu kena la juga berjumpa dengan juruteknik. 


Bagi diri ini, setiap ilmu yang kita pelajari ada faedahnya. InsyaAllah. Andai kita hanya fokuskan kepada gred, maka kita akan kurang mendalami ilmu tersebut. Kita tidak akan nampak faedah mempelajarinya sebaliknya kita hanya akan dikaburi oleh gred.

Hargailah ilmu dan bersyukurlah kerana anda berpeluang mendalalami 
setitik daripada ilmu-ilmu Allah SWT.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...