assalamualaikum wbt
Agak lama jugaklah, tertangguh untuk publish peristiwa2 yg ingin diabadikan secara maya ini. Selalunya peristiwa2 kecil akan dilupakan begitu sahaja. Walaupun ada gambarnya tetapi cerita disebalik gambar dan rentetan peristiwa agak kabur dalam ingatan. Maka saya SUKA abadikannya secara maya, moga2 ia akan terus abadi. Malangnya, agak sukar untuk saya berbuat demikian buat masa ini. Ada kalanya talian internet yang dilanggan sekarang tidak membolehkan sy berbuat demikian. Apabila ada masa, ada idea, talian pula yang tiada. Mungkin sudah tiba masanya untuk melanggan talian yang lebih pantas dan kurang gangguan talian. Moga ada rezeki hendaknya, insyaAllah...amin.
Saya baru tersedar bahawa ada sesuatu yang saya SUKA. Saya tak pasti sama ada keadaan saya sekarang ini atau ia memang ada dalam gen, diwarisi daripada kedua-dua ibubapa. Jika daripada sudut pandangan sains, jika kedua-dua ibubapa mempunyai kesukaan yang sama maka peratus untuk si anak mewarisinya adalah tinggi. Hmm..kedua-duanya memang suka akannya. Saya telah memerhatikannya sejak saya kecil lagi. Pada fikiran saya ketika itu, ia adalah sesuatu yang biasa dan juga keperluan.
Apa agaknya yang ibubapa suka ye.
Jawapannya, KERJA!
hihihi..pelik kan? Sedari kecil saya mengagumi abah. Abah jarang berada di rumah seperti abah kawan-kawan saya yang lain. Masa kerja abah yang tidak menentu menyebabkan abah jarang dapat menghabiskan masanya dengan kami sekeluarga. Kadang-kadang masa kami ke sekolah abah baru pulang, kadang-kadang pula, apabila kami dah melelapkan mata baru abah pulang. Kami adik beradik tidak bersungut kerana telah terbiasa dengan keadaan tersebut. Jika ada kesempatan meluangkan masa bersama abah, masa itu digunakan sepenuhnya dan masa itu amat berharga nilainya. Ye lah kan, jarang2 dapat meluangkan masa bersama.
Mak pun sama sibuknya. Mak berhenti kerja kerana ingin tumpukan perhatian sepenuhnya pada kami sekeluarga. Walaupun demikian, mak tidak betah untuk duduk diam. Ada sahaja kerja yang mak buat, mengasuh anak2 jiran, mengambil upah menjahit dan membuat kuih jual. Pernah juga membantu mak memotong kain dan menggoreng kuih masa masih bersekolah dulu. Penat sungguh rasanya di kala itu.
Pada ketika itu apa yang bermain fikiran saya, abah dan mak bekerja kerana kerja merupakan satu keperluan. Kalau tak kerja takde duit, kalau takde duit susahlah kami adik beradik nak bersekolah.
Tetapi jangkaan saya agak meleset. Sekiranya dilihat daripada faktor umur, abah dan mak sudah boleh berehat sekarang ni. Kami adik beradik pun semuanya telah bekerja dan ada yang bekeluarga. Maka secara kasarnya abah dan mak tidak perlu lagi bekerja, kami adik beradik tidak lagi memerlukan belanja sekolah. Walau bagaimanapun, abah memilih untuk terus bekerja sehingga berusia 60tahun dan mak pula terus aktif dengan aktiviti-aktiviti persatuan yang diikutinya.
Kini saya faham, abah dan mak bukan hanya bekerja kerana duit tetapi lebih kepada SUKA. Dan kini, saya juga turut mewarisinya. Kadang2 saya berada di tempat kerja hampir 12jam, dan juga kadang2 saya menghabiskan banyak waktu di rumah dengan menyiapkan kerja. Saya melakukan semua itu dengan senang hati. Walaupun terkadang saya merasakan agak tertekan dengan bebanan tugas, namun saya cuba selesaikannya satu persatu dengan segala kemampuan yang ada dan dengan izinNYA. Kenapa saya berbuat demikian? Ini semua kerana ~Saya SUKA~
No comments:
Post a Comment