Saturday, June 23, 2012

semester kedua

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t Persekolahan bagi semester kedua baru sahaja bermula. Walau bagaimanapun, rasa macam dah sebulan lamanya. Banyak sungguh aktiviti2 yg perlu dilaksanakan. Minggu pertama: ~dimulakan dgn persiapan Majlis Anugerah Cemerlang. ~habiskan menanda saki-baki kertas2 PPT. ~study bab 1 STPM (nak kena ingat semula apa yg tlh dipelajari 10thn lps..masak gak la..hihi) ~sukantara di waktu petang. ~cuti hujung minggu; mak abah ajak ke KL (mood bercuti lagi, semua keje letak tepu) *kete rosak sblm balik la plak..mujur bleh balij gak, walau pun lewat..alhamdulillah. Minggu kedua: ~sekolah masih sibuk dgn persiapan MAC. ~2 hari berturut-turut bertugas ko-kum, sampai pkul 6ptg kat sekolah. ~minggu ni plak kalut ngan isi markah on9..ada yg tak bleh nak isi..ada yg kena isi 2 kali..mcm2 hal..hihi.. ~hari sabtu plak kena ke sekolah lagi bagi membuat persiapan terakhir sebelum majlis ahad ni. >>camni la rutin cikgu..tak senang tau..tp I LIKE IT!!! p/s: dek kerana jadual hari2 pun padat..skrg ni dah rasa mcm nak demam :p

Monday, June 11, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

11 JUN 1979

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~

Pada hari ini 33 tahun yang lalu, diri ini mula melihat dunia ciptaan Ilahi...terima kasih Allah syukur alhamdulillah...

Pada hari ini setelah 33 tahun berlalu, diri ini menghadiahkan sebuah ciuman buat mak dan abah tanda terima kasih kerana telah membawa diri ini ke dunia, hasil perkongsian cinta yang suci...

Terima kasih mak abah kerana telah melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyayangi diri ini tanpa syarat...

Walau segunung intan sekali pun along hadiahkan buat mak dan abah, ia masih belum dapat membalas segala pengorbanan kalian berdua...

Terima kasih
Sayang Mak Abah 
dulu, kini dan selamanya.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...