Thursday, December 20, 2012

Disember : Sebelum, Pertengahan & Penghujung cuti

Bismillahirrahmanirrahim
~Assalamualaikum wbt~

Sebelum cuti : berkobar- kobar nak cari bahan2 tuk mengajar tahun depan.

Pertengahan cuti : nak rileks dulu. Jalan-jalan, sembang2, makan2, pendek kata habiskan masa dengan keluarga tersayang. Almaklum la, masa bekerja mana la ada masa sangat nak buat semua tu, kan?

Sudahnya

Penghujung cuti : alahai nak habis dah cuti. Satu bahan pun tak cari. Satu tajuk pun tak siap. 

Camtu la tiap2 tahun

Hmmmm


Tuesday, December 18, 2012

Diri ini, Penyakit & Penawar

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~

Berdasarkan apa ang diceritakan oleh mak abah, saya dilahirkan sebagai seorang yang lemah. Saya sering sakit semasa kanak-kanak. Seingat saya, saya juga bukanlah seorang yang aktif semasa di bangku sekolah dahulu.  Saya cepat penat dan sering sakit dada sekiranya bersukan. Oleh itu, saya hanya berada di tepi padang sekolah dan menjadi tukang sorak je (^,^) 

Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saya bekerja.  Macam-macam penyakit baru yang terpaksa saya hadapi memandangkan badan saya yang sememangnya sedia lemah. Migrain, gastrik, masalah kulit, alergi, cepat letih adalah teman saya. 

Saya mahu menjadi seorang yang aktif. Saya tidak mahu dibelenggu dengan penyakit lagi. Saya ingin menjadi seorang yang cergas. Semakin menginjak usia, saya semakin menggemari aktiviti yang mencabar. Keadaan diri yang lemah tidak memungkinkan saya untuk berbuat demikian.

Sedar akan keadaan tersebut, saya mula mencari penawar. Sebagai seoarang guru sains, saya tahu bahawa ubatan moden tidak dapat menyembuhkan penyakit sepenuhnya dan terdapat kesan sampingan sekiranya digunakan secara berterusan. Misalnya sekiranya seseorang yang migrain, sering memakan paracetamol (panadol) lama-kelamaan pengambilannya perlu ditambah kerana badan telah menjadi imun terhadap paracetamol. Dek kerana saya sering mencari penawar, ia seolah-olah menjadi hobi pula. Pantang ada yang mengatakan sesuatu produk itu bagus, saya pasti akan mencubanya. Dan alhamdulillah, penawar-penawar tersebut tidak mengecewakan saya. Dengan izin Allah, penyakit-penyakit saya mula berkurangan. 

Oleh yang demikian, saya lebih suka kepada perubatan tradisional. Saya mula mengambil makanan tambahan dan bukannya ubat bagi mengubati diri. Kemudian, saya mula mencuba herba pula. Dan saya lebih tertarik kepada kaedah perawatan Cina. Ini kerana, kaedah rawatan Cina telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu dan telah banyak kajian yang dilakukan terhadap kaedah perawatan mereka. Saya menjadi lebih yakin lagi, sejak saya diizinkan Allah menjejakkan kaki ke Tanah Besar China dan menyaksikan sendiri kehebatan herba-herba yang mereka gunakan. Saya kemudiannya telah disyorkan oleh Tabib di sana untuk mengambil beberapa jenis herba bagi mengatasi masalah yang saya hadapi. Dan Alhamdulillah, saya merasakan kesan positif dalam diri saya. Saya kemudiannya, meneruskan mendapat rawatan tradisional daripada tabib di sini pula. Dalam masa 3 bulan, kini saya menjadi semakin cergas. Syukur alhamdulillah. 

  Saya ingin terus kekal cergas dan aktif  serta sihat. Bukan itu sahaja, malah saya dapat melakukan pelbagai perkara berbanding sebelum in. Dengan memiliki badan yang cergas juga, akan lebih memudahkan kita untuk beribadat, in sha Allah. 

Saya akan terus mengambil makanan tambahan in sha Allah. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri ini dan kita semua. Amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...