Sejak 2 tahun yang lalu saya jarang bagi..hehehe...Nak tau kenapa?
Sebabnya saya menjadikan menyimpan duit syiling atau lebih tepat lagi, menabung sebagai hobi.
Ia juga merupakan antara hobi yang menguntungkan, tau...sejak kecil lagi memang suka menabung...tapi bila dah dewasa ni agak jarang nak menabung sebabnya dah tak dapat duit syiling tuk belanja sekolah...ye la kan, asyik dapat duit kertas je tiap-tiap bulan, hehehe...
Secara tak sengaja, 2 tahun lepas terbaca artikel Dr. Irfan Khairi. Beliau menyarankan agar jangan bagi duit syiling kepada penjual sebaliknya simpan. Bila difikirkan semula, agak menarik juga idea yang diutarakan.
Masa mula-mula aplikasikan idea ni, rasa serba salah sangat sebabnya bila penjual atau juruwang bertanya "ada 20sen tak?" misalnya, saya akan menjawab "takde la" walaupun pada hakikatnya ada dalam dompet tu. Sungguh tidak beretika apabila berbuat demikian, kan? Allah lagi la tak suka. Ye la, menipu dan tak jujur, kan?
Penyelesaiannya mudah je. Setiap kali balik daripada berbelanja, terus kosongkan dompet tu. Isikan semua syiling yang ada ke dalam tabung. Makanya, apabila keluar berbelanja kemudiannya saya tak perlu lagi berbohong. Kalau tak sempat kosongkan dompet, saya takkan bagi duit syiling selagi penjual tak minta.
Secara puratanya jumlah tabungan yang akan kita perolehi dalam setahun adalah kira-kira RM150-RM200. Bagus, kan? Kita masih lagi berbelanja seperti biasa tapi dalam masa yang sama kita masih dapat menyimpan sejumlah wang. Sekarang ni setiap kali menyimpan duit syiling, pihak bank akan bertanya "Berniaga, ke?" (>.<)
Terima kasih Dr. Irfan Khairi di atas idea yang bernas itu.
Kawan-kawan sekalian, 'Sila sediakan wang kecil' untuk TABUNG anda!
No comments:
Post a Comment