Friday, January 20, 2012

Pendaftaran Haji



HAJIStatus Pendaftaran Haji Tahunan (Pendaftaran)
Pendaftaran Haji Dalam Negara

Sistem Pendaftaran Haji Terbuka
Pendaftaran haji boleh dibuat pada bila-bila masa dan bukan untuk tahun semasa sahaja. Bakal Haji (pendeposit) boleh mendaftar untuk tahun semasa atau mana-mana tahun ke hadapan yang dipilihnya. Namun demikian, sekiranya pendaftaran untuk tahun yang dipilih itu telah penuh (telah mencapai jumlah kuota jemaah haji Malaysia semasa) bakal haji akan ditentukan tahun berikutnya yang masih kosong.
1. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH  atau melalui laman web TH  di Pendaftaran Haji Secara Online dengan syarat-syarat berikut:
  • ◊ Pendeposit TH.
  • ◊ Mempunyai baki simpanan tidak kurang dari RM 1,300.00.

2. BAYARAN PERKHIDMATAN PENDAFTARAN

Amaun RM 100.00 akan ditolak daripada akaun pendeposit sebaik sahaja pendaftaran diterima.

3. BAKAL HAJI YANG LANJUT USIA

Bakal haji yang lanjut usia iaitu yang berumur 70 tahun dan ke atas hendaklah ditemani oleh  seorang pengiring  terdekat  yang  akan  mengaku  untuk  bertanggungjawab  sepanjang  masa  menjaga kebajikan dan menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci. Butir - butir  pengiring hendaklah dicatat dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji.
4. KEPERLUAN MAHRAM
Seorang wanita hendaklah mendaftar bersama mahramnya atau beberapa wanita yang dipercayai sekurang-kurangnya tiga orang.

5. KOS HAJI DAN BAYARAN HAJI
Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.
Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Bayaran Haji bagi musim haji 1432H adalah seperti berikut:
JEMAAHWARGA MALAYSIA
(BELUM TUNAI HAJI)
WARGA MALAYSIA
(PERNAH TUNAI HAJI)
PERMASTAUTIN
TETAP
MuassasahRM9,980RM14,340RM14,340
Kos Haji langsung bagi musim 1432H adalah berjumlah RM14,340 seorang. Bagi musim 1432H, Bayaran Haji bagi bakal haji yang akan menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM4,360 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
·
         kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
·
         
kos berkaitan kursus haji, 
·
         
kos petugas haji kebajikan dan perubatan, 
·
         
kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
·
         
kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
6. WANG UNTUK PERBELANJAAN DI TANAH SUCI
Setiap bakal haji perlu menyediakan wang dengan jumlah yang berpatutan untuk  memenuhi  sebarang keperluan peribadi tidak termasuk perbelanjaan makan minum dan perkhidmatan yang disediakan. Wang  ini boleh  dimasukkan  ke  dalam  akaun  TH  untuk  dikeluarkan  di  Makkah  dan Madinah.

7. PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih, dalam bulan Sya'aban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti meningitis. Berkuasa wajib haji ialah berkuasa dari sudut kesihatan telah lulus pemeriksaan kesihatan.
8. PENDEPOSIT YANG TIDAK SIUMAN
Mereka yang tidak siuman, tidak dibenarkan mendaftar haji kerana ia tidak wajib mengerjakan haji.
9. PENGECUALIAN TANGGUNGAN TH
TH tidak akan bertanggungjawab apa jua jenis kemalangan termasuk kehilangan, kelewatan, bencana alam termasuk banjir, kebakaran,  rusuhan, peperangan, ribut, gempa bumi dan apa  jua  jenis  kesusahan,  kesulitan,  ketidakselesaan  dan seumpamanya  yang  dialami  dalam  masa  jemaah  haji menunaikan fardhu haji termasuk juga semasa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan tubuh  badan atau  harta  benda,  dan  jemaah  juga  adalah terhalang dari mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan tuntutan atau pampasan ganti rugi terhadap TH berikutan dari apa juga perkara yang berbangkit atau yang berpunca dari kemalangan tersebut.
10. PENUNDAAN TAHUN HAJI
Bakal haji yang ingin membuat pembatalan atau pertukaran tahun haji hendaklah mengisi borang (JH/BP/02 - Borang Permohonan Pembatalan Pendaftaran Haji) atau (JH/BP/03 - Borang Permohonan Pertukaran Tahun Haji) yang boleh didapati di Pejabat Cawangan TH Haji untuk diproses pembatalan atau pertukaran (penundaan) tahun haji tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1. Membenarkan TH memotong wang daripada akaun simpanan, sekiranya pembatalan/pertukaran (penundaan) dibuat pada tahun bakal haji "Terpilih" menunaikan fardhu haji seperti syarat-syarat berikut:-
KATEGORI
RASIONAL
PENGIRAAN DENDA
AMAUN DENDA
I
Masih berada pada tahap awal (iaitu dalam masa 2 bulan sebelum penerbangan pertama) dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah gantian adalah tinggi. Kadar rendah sebanyak 5% adalah memadai bagi menampung kos prosesan dan perkhidmatan yang telah disediakan.
 
5% daripada amaun Wang Naik Haji ( WNH )Muassasah tahun berkaitan*.
RM 450.00



II
Telah berada di tahap pertengahan (iaitu dalam masa sebulan sebelum penerbangan pertama) di mana jadual penerbangan telah disediakan dan diedarkan. Kadar sederhana sebanyak 20% dipilih kerana tambang penerbangan adalah sekitar 40% hingga 50% daripada WNH sebenar dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah gantian adalah sederhana
20% daripada amaun WNH Muassasah tahun berkaitan.
RM 1,800.00



III
Telah berada di tahap kritikal (iaitu kurang daripada sebulan sebelum penerbangan pertama) di mana visa telah dikeluarkan. Kadar tinggi sebanyak 40% dipilih kerana komponen tambang kapal terbang dan kos penginapan mewakili sekitar 75% hingga 85% daripada kos WNH sebenar dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah dan visa gantian adalah sederhana.
40% daripada amaun WNH Muassasah tahun berkaitan*.
RM 3,600.00
*  WNH berdasarkan kadar bagi Muassasah dewasa daripada Semenanjung di mana amaun akan dibundarkan kepada RM 50 atau RM 100 terhampir.

2. Mengemukakan surat / dokumen perakuan dan sokongan dari pihak berkuasa seperti Mahkamah dan Pegawai Perubatan Kerajaan bagi pembatalan yang berkaitan.

3. Jika pembatalan kerana meninggal dunia, waris hendaklah melaporkan kepada TH  yang berhampiran dengan mengisi borang (JH/BP/02) dan menyertakan salinan sijil kematian. Pembayaran balik wang simpanan (pesaka) si mati adalah tertakluk kepada syarat pembahagian pesaka mengikut hukum syarak atau rekod Pemegang Amanah di TH.

TH berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung di dalam laman ini jika perlu tanpa memberi sebarang notis.
NOTA: Maklumat ini tertakluk kepada pindaan akhir.



p
p/s: owh! begitu..jom pakat2 daftar hajip/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...