Friday, March 16, 2012

Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah..

Kadang-kadang kita terpengaruh dengan cerita-cerita/drama-drama di dalam TV tentang kalimah-kalimah yang digunakan salah dan tidak betul pada tempatnya. Sebenarnya banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi sebagai umat islam kita haruslah saling berpesan-pesan dan juga menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

1-MasyaAllah – Allah Maha Agung
2-Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
3-SubhanAllah – Maha Suci Allah
4-Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah
“Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.

Kebanyakkan nya menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.

Jadi,marilah sama-sama kita menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya.semoga Allah senantiasa memberkati kita… Amin...

sumber: mukabuku

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun anak kita.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.



Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Diambil dari Portal Muslimah

sumber: mukabuku

~I want a husband~

I want a husband who will get mad at me when I miss a prayer... 

I want a husband who will pour cold water on me when I don't get up for Fajr Salah...

I want a husband who will draw me closer to Allah, who will get upset when I lie, cheat and do bad things and anything wrong... 

I want a husband who will call me after every Maghrib Salah to read Qur'an together...

I want a husband who will wake me up in the middle of the night for us to pray together and ask forgiveness from Allah.♥


sumber: mukabuku

~and I'm trying to be solehah as best as I can~










Thursday, March 15, 2012

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Kita Minum Sambil Berdiri?


Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt
Diri ini sering menegur anak2 didik yang minum berdiri dan diri ini sendiri sedaya upaya untuk tidak minum berdiri. Diri ini sendiri tidak pasti mengapakah orang tua-tua melarang kita daripada berbuat demikian. Rupanya bukan larangan daripada orang tua-tua semata, ia merupakan adab ketika minum bagi umat Islam. Rasulullah SAW sendiri menegah kita daripada minum berdiri. Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Walau bagaimanapun diri ini tetap merasakan adanya penerangan daripada sudut saintifik berkaitan dengan perkara ini dan bukan sekadar adab sahaja.
 Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh  dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran  dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

Monday, March 12, 2012

wholemeal spaghetti kreatif &cucur udang inovasi

 BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum wbt

dah lama tak berkongsi resepi2 kat laman blog ni...owh! ye..resepi2 sy ni ada sesetengahnya agak merepek..ikut dan je..takde sukatan dan main campak2 je..hehehe..ambillah mana yang sesuai aje ye..

kedua2 resepi menggunakan rencah yang hampir
sama..seperti yang kalian sendiri boleh lihat bahan-bahannya adalah:-udang, lobak merah, daun sup dan perisa ikan bilis (tanpa msg)

untuk hidangan spaghetti- saya memilih wholemeal spaghetti kerana ia merupakan pilihan terbaik menurut pakar pemakanan dan para doktor.

untuk cucur udang - saya hanya menggunakan tepung gandum biasa dan untuk menu sihat anda boleh juga menambahkan beberapa sudu oat ke dalam adunan (saya terlupa nak tambah...hehe)

cucur udang inovasi

bancuh adunan seperti biasa..saya namakan sebagai cucur udang inovasi kerana saya telah menggantikan taugeh dengan lobak merah dan menggantikan daun kucai dengan daun sup (sebenarnya saya terlupa nak beli..hehe) dan seperti yang ayat saya di atas, tambahkan beberapa sudu oat...ia akan membuatkan cucur udang anda lebih sihat daripada yang biasa.. 

wholemeal spaghetti kreatif


jika anda perhatikan spaghetti di dalam gambar ini dan yang di atas adalah berbeza..yang di atas, saya sediakan untuk kanak-kanak..oleh itu saya menggunakan lobak merah yang diparut (kebiasaannya kanak2 akan asingkan sayur-sayuran yang besar dan makan sekiranya sayur tersebut dalam saiz yang kecil) dan kurang lada hitam..

caranya:
1. tumis bawang putih cincang, perencah ikan bilis dan serbuk lada hitam.
2. masukkan lobak merah, tomato, udang dan akhir sekali wholemeal spaghetti serta kacau buat seketika.
3. pecahkan telur dan gaul sebati.

*sekiranya kalian ingin menambahkan brokoli atau lobak merah yang bersaiz besar, celur di dalam air mendidih terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
*kalian juga boleh menggunakan ayam/ daging bagi menggantikan udang dan sayur-sayuran yang lain mengikut selera dan kekreatifan masing-masing.
*saya jarang menambahkan garam ke dalam masakan sekiranya menggunakan perisa ikan bilis (tanpa msg)

kenapa tanpa msg? msg bermaksud monosodium glutamat samalah seperti bahan yang terdapat di dalam bahan perisa (ajinomoto)..lagi banyak msg lagi sedap..hakikatnya walaupun ia menyedapkan makanan dan halal namun ia memudaratkan kesihatan..kebanyakan makanan yang diproses mengandungi monosodium glutamat, cuba baca ingredients..misalnya sos dan lain-lain..marilah kita sama-sama cuba kurangkan pengambilan msg dan garam. 

~menyambut kedatangan kalian~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
assalamualaikum wbt

Terima kasih Allah di atas kesempatan dan peluang yang Kau berikan buat kami semua untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang terpisah dek jarak, alhamdulillah.

Sajian untuk tetamu istimewa~3 rencah, 2 hidangan

Alhamdulillah..inilah hidangan yang sempat aneng sediakan buat korang semua. 
Wholemeal spaghetti kreatif dan cucur udang inovasi (dapatkan resepi di sini)..hehehe

wah! wah! semuanya pun berselera...strategi menjadi "healthy meal" 
~wholemeal spaghetti & lots of veggie~
khusyuk hanya 30saat menonton boboiboy..kemudian~

ibu dan ayah yang sedang berehat di anjung

diserbu oleh anak-anak

biasalah kan..ibu yang menjadi sasaran..ayah masih khusyuk dengan kerjanya mengemaskini aplikasi telefon bimbit aneng..thanks bil, telefon bimbit ku kini beroperasi seperti sedia kala..

owh! jangkaanku meleset..ayah pun menjadi sasaran juga

Diri ini terhibur dengan kalian semua..terima kasih Allah..barakallahu feekum, amin.

Mengenali Saiditina Khadijah Bt Khuwailid


Siapa Saiditina Khadijah Bt Khuwailid
Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pertama yang telah mendapat gelaran Umul Mukminin. Dialah wanita pertama yang bertakhta di hati Rasulullah s.a.w. dan berjaya menakluk hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Namanya sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku.” Dan… ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
Mendengar ucapan itu sedarlah Saiditina Aisyah bahawa kata-katanya tadi adalah didorong oleh cemburu yang melulu dan mulai saat itu ia turut menyanjung tinggi keagungan Saidatina Khadijah r.a.
RUMAHTANGGANYA
Saiditina Khadijah sangat terkenal di kalangan kaumnya, kerana segala keistimewaan terkumpul pada dirinya, kecantikan, kebangsawanan, kebijaksanaan dan keluhuran budi pekerti.
Suaminya yang pertama bernama 'Atik Almahfuzi, setelah mendapat seorang puteri, perkahwinan itu tidak kekal, tidak lama kemudian ia berkahwin pula dengan Abi Halaalah Altimi setelah dikurnikan seorang putera, perkahwinan ini juga tidak kekal. Selepas itu kira-kira 10 tahun lamanya Saidatina Khadijah tidak terfikir untuk berumahtangga lagi, walaupun ramai dikalangan pembesar-pembesar Quraisy, orang-orang kenamaan dan orang-orang kaya menghulur tangan mahu menjadikannya ratu dalam hidup mereka tetapi semuanya ditolak. Penolakan itu adalah disebabkan oleh sesuatu yang lebih besar dan sering memenuhi pemikirannya iaitu apa yang pernah didengarnya pada suatu hari sedang ia bersama-sama temannya seorang rahib datang mengatakan kepada mereka:
“Dengarlah wahai wanita, akan diutus seorang Nabi tidak lama lagi, barangsiapa diantara kamu yang ingin menjadi isterinya, buatlah.” Sambil ia tertawa, seolah-olah mempersendakan mereka. Wanita-wanita yang berada disitu menjadi marah hingga ada yang melontarkan batu kearah rahib itu, kecuali Saidatina Khadijah, kata-kata itu menusuk kalbunya, menggentarkan hatinya, benarkah itu, kalau benar mungkinkah aku menjadi isterinya, ya, akulah yang akan berdiri di sampingnya untuk memberi hidayah kepada kawannya yang telah jauh dari nilai insaniah yang sebenar, patung berhala, arak dan kezaliman bermaharajalela, bilakah akan lahir seorang Nabi untuk mengembalikan manusia ke jalan kebenaran… demikianlah bisikan hatinya selalu.
DETIK-DETIK PERTEMUAN DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Dalam kesibukan menguruskan perniagaannya, mencari pengurus-pengurus yang benar-benar bijak dan amanah, Saidatina Khadijah terfikir kepada pemuda Al-Amin di kalangan kaumnya, ia tidak ada sebarang cacat celanya, rupa paras atau tingkah lakunya.
Melalui orang-orangnya ia menawar kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menguruskan perniagaannya ke negeri Syam dengan bayaran berlipat ganda dari biasa dan Maisara akan menjadi pembantunya.
Dengan izin dan restu Abu Talib berlayarlah Nabi Muhammad s.a.w. mengepalai satu kafilah perniagaan yang sangat besar dengan dibantu oleh Maisara. Inilah pertama kalinya Nabi Muhammad s.a.w. mengendalikan perniagaan besar sendirinya tanpa Abu Talib yang sering menemaninya ke mana-mana.
Di Syam, Maisara memerhatikan dengan penuh takjub penggendalian Rasulullah s.a.w. yang luar biasa dan mendatangkan hasil yang luar biasa, semuanya: kejujuran, keikhlasan, kesederhanaan, tanpa sebarang penipuan, kepalsuan, propaganda, pemerasan dan sebagainya yang selama ini merupakan salah satu cara melipat gandakan keuntungan. Maisara berazam untuk menceritakan segala-galanya kepada Saidatina Khadijah, demi ingin supaya Muhammad s.a.w. menjadi pengurus harta itu buat selama-lamanya.
Di Mekah… Saidatina Khadijah dan Abu Talib menunggu-nunggu kepulangan kafilah Muhammad s.a.w. dengan debaran, takut dan bimbang jikalau sesuatu yang buruk menimpa Muhammad s.a.w. Abu Talib teringat pesanan rahib-rahib dan paderi kepadanya sewaktu pertama kali ke Syam dahulu “supaya menjaga Muhammad s.a.w. baik-baik, sesuatu yang amat besar akan berlaku kepada dirinya dan umatnya, ada yang tidak senang akan cuba membunuhnya.” Inilah yang menyebabkan Abu Talib menyesal membenarkan Muhammad s.a.w. pergi ke Syam.
Dan… sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Dari pinggir kota Mekah terdengarlah berita bahawa kafilah Muhammad s.a.w. sedang menuju ke kota Mekah, membawa keuntungan dan barang yang belum pernah ada sebelumnya, gemparlah kota Mekah, terdengarlah sorak sorai menunggu barang-barang indah dari Negara Syam. Saidatina Khadijah pula ditengah-tengah pujian-pujian temannya, menunggu, kedatangan Muhammad s.a.w. menemuinya dengan penuh kesabaran. Sesampainya di Mekah, Muhammad s.a.w. terus meminta izin untuk menemui Saidatina Khadijah dengan penuh adab sopan, keikhlasan dan kerendahan hati, Muhammad s.a.w. menyerahkan segala keuntungan dan barang-barang perniagaannya serta menceritakan pengalamannya di negeri Syam, kenangan-kenangannya sewaktu di sana bersama Abu Talib dahulu, perbualannya dengan rahib-rahib dan paderi, di persinggahan mereka, setelah itu keluarlah Muhammad s.a.w. membawa wang yang berlipat ganda hasil dari titik peluhnya. Semua yang ada di majlis itu sepakat mengatakan:-
“Sebenarnya Muhammad itu bukan manusia biasa.”
Pada malamnya Maisara menceritakan segala keistimewaan yang dilihatnya mengenai Muhammad s.a.w. antara lain betapa para rahib dan paderi yang mereka temui memuliakannya, menjemput dan menjamu Muhammad s.a.w. di tempat-tempat ibadat mereka dan memberitahu Maisara bahawa pada Muhammad s.a.w. ini terdapat segala tanda-tanda dan sifat-sifatnya yang tersebut di dalam Taurat dan Injil bahawa “Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu, dialah akhir segala Rasul-rasul.”
Mendengar itu debarannya begitu kencang, ia mengarahkan supaya semua fakir miskin di kota Mekah diberi makan dan sedekah daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi. Namun, debaran hatinya tidak dapat ditanggung seorang diri, ia mesti menemui Warqah bin Naufal anak bapa saudaranya, seorang rahib yang sangat warak dan arif tentang isi-isi Taurat dan Injil.
Setelah mendengar Khadijah, Warkah mengatakan: “Tidakkah engkau ingat wahai Khadijah, ketika engkau meminta aku meramalkan mimpimu, bahawa engkau bermimpi melihat matahari bersinar terang benderang, kemudian matahari itu masuk ke rumahmu, cahayanya menyinari kota Mekah dan kemudian menyinari seluruh alam ini! Bukankah telah ku katakan; Bahawa engkau akan berkahwin nanti, dan suamimu itu akan menjadi seperti matahari yang kau lihat itu, ya, manalah tahu, Muhammad itulah yang akan menjadi Nabi umat ini, kalau itulah pilihanmu memanglah tepat sekali. Wahai Khadijah, segala keistimewaan yang ada padanya, semuanya telah kubaca dalam Taurat dan Injil.”
MENJADI ISTERI AL-AMIN
Pulanglah Saidatina Khadijah dengan suatu azam bahawa ia akan menjadi isteri Muhammad s.a.w. dan memang tidak menyalahi hukum dan adat, andainya wanita menyatakan cita-cita yang demikian kepada seorang lelaki yang tidak ada tolak bandingnya. Namun demikian Saidatina Khadijah ingin mengetahui sama ada Muhammad s.a.w. menerimanya atau tidak, untuk itu ia berbincang dengan adiknya Ha’alah dan beberapa orang sahabat-sahabatnya, akhirnya mereka memilih Nafisah binti Mambah untuk menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan hasrat suci Saidatina Khadijah.
Dengan rasa rendah hati Rasulullah s.a.w. menyatakan : “Siapakah aku ini jika dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari anak yatim Quraisy sedangkan ia penghulu Quraisy ini.” Dengan kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib, dan terkejutlah Abu Talib dengan perbicaraan anak saudaranya itu, akhirnya ia bersuara: “Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi engkau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”
Jawab Muhammad s.a.w.: “Wahai ayahanda anakanda tidak pernah mengangankan harta kekayaan.” Tidak lama kemudian rombongan peminangan dan akad perkahwinan Nabi diketuai oleh Abu Talib telah disambut baik oleh keluarga Saidatina Khadijah yang diketuai oleh bapa saudaranya Amru bin Asad dan abangnya ‘Amru bin Khuailid’ dengan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta.
Perkahwinan ini dirayakan oleh seluruh penduduk kota Mekah Al-Mukaramah dengan gembiranya.
“Berbahagialah Saidatu Quraisy di samping Amin Quraisy”
PENGORBANAN-PENGORBANAN DAN KETOKOHANNYA
Kebahagiaan rumahtangga Rasulullah s.a.w. bertambah dari hari kehari dengan bertambah 3 orang putera dan 4 orang puteri Rasulullah s.a.w. Tetapi tidak lama kemudian berlakulah ujian-ujian Allah keatas keluarga ini, dengan pemergian dua orang puteranya – Al Qasim Abdullah buat selama-lamanya. Menitislah air mata Nabi s.a.w. perlahan-lahan dengan kesedihan yang tiada tertahan, sebagai seorang ibu yang melahirkan, Saidatina Khadijah juga merasa pilu tiada terkira. Tetapi melihat kesedihan suaminya yang tercinta ia memendamkan saja kepiluannya, dikumpulkan segala daya hatinya untuk melahirkan ketenangan dan kesabaran. Pengorbanan perasaannya ini telah dapat menghiburkan hati Rasulullah, hingga kembalilah suasana keluarga seperti biasa, ketika Rasulullah s.a.w. sering pergi beruzlah, mendaki puncak-puncak bukit, meredah sahara yang luas, menerawang angkasa lepas, meneliti kejadian alam dengan segala keindahan dan keganjilannya, kemudian berkhalwat di Gua Hira’, beribadat dengan khusyuk dan tawaduk mengikuti ajaran agama Ibrahim a.s., dengan dorongan dan pengorbanan Saidatina Khadijah yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang lain.
Sebagai seorang isteri Saidatina Khadijah sangat mengerti dan memahami kegemaran suaminya itu, setiap kali pemergiannya Khadijah akan membekalkan Rasul dengan makanan-makanan kegemarannya, iaitu serbuk ataupun pecahan-pecahan gandum, sedikit garam, minyak zaitun, tamar dan air zam-zam, seringkali pula Saidatina Khadijah menghantar khadam-khadamnya mencari untuk mengetahui khabar beritanya atau memberi bekalannya.
Setiap kali kepulangannya pula disambut oleh Khadijah dengan penuh kasih sayang. Bualan-bualan mesra dan cerita-cerita yang menyenangkan, kerana ia yakin suaminya sedang melalui satu proses yang amat sukar dalam meningkatkan kerohaniannya dan maqamnya di sisi tuhan Rabbul Jalil, malah seringkali apabila Nabi s.a.w. menceritakan kebimbangan dan keresahan hatinya dengan apa yang ia alami di Gua Hira, Khadijah meyakinkan bahawa apa yang ia lakukannya itu adalah suatu yang sangat besar ertinya buat masa hadapan, ia sangat berbangga dengan keteguhan hatinya berkhalwat dalam kegelapan Gua Hira dan beruzlah di tengah-tengah kerdipan ribuan bintang-bintang memikirkan kejadian alam dan hakikat ketuhanan.
Satu ketika Rasul menceritakan kepadanya: “Ya Khadijah aku kini sering melihat berbagai-bagai jenis cahaya, berbagai-bagai jenis suara, aku takut, kalau-kalau aku akan menjadi seorang tukang tenung.” Dengan tegas Saidatina Khadijah menjawab: Tidak wahai Muhammad, iblis dan syaitan tidak akan dapat menembusi hati-hati yang suci seperti hatimu itu.”
Walau bagaimanapun untuk lebih meyakinkan ia pergi menemui Warkah bin Naufal bertanyakan soal itu, Warqah menyatakan: “Ya Khadijah aku percaya, Muhammadlah yang akan menjadi Nabi kepada umat ini seperti yang disebut oleh Isa dan Musa didalam kitab-kitabnya.”
Kenyataan ini sangat menggembirakan Saidatina Khadijah, hatinya terus berkata-kata, “Benarkah… benarkah suamiku akan menjadi Nabi?” Ia mahu supaya Nabi Muhammad s.a.w. mendengar sendiri dari mulut Warqah. Ia merasakan tidak seorang pun yang lebih sesuai menjadi teman Muhammad s.a.w. menemui Warqah melainkan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Dengan dorongan Khadijah pada suatu hari pergilah Nabi Muhammad s.a.w. dengan ditemani oleh Abu Bakar As Siddiq r.a. ke rumah Warqah mendengar sendiri bukti-bukti kenabian daripadanya. Demikianlah kehangatan semangat, keteguhan peribadi yang merupakan cahaya-cahaya murni dalam hidup Rasulullah s.a.w.
Ketika umur Nabi Muhammad s.a.w. mulai menjangkau 40 tahun, Nabi mula menceritakan kepadanya bahawa segala perkara yang dilihat dalam tidurnya akan benar-benar berlaku dan dilihatnya pada masa jaganya atau apa yang disebut sebagai ‘rukya-As-Sadaqah’.
Kemudian Nabi mula merasakan bahawa cahaya iman begitu kuat menembusi hatinya, bahawa kalimah ‘Lailahaillallah’ begitu bergema disanubarinya, bahawa Allah melihat segala kelakuan manusia walau sebesar zarah sekalipun, bahawa kaumnya telah begitu jauh sesat.
Siapakah akan menunjukkan jalan-jalan kebenaran kepada kaumnya? Siapakah yang akan menunjukkan jalan-jalan hidayah kepada kaumnya? Persoalan-persoalan ini begitu berat dirasakannya dan hanya Khadijah orang yang dapat memahaminya, Khadijah dapat merasakan bahawa saat-saat kenabian dan kerasulan sudah hampir tiba.
Benarlah sangkaan-sangkaannya, satu hari di pertengahan bulan ramadhan, pulanglah Nabi s.a.w. dari gua Hira’ dalam keadaan yang sungguh mendebarkan, dengan ketakutan, peluh-peluh sejuk membasahi jasadnya, Nabi meminta Khadijah menyelimutinya, berada disampingnya mententeramkan perasaannya, meredakan ketakutannya, setelah tenang sedikit barulah Nabi menceritakan segala peristiwa kedatangan Jibril a.s. mengajarkannya wahyu yang pertama. Sebagai seorang isteri yang bijak bistari Khadijah mendengar dengan penuh minat dan khusyu’ segala curahan hati suaminya yang sedang dilanda seribu satu macam perasaan dan persoalan, akhirnya dengan segala ketenangan dan keyakinan yang ada padanya terukirlah sebuah senyuman diiringi dengan kata yang masyhur: “Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang benar percakapannya.”
Kata-kata Khadijah begitu dingin dan damai mengalir menyirami hati Muhammad s.a.w. yang sedang dilanda kebingungan, kebijaksanaannya memilih kata-kata untuk mengembalikan ketenangan kepadanya, sangat-sangat disanjung tinggi oleh Nabi Muhammad s.a.w. namun demikian Saidatina Khadijah terus berada disampingnya sehinggalah Nabi terlena oleh keletihannya.
Sebenarnya Saidatina Khadijah pun merasa takut, apakah yang telah berlaku kepada suaminya, ia benar-benar takut dan dengan diam-diam ia keluar mencari Warqah, menceritakan segala-galanya, dan dengan gembira Warqah menyatakan: Bukankah telah ku katakan dulu wahai Khadijah, dialah Nabi umat ini, itulah Malaikat yang mendatangi Musa a.s. dahulu, tenangkanlah hatinya…” Mendengar itu Khadijah bagaikan melayang-layang ingin segera sampai kepada Muhammad s.a.w. tetapi sebaik-baik sampai sahaja dilihatnya sesuatu yang mendebarkan hatinya berlaku pula. Muhammad s.a.w. menggigil, menggeletar, peluh dingin mercik didahinya sedang bibirnya menyebut-nyebut ayat ‘Yaaiyuhalmuddatsir’ perlahan-lahan dengan penuh penghargaan Khadijah datang membelai Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
“Apakah yang telah berlaku wahai Abal Qasim?”
“Jibril mendatangi aku lagi dan menghafalkan kepada aku ayat-ayat yang sedang kubaca ini.”
“Ya Abal Qasim, sekiranya sahabatmu itu datang lagi, beritahulah kepadaku.”
“Baiklah.” Jawab Nabi.
Tidak lama kemudian datanglah lagi Jibril, Rasul pun segera memanggil Saidatina Khadijah, lalu Saidatina Khadijah memanggil pula Nabi datang menghampirinya sambil bertanya:
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Ya, aku melihatnya.” Sedangkan Saidatina Khadijah tidak melihat Jibril a.s.. Kemudian Saidatina Khadijah meminta Nabi Muhammad s.a.w. memasukkan kepalanya kedalam baju Saidatina Khadijah sambil bertanya lagi.
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Tidak!” jawab Rasulullah s.a.w.
“Bagus, kalau begitu memang benarlah ia seorang Malaikat, kerana sekiranya ia syaitan, ia tidak mempunyai sifat malu.”
Kemudian Saidatina Khadijah menceritakan apa yang dikatakan oleh Warqah tadi dan tanpa diminta oleh Nabi s.a.w. Saidatina Khadijah menyatakan keimanan yang mutlak terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia benar-benar meyakini bahawa suaminya itulah Nabi yang ditunggu-tunggu selama ini, dengan itu Saidatina Khadijah merupakan orang yang pertama beriman kepada Rasulullah s.a.w. dimuka bumi ini.
Dengan peristiwa bersejarah ini keluarlah Nabi Muhammad s.a.w. dari uzlah membawa wahyu, memberi khabar suluh dan daulah, gambaran derita, didunia ini dan diakhirat nanti, dakwah dan risalah ini disambut baik oleh golongan bawahan, tetapi ditentang hebat oleh golongan atasan. Penentangan ini membawa kepada penderitaan dan penyiksaan terhadap Rasulullah s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, seribu satu macama tekanan dan siksaan itu ditanggungnya bersama-sama Saidatina Khadijah r.a. Ia telah menggunakan segala pengaruh dan harta yang ada olehnya untuk mempertahan dan memperkuatkan perjuangan Rasulullah s.a.w. di saat-saat penuh dengan ketegangan dan api hasad dendam ini, hanya diruang rumahlah Rasulullah s.a.w. mendapat kedamaian, senyuman dan kemanisan wajah Saidatina Khadijahlah nabi mendapat penawar segala derita yang menimpa dalam perjuangannya.
Hinggalah disaat-saat genting perjuangan ini apabila suku-suku Quraisy sepakat untuk memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi yang amat dahsyat terhadap keluarga Nabi dan pengikutnya, dengan menggunakan kekerasan mereka telah menghimpunkan keluarga Nabi dan pengikutnya di satu wadi/lembah di tengah-tengah kota Mekah yang dipanggil ‘Sya’ba Hasyim’. Kemasyhuran permulaan ini mereka tulis dan digantung didalam Ka’abah. Peristiwa pahit ini berlaku dan bermula pada malam pertama, bulan pertama, tahun ketujuh selepas ba’sah (kebangkitannya) sebagai Rasul s.a.w., sehingga tiga tahun lamanya. Dalam peristiwa ini, sebenarnya tidak ada sesiapa yang dapat memaksa Saidatina Khadijah untuk keluar rumahnya kerana kedudukannya dan hartanya, tetapi Saidatina Khadijah dengan kerelaan hatinya sendiri, demi kasihnya kepada suaminya, demi keimanannya kepada kerasulannya, ia keluar bersama-sama puternya, mengikut Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, hinggalah apabila mereka dibebaskan oleh sebab ‘kertas pemasyhuran’ itu dimakan anai-anai kecuali perkataan Allah. Saidatina Khadijah telah dibawa keluar dalam usungan dari Sha’ba Hasyim itu kerumahnya, ia telah jatuh sakit kerana penderitaan-penderitaan yang dialami selama tiga tahun itu. Sejak didalam usungan sampailah di rumah mereka, Nabi Muhammad s.a.w. dan puterinya tidak pernah berenggang darinya, walaupun sakitnya semakin hari semakin tenat, namun demikian tiada keluhan, tiada rintihan, tiada penyesalan darinya malah api semangatnya terus membara memberi sumber kekuatan yang tidak ada taranya kepadanya dan para sahabat-sahabatnya berjuang mendaulatkan Allah Rabbul A’lamin.
Tiga hari kemudian Saidatina Khadijah dengan damai dan sejahtera menghembuskan nafasnya yang akhir menyahut seruan PenciptaNya, meninggalkan Rasulullah s.a.w. dan puterinya dalam kesedihan yang tiada taranya.
Penutup
Demikianlah Saidatina Khadijah telah lama meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi perjuangan para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.
Oleh Ustazah Fauziah Thani
Kolej Islam Kelang


sumber: one-ummah dot net

*wish to be like her, insyaAllah*

Saturday, March 10, 2012

Reaksi: Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet

hmmm..mana anaknya ye? ditimpa masalah ke? andai anaknya ditimpa masalah, moga Allah keluarkannya drpd 
masalah itu dgn segera...andai anaknya sengaja berbuat demikian, moga Allah berikan kesedarannya buatnya...dan 
kembali berbakti kpd ibunya...amin

begitulah reaksi diri ini semalam tatkala mengetahui tentang berita ini dan menontonnya di youtube:


dan ini pula kenyataananaknya dalam Harian Metro hari ini:

 “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” 

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku."

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” 

Alhamdulillah..segala persoalan telah terjawab.

Pengajaran yg diperoleh oleh diri ini drpd situasi ini adalah: 

- Kita tidak sepatutnya terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui hal yang sebenar
- Setiap org ada masalahnya tersendiri, kita cuba letakkan diri kita dalam situasi org tersebut untuk lebih memahaminya
- Kita perlu sentiasa bersangka baik

*Diri ini mendoakan agar dua beranak ini akan menemui kebahagian dunia dan akhirat, amin.

Friday, March 9, 2012

Berpagi-pagi


Indahnya PELANGI pagi
ciptaan Mu



assalamualaikum wbt.

Bagaimanakah kalian memulakan PAGI hari di hujung minggu? Dimulakan dengan Solat Subuh bagi yang Muslim, alhamdulillah. Kemudiannya kalian terus ke dapur atau keluar untuk membeli nasi lemak atau roti canai untuk sarapan pagi...ataupun kalian terus menarik semula selimut dan sambung TIDUR?....no...no..no..jangan tidur semula...jom mulakan aktiviti pagi dengan SENAMAN...


SENAMAN??  Hahahahahaa....hakikatnya kita tak rajin, kan? Diri ini pun sama...tahun ni dah pasang niat nak berSENAM...nak menjaga kesihatan, kurniaan Allah SWT...tak dapat tiap2 hari, seminggu sekali pun jadi la..tak dapat lama setengat jam pun jadi la...tapiiiiiiiiiii...saya tak suka jogging, tak tau la kenapa...yang saya suka senamrobik...cari punya cari, terjumpa la satu tempat aerobik, tapi malam la plak bayaran tahunan RM50 dan setiap kali sesi aerobik, RM4...kalau hari kerja, penat...rugi la plak kalau dah bayar dan tak pegi..hmmm

Bermulanya sesi persekolahan dengan Mesyuarat Guru...belek punya belek, agak teruja rasanya sebab menjadi salah seorang Guru Penasihat Kelab Senamrobik dan Kebudayaan...Wah! seronoknya...Aktiviti kelab dijalankan setiap hari Ahad selama sejam setengah...Wau! bestnya dapat bersenamrobik secara free ngan bebudak...hehehe..alhamdulillah, Allah telah membuka ruang bagi diri ini untuk bersenam...



aktiviti dikelolakan oleh pelajar senior...cikgunya ngikut je, sebabnya memang tak pandai...pandai ikut step instruktor je...huhu..memandangkan kelab ini bukan sekadar senamrobik tetapi juga kebudayaan..makanya bebudak lebih suka menari...tak kira sama ada tarian tradisional mahu pun moden...apa2 je la budak, janji berpeluh...

Sekali lagi diri ini teruja...Maha Kuasa Allah...diri diberikan subjek PJK Tingkatan 2...jelas tertera di dalam jadual waktu...bukan 1 dan bukan 2 kelas tau tapi semua kelas Tingkatan 2...makanya 4 hari seminggu berbaju T-shirt dan berseluar track...hehehe...i Like! thank you Allah


tak pandai ngajar PJ sebenarnya...pernah mengajar tapi satu dua kelas je..tu pun, BOSAN sangat...sebab tak tau nak ajar apa..sebarang undang2 permainan pun tak tau...bola jaring; bola tampar; bola baling; hoki; badminton...hahahaha..kesian kat bebudak..tapi ngajar bebudak Tingkatan 2 ni, best..diaorang masih suka beriadah berbandingan ngan bebudak menengah atas...disebabkan bebudak lebih pandai daripada cikgunya, jadi diaorg la yang jadi couch mengajar kawan2 yang tak tau...makanya enjoy..masa panaskan badan, diri ini ikut serta keliling padang...huhu

Memandangkan niat di awal tahun, nak berSENAM setiap hari..makanya pagi ini berkesempatan juga berSENAM walaupun cuti..beriadah di Taman Jubli Perak...aktiviti dimulakan seawal 7pagi..segar sungguh udara pagi...
sebelum keluar rumah, minum oat sebagai sarapan pagi..memandangkan diri ini tak suka jogging..makanya briskwalk menjadi pilihan...dapat la mengelilingi taman, 3 kali dan berpeluang bersenam cara Cina bersama-sama  dengan pengunjung yang lain..best jugak...

 esok nak pegi lagi, insyaAllah..harap2 moga Allah memberi diri ini kerajinan dan berpeluang untuk terus bersenam di taman riadah ini...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...