Saturday, March 26, 2011

SAYANGI JANTUNG ANDA



PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.

"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.

Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.

Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.

Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?

Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.

Soalan

Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?

Jawapan

Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.

Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.

Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.

Soalan

Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?

Jawapan

Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.

Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.

Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.

Soalan

Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?

Jawapan

Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.

Soalan

Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.

Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.

Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.

Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.

Soalan

Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.

Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.

Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.

Soalan

Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?

Jawapan

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.

Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.

Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).

Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.

sumber>> UTUSAN MALAYSIA

Friday, March 25, 2011

Lepak millenium


25/03/11 : 6.15pm

Bismillahirrahmanirrahim

Petang2 camni duduk ngadap Tasik Beris rasa tenang sesangat…masyaAllah, sungguh indah, damai dan tenang alam semesta ciptaan Allah ini..syukur Alhamdulillah, diri ini berpeluang menikmati suasana ini…

Cuaca pun tak panas, memandangkan sekarang ni musim hujan memang sesuai sangat lepak2 kat sini…dok sorang2 + laptop bleh online plak tu…lepak ala millennium gitu..hehehe

Seminggu yang lepas tersangatlah [sori cikgu BM ;)] sibuk…antara kelas, persedian penilaian inovatif, perkongsian bahan dgn sekolah lain dan membuat senarai penerima hadiah Majlis Anugerah Cemerlang…hari ni barulah dapat menarik nafas skit…makanya lepak2 kat sini, tengok air tasik, mendengar kicauan burung & unggus adalah terapi yang baik untuk diri ini…

Sesuailah untuk orang introvert kan..ada masanya suka menyendiri…hihi..

Biasalah kan, tempat yang indah camni ramai muda-mudi yang lepak2 kat sini..couple sana sini…geng2 motor yang lepak sambil merokok beramai-ramai…dunia remaja yang penuh dengan khayalan keseronokan duniawi…anak didik pun ramai gak tadi…moga diaorg semua terhindar daripada perbuatan2 terlarang..amin..

Keluarga2 yang bersiar-siar kat sini pun ramai…pemancing pun ramai gak...ada kesempatan nanti nak dok sini sambil layan novel ke...best gak nih..

JADUAL 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau takde Bengkel / Mesyuarat anjuran SEKOLAH / PPD / JPN, insyaAllah jadual selepas WAKTU P&P adalah seperti berikut:

Ahad ~ Kelas Tambahan 3Arif (1.35pm-2.35pm)

Isnin ~ Kelas Tambahan 5 Al-Khindy (3.30pm-5.30pm)

Selasa ~ 2.00pm BALIK RUMAH

Rabu ~ Kelas TAS Sains (2.30pm-4.00pm)

Khamis ~ Kelas Tambahan 3 Ibnu Sina (1.35pm-2.35pm)

Jumaat ~ Kelas Tambahan 5 Elit (8.00am-12.00pm)
~ Kelas Tuisyen Sains (3.30pm-5.30pm)

Sabtu ~ Kelas Tuisyen Kimia (3.00pm-5.00pm)

**tough jugak la..mmg camni la coraknya...
So, moga Allah berikan kekuatan buat diri ini tuk terus mendidik..

Thursday, March 24, 2011

Dengarlah Cerita Isterimu


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.



Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.



Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah

sumber>>iluvislam

Wednesday, March 23, 2011

Ciri-ciri Isteri Pilihan


Artikel ini ditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka ciri-ciri apakah yang patut dia didik calon isterinya itu. Tidak ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang sepatutnya dia melengkapi dirinya.

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” [al-Baqarah 2:221]

Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Justeru yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.

Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Ini kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk ciri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa-biasa tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.

Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda: “Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]

Kedua: Cantik.

Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.” [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda:

Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]

Maksud kecantikan di sini ialah apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.

Justeru mana-mana wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbeza citarasanya antara satu dengan yang lain.

Ketiga: Menyenangkan Suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]

Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya.

Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya, isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya dengan citarasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.

Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.

Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.

Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]

Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

sumber>> HafizFirdaus.com

Ciri-Ciri Suami Pilihan


Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/492/1/

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.


Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.





sumber>>Soal Jawab Wanita dan Keluarga

‘Peraturan 9010’

Bicara dimulakan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


23/03/2011 is THE BIG DAY…


Hari ni seperti yg semua sedia maklum, keluarnya keputusan SPM 2010...dan hari ini juga Penilaian bagi Pertandingan Guru Inovatif 2011 buat diri ini, sekolah, daerah dan negeri…


Empangan dah pecah beberapa kali...alhamdulillah berjaya juga ditampan dan ditampal...Turbinnya pula remuk ditimpa konkrit...apakan daya diri ini hanya insan yang lemah..Allah jua yang Maha Bijaksana..diri ini banyak kekurangannya..Allah jua yang Sempurna...sehebat manapun pemikir reaktor nuklear di Jepun, reaktor tersebut tetap mengalami kerosakan yang dahsyat dengan kuasa dan izin Allah S.W.T..kan?


diri ini sedar dan redha di atas segalanya...diri ini perlu mengaplikasikan ‘Peraturan 9010’ sekarang jugak!!!! ’Peraturan 9010’??? iye…mengikut Tuan Pengetua Turin, 90% adalah USAHA dan 10% adalah KETENTUAN Allah S.W.T…USAHA yang sewajarnya telah diberikan buat anak2 didik SPM 2010…2 tahun kita bersama-sama berjuang...2 tahun kita berusaha...dan telah menjadi ketentuan begitu corak hasilnya..saya redha, dan kalian juga perlu redha...ini yang dikatakan takdir...hasil tersebut bukan bermakna kita tidak berusaha..hasil tersebut bukan bermakna kita ni kurang bijak, sebab saya tahu kamu semua bijak dan rajin..cumanya bukan rezeki kita...anak2 didik semua, saya tidak akan berputus asa...saya tetap akan terus berusaha mendidik junior2 kamu...dan saya harap kamu juga sama...Pandang Ke Hadap, Mengorak Langkah dengan lebih jauh dan mantap..jangan ditangisi keputusan mu itu..banyak lagi ruang dan peluang tuk kamu perbaiki diri


begitu juga ceritanya dengan proses Penilaian tadi...banyak yang perlu diperbaiki...masih jauh untuk bergelar seorang yang inovatif...masih banyak kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan...terasa begitu kerdil sekali...terasa begitu cetek ilmu di dada...walau apa pun penilaiannya..banyak ilmu yang diperoleh..terima kasih Tuan dan Puan panel penilai...diri ini akan berusaha lagi memantapkan diri dengan ilmu-ilmu pendidikan...I’ll never give up...yang pentingnya diri ini dapat membantu anak2 di sekolah lain juga..moga kalian semua mendapat manfaat daripada apa yang telah kami berikan...’Together We Achieve More, InsyaAllah BOLEH”


**wahai diri, ini ujian daripada Allah S.W.T buat diri mu..hadapinya dengan tenang dan ambil ikhtibar di atas segalanya..

Saturday, March 19, 2011

kalau berpacaran??

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus


**good advice for us

Mid-Term Holiday (11-19/03/11)

11-13/03/11: @ SMKG, Program MEKAP + memproses Analisis Ujian 1

14/03/11 : @ sarang> settle'kan keje2 yg berbaki

15/03/11 : Tuisyen ganti

16/03/11 : 2.30pm> bertolak ke Ipoh
'bermalam di rumah Cik dan menziarah family Mak Yang di sebelah malamnya'

17/03/11 :11.00am> @ Ipoh Specialist
'review annual medical checkup'
alhamdulillah nothing serius, perlu amalkan Gaya Hidup Sihat atas nasihat
Doktor..kena watch out kolestrol level..a bit high..

18/03/11 :1.00pm> makan2 kat umah jiran
2.30pm> ke Sik -Tuisyen

19/03/11 :2.15pm> ke Sik- Tuisyen
5.30pm> pulang ke sarang

**tak dapat balik jumpa dengan keluarga nukleus..mcm time berkhidmat kat Sabah jugak la...balik jumpa family 2X setahun dengan masa yg tersangatlah terhad..hehe..bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'..but as human, jeles gak la kat kengkawan yg bleh dikatakan everyweek dapat jumpa family diaorg..well 'apo nak dikato'..kata seorg kwn diri ini cam 'lone ranger'-sorg2 pun bleh hidup..ntah la



Thursday, March 17, 2011

Tak Pernah

Bismillahirrahmanirrahim..

Senang cerita memang Tak Pernah la..cuba ingat-ingat balik pun, memang Tak Pernah la..Tak Pernah apanya??


Sejak dibangku sekolah lagi memang tak pernah mewakili sekolah, daerah atau pun negeri…setakat mewakili Rumah Syahbandar dalam Pertandingi Puisi Sains ada la..tu pun dah memang tau keputusannya sebelum bertanding..bertanding dengan wakil2 sekolah tahun sebelumnya, of course la tak menang kan..sekadar memeriahkan majlis je..hehe..mana tak meriah majlis..puisi yang sepatutnya dialunkan dengan penuh semangat, alih2 vibrate..too much vibrato :D


But this time, diri ini akan mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan!!! My first trial and I make it!! Unbelievable…Alhamdulillah..inilah yang dikatakan rezeki yang kita tak jangkakan daripada Allah S.W.T bukan nak bermegah2 dengan bercerita kat sini tapi just nak abadikan di sini dan mungkin boleh menjadi inspirasi buat yang lain..tapi, pertandingan apa ye???


Kita flash back sikit…Kalau tak silap dalam 6-7thn lepas, semasa menghadiri Sambutan Hari Guru di Sandakan..kebanyakan rakan guru bercerita mengenai satu inovasi yang telah dihasilkan oleh seorang Guru dan telah memenangi beberapa pertandingan inovasi dan guru tersebut telah dinobatkan sebagai Guru Inovatif..semasa melihat pameran inovasi tersebut, rupanya inovasi yang dihasilkan adalah berbentuk permainan..memang kagum habis kat cikgu tersebut..hebat sungguh cikgu ini, desis hati ini..sejak daripada hari itu, diri ini tertanya2 bagaimanakah caranya untuk menghasilkan inovasi dalam p&p dan bagaimanakah bentuk pertandingannya, teringin sangat nak join…masa tu baru sangat mengajar so, idea & pengalaman memang kurang sangat..so, imipian tersebut tersemat kemas di dalam my subconscious mind…itulah flash back saya..hehe..


tahun berganti tahun akhirnya peluang tersebut hadir juga pada tahun lepas..pada hari terakhir tarikh tutup penyertaan, diri ini dengan bantuan kak ila telah berjaya menghantar borang ke Pertandingan Guru Inovatif 2011...inilah dia serba sedikit berkaitan dengan inovasi yang telah dibuat>> 'CF set'


**sama ada memenangi pertandingan itu ataupun tidak bukanlah sesuatu yang penting..apa yang pentingnya diri ini dapat berkongsi idea untuk mengembangkan peranan guru sebagai pemudahcara dan membantu anak didik dalam pembelajaran..


SENSITIVITI

Bismillahirrahmanirrahim..

Pabila kita berbicara tentang sensitiviti, bermacam2 faktor yang akan mengarah kepada sensitiviti..sensiviti kaum misalnya...tapi itu bukanlah butir bicaranya...


Rupa-rupanya diri ini tergolong sebagai orang yang sensitif..cepat terasa hati? Eh tak..Yang tu kadang2 la..hehe..tapi badan ni yang sensitive..dengan kata lain alergi..bukan setakat kulit tau..tapi siap ngan organ dalaman pun alergi gak..


A few months ago..buat full medical check up…cukup puas hati dengan investment kali ini..Healthy Investment..hari ini (17/03/11) adalah hari tuk review report…daripada ujian2 yg telah dijalankan, Doktor mengesahkan yg batuk2 tu adalah Asthmatic Bronchitis..maksudnya paru-paru ini tersangatlah sensitive terhadap perubahan cuaca terutamanya cuaca yg sejuk, habuk2 dan makanan2 yang sejuk…apabila terdedah kepada salah satu keadaan ini, maka diri ini akan batuk2 kerana saluran pernafasan bronchus dan bronchiole akan menyempit…there is nothing to worry about..just jaga diri..boleh dikurangkan dengan mengambil inhaler..


antara yang perlu diberi perhatian adalah tahap kolestrol..tinggi la jugak 6.6…so, Doktor nasihatkan supaya diri ini amalkan gaya hidup sihat..emmm..selalu plan tapi last2 back to square one..susahnya nak amalkan diet yang seimbang kurangkan minyak, kurangkan lemak, kurangkan garam dan kurangkan gula dalam diet seharian dan lebihkan senaman…tau…tapi…agak susah nak jadikan sebagai satu cara hidup..apa2 pun ‘eden torai ;)


Actually my brain pun sensitive bangat…takleh terlalu berpanas..takleh makan benda2 yang sejuk (tumbuh2an yang menjalar)..takleh berada dalam suasana yang membingitkan dan tak bleh terlalu tension..makanya akan MIGRAIN…


Wahai diri yang SENSITIF, take a good care of yourself k..

bZZzzzz

090311_3.25pm-RABU

Bismillahirrahmanirrahim…

hari Ahad, outstation ke Kuala Pegang…hari Isnin rasa cam blur skit, nak catch up semula rentetan kejadian last week..terasa cam hilang ingatan sekejap..lama gak la memikir apa yg dibuat pada minggu lepas…

Rentetan peristiwa minggu lepas~27/02/11-03/03/11

Minggu ni sibuk uruskan HLP.hari Selasa tu lepas sekolah terus terpa ke Alor Setar, sejam gak la driving….dalam pada tu, hari Rabu outstation ke Pendang, Taklimat Peka Kimia..redah ikut jalan kampung, bak kata org Kedah “rhodong pi sana” sejam perjalanan…Alhamdulillah tak sesat atau tersalah jalan…pernah ke Pendang sebelum ni tapi ikut highway..balik daripada Pendang, dengan tenaga yang masih bersisa uruskan semula HLP sampai pukul 6.30pm, thanks bos di atas jasa baik tuan…pagi2 Khamis, terpa pi Alor Setar lagi…siap semuanya terus drive balik ke sekolah..tak singgah mana2 dah..sampai2 sekolah, tarik handbrake, matikan enjin…jalan selaju mungkin ke kelas, terus mengajar…rehat, plus minus sejam, makan & solat..pastu sambung kelas tambahan sampai pukul 4.30pm..

Esok dah Khamis…cepat betul masa berlalu…pastu Cuti Semester I…

****************************

130311_11.24pm-Ahad

Bismillahhirrahmanirrahim…

Kiranya sekarang ni dalam mood bercuti la kan…tapi kalian percaya atau tidak diri ini masih belum bercuti…11-13/03/11 diri ini terlibat dengan program MEKAP di sekolah…bukan..ish bukan MEKAP tu...Menjana Kecemerlangan Pelajar (MEKAP) hehe…makanya Bengkel2, Taklimat2 dan kelas2 diatur mengikut mata pelajaran…diri ini tidak terlibat pada 11hb tu, tapi tetap sesama memeriahkan suasana…huhu~ kerja tak siap ma…kena siapkan Analisis Ujian 1…kalut sungguh hari ni..team kami 6org semuanya..dan ada yang bertugas, so habis kelas memasing sibuk print analisis tingkatan masing-masing…ada 3 geng baru, diaorg ni terkial-kial skit nak memahami sistem..almaklum la baru la katakan..ingatkan semua team members akan berkampung di Bilik UPP tuk siapkan semua analisis memandangkan sehabuk pun tak start lagik..alih2 3org nak berangkat balik ke kampung masing2, sorang nak balik hari tu jugak dan 2 lagi keesokan harinya…aiseh, macam mana diri ini tak terpikir langsung ek..dah namanya cuti, mesti la org kalut nak balik kan…berjumpa dengan org2 yg tersayang..kita je yg lone ranger..huhu..sistem plak kelam kabut..banyak pembetulan yang terpaksa dilakukan..memang stress hari ni…kenapa tak buat awal? Sebab masih ada yg tak masukkan markah ke dalam sistem sehingga 10hb..lagi pun time sekolah sibuk mengajar, meeting, dll..mmg takde ruang nak mencelah tuk fokus kat sistem ni..makanya kami bertiga mengcover keje diaorg semua..ngadap sistem sampai pukul 2am…nasib baik la anak yg 1 tu tak kacau…anak mata je problem skit..makanya ZZZzzzzz

12hb- kami bertiga bertugas la plak..so, takleh nak fokus sangat…makanya start tengah hari mengadap sistem tu..ingat nak sambung malamnya tapi otak dah tak bleh run, alih2 terlelap sebelah laptop..

13hb- diri ini ditugaskan mengajar bebudak Kimia daripada pkul 8-10am..abis je kelas, jenguk diaorg berdua kat Bilik UPP..memasing dok sibuk membuat analisis..alhamdulillah, keadaan lebih tenang hari ni..semua problem kat sistem pun dah dapat di atasi..dua2 org pun dah semakin cekap..pi makan jap..pastu sesama ngan diaorg print analisis..susun..pukul 1pm stop sekejap, pi makan kenduri (sempat lagi tu..hihi)…balik makan kenduri, sambung semula sampai pukul 3pm..balik umah terlelap dalam setengah jam..lepas asar, bersiap2 ke Pekan Sik, binding analisis, sebab kat kampung Gulau takde perkhidmatan tersebut (tak tau la plak kalau ada, tak abis servey lagi)..lagi pun nak isi minyak sekali, dan yang paling best drive merentasi Tasik Beris..cukup menenangkan dan melapangkan fikiran..rasa cam nak berhenti je, lepak2 kat tasik tu time drive balik tu..tapi dah nak Maghrib, so dibatalkan je la hasrat tu..sejak daripada lepas Maghrib tadi, sampai la saat menaip ni, memang dok ngadap laptop je..dok buat keje2 yang diarahkan oleh JPN..dah terlepas dateline pun sebenarnya..patutnya 10hb..apakan daya tak tercekau nak siapkan semuanya..hamba terima je la sebarang hukumannya nanti..maaf Encik ye..8hb & 9hb kurang sihat, silap makan agaknya pening2, loya2, sakit perut dan rasa cam berada di awang-awangan…pas tu terus kalut ngan analisis…that’s my problem kan..tak patut dijadikan alasan kan..Dah lambat tu macam2 la kan..huhu~

**bila difikir-fikirkan…masa 7.40am-2.00pm, waktu yang sepatutnya cikgu-cikgu berada di sekolah memang tak cukup tuk siapkan semua tugasan yang diberikan..masuk kelas, keluar kelas..masuk meeting, keluarmeeting..mana nak siapkan bahan2 tuk mengajar..nak fikirkan kaedah2 mengajar lagi..ada gak hari-hari yang cikgu akan buat kelas tambahan sehingga pukul 3.00pm-5.00pm..balik rumah mesti dah flat kan?..memang tabik spring la kat cikgu2 yang mampu laksanakan semua tugasan yang diberikan on time, kemas plak tu…mana dengan tanggungjawab di rumah lagi..respect abis la kat golongan yang camni….wish to be like them..

Okeh..out..nak sambung keje..harap2 esok bleh email keje2 ni..caucincau..

*****************

140311_9.11pm~Isnin

Tengah ‘ngok wi’ (tengok tv).. –pinjam ayat Adam Iman, hehe..drama Gemilang…masuk yg ni baru tengok 2 episod..tak berapa tau sangat butir2 cerita, tapi kisahnya berkisar tentang Cikgu2 yang mengajar sekitar tahun 70-an..cikgunya lebih dekat dengan anak didiknya..sepatutnya diri ini juga begitu…diri ini silap sebelum ini…masuk kelas, keluar kelas..kurang ambil tahu perihal cerita2 anak didik..takut ‘dipijak kepala’ tu yg malas sgt nak rapat2 ngan anak murid..tapi sejak handle projek sekolah tahun lepas, diri ini akur akan kesilapan sebelum ini..memang 90% masalah budak2 tak nak ke sekolah sebab MALAS..tapi apasalahnya kan, andai diaorg nak ke sekolah kerana CIKGUnya…nak kena belajar teknik2nya dengan Cikgu2 Gemilang…

Wednesday, March 2, 2011

~Amazing Race @ Alor Setar~

takde RACE ngan sesapa pun..tapi RACE ngan MASA..yang jadi Amazingnya..salah tempat...

"cer crite..cer crite" biggrin.gif

******************************************************
camni critenye...pada petang yang damai dengan kicauan burung2 (pinjam dialog "Hantu Kak Limah Balik Rumah" jap..hehe), iaitu petang tadi...

diri ini bertolak ke Alor Setar drpd Gulau, Sik lebih kurang pukul 2.35pm...ada urusan yang perlu diselesaikan di JPN...selalunya perjalanan lebih kurang 45minit, mungkin kerana peak hour..banyak kenderaan, makanya sampai ke tempat yg dituju pada jam 3.45pm...setelah agak bersusah payah parking kereta, terus bergegas ke dalam bangunan...masuk dalam lift, terserempak dengan En. Zulkifli.."nak ke mana ni?" tanya En. Zul.."saya nak ke Unit Latihan" dengan condifentnya saya menjawab...riak wajah En. Zul penuh dgn tanda soal..saya mula cuak.."bukan kat sini ye, En. Zul?".."Ha'a bukan kat sini, sini bahagian kemanusiaannya ja" balas En. Zul..."adus..salah tempat la pulak" getus hati kecil ini...dah la ada 2-3org lagi kat dalam tu...malu seh..tapi biasa le, buat muka macho gitu...control babe!! control!!..huhu~..sebenarnya diri ini tak berapa arif sangat dengan jalan2 kat Alor Setar ni...nama je pernah dok 2thn kat situ, almaklum la time tu jalan kaki, naik turun bas je..ni drive, keliru skit la...memandangkan En. Zul dah sampai ke tingkat yg dituju, diri ini pun ikut beliau keluar drpd lift..En. Zul menerangkan tempat yg sebenarnya yg perlu dituju...la..dekat stadium rupanya..tau la..masa tu jam hampir menunjukkan pukul 4pm..masih ada sejam lagi sebelum semua pegawai 'punch out'..setelah mengucapkan terima kasih, cepat2 diri ini menuju ke lift..terbuka je pintu lift ..la, ada mamat tadi le dalam lift tu..dia terus gelak bila nampak diri ini..sabau je la...diri ini hanya mampu menghadiah sebuah senyuman je..rasanya nak bungkus je kepala ni ngan brown paper bag time tu...potong betul..well, tak sempat nak amik pusing semua tu..terbuka je pintu lift, terus laju menuju ke kereta...

dalam dok kalut2 berjalan cam ribut tu, rasanya cam jiran sebelah rumah mak& abah berjalan kat depan tu..."Assalamualaikum Pakcik Salim" diri ini menyapa daripada belakang..."Wa'alaikumussalam" jawab Pakcik Salim..fuuh, nasib baik betul..kalo tersalah orang...double malu la jawabnya...muahahaha..."along buat apa kat sini?" tanya Pakcik Salim..."along sebenarnya nak ke JPN".."salah tempat la ni"balas Pakcik Salim.."ha'a" jawab ku ringkas, sambil tersengih...hehe..."lama tak balik umah?" tanya Pakcik Salim.."insya Allah 2-3 hari lagi balik la" jawab ku, sambil berjalan menuju ke kereta.."tau tak, JPN tu kat mana?" tanya Pakcik Salim lagi..."tau, kat stadium" balas ku...bila masuk je dalam kereta, terus je start enjin..tapi terpikir plak, jalan yg mana ek??? diri ini tak tau betul2 rupanya...hahahaha..berdasarkan pengalaman lepas2 dan ikut gerak hati, diri ini terus membelok ke kanan..drive punya drive...alhamdulillah, sampai la jugak ke JPN...

lepas isi maklumat diri kat Pondok Jaga.. masuk je bangunan. mata ni melilau cari lift..tapi cam takde je...terus menuju ke kaunter pertanyaan "tumpang tanya puan, unit latihan kat tingkat brape?"..."tingkat 3" jawabnya ringkas..."naik tangga yang ni ye?" diri ini bertanya tuk mendapatkan kepastian, dengan harapan "lift ada kat sebelah sana" tapi jawabnya "ye, tangga yg ini"makanya, berlari-lari anak la menaiki tangga, coz jam dah menunjukkan pkul 4.15pm..agak mencabar jugak..coz naik2 tu, bukan terus nampak tanda 'unit latihan'...lepas bertanya 2 kaunter, baru la sampai ke tempat yg dituju...selepas memperkenalkan diri, puan berkenaan membelek2 bahan yang di bawa..."tak cukup ni cikgu, pegawai kami tak terima kalau bahan tu takdak" katanya...pulak dah.."boleh ke, saya dapatkan kat sini?".."boleh, tapi cikgu kena ke tingkat 2..nanti mai balik sini"...waduh2..tak pikir apa dah..meluncur terus ke tingkat 2..kalo tengok mmg laju mcm naik skateboard..sampai di tingkat 2, unit berkenaan.."cikgu kena tunggu sat no, orang hat dok mengurus tu takdak" kata staf di situ..diri ini hanya menghadiahkan sebuah senyuman..harap2 senyuman yang manis, memandangkan diri ini cuak tatkala itu, coz jam dah menunjukkan pkul 4.25pm.."berapa lama la yang harus ku tunggu" getus hati ini..."camne kalo tak sempat??? esok kena datang sini semula la jawapnya..tapi esok nak kena ke Pendang, ada taklimat...sempatkah???" diri ini terus bermonolog sendiri...mata ni asyik dok gheling (tengok) jam je...jam menunjukkan pukul 4.35pm, 10minit dah berlalu..tapi masih belum ada tanda2nya...diri ini terus menunggu dengan sabar..tawakkal tu innallah...andai ada rezeki, diizinkan Allah..ada la..kalo tak, kita guna plan B (diri ini pun tak tau apa plannya lagi time tu)...jam menunjukkan pukul 4.40pm..seorang lelaki masuk ke Pejabat.."cikgu ni ka yang nak berurusan tu?"tanya beliau...alhamdulillah..setelah berunding, akhirnya beliau bersetuju untuk memproses bahan tersebut..."camni la cikgu ye, kita buat ikut prosedur"kata staf tersebut...diri ini hanya mengangguk...dalam hati "what??? ikut prosedur..cam tak sempat je ni :( uhuk..uhuk" diri ini hanya mampu menyerahkan pada Allah bulat2...tepat jam 4.53pm, bahan yang ditunggu-tunggu siap..syukur alhamdulillah..setelah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau, di atas pertolongannya..diri ini terus meluncur ke tingkat 3..."ha, mai pun..dok tunggu gak, tengok jam dah dekat pukui 5..satgi pegawai balik" kata staf yang sedang menunggu di tingkat 3..."tu la, saya pun dok ketaq tunggu kat bawah tadi, takut tak sempat" diri ini meluahkan apa yang tersemat di hati...

fuuh~ tepat pukul 5pm semuanya selesai...esok dah boleh pos...moga semuanya dipermudahkan Allah...

*****************************************

hikmah daripada Amazing Race @ Alor Setar hari ini...diri ini dah paham selok belok jalan2 kat Alor Setar...insyaAllah, diri ini takkan lagi blur di Alor Setar...hehehe...

macam..macam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...