"cer crite..cer crite"
******************************************************
camni critenye...pada petang yang damai dengan kicauan burung2 (pinjam dialog "Hantu Kak Limah Balik Rumah" jap..hehe), iaitu petang tadi...diri ini bertolak ke Alor Setar drpd Gulau, Sik lebih kurang pukul 2.35pm...ada urusan yang perlu diselesaikan di JPN...selalunya perjalanan lebih kurang 45minit, mungkin kerana peak hour..banyak kenderaan, makanya sampai ke tempat yg dituju pada jam 3.45pm...setelah agak bersusah payah parking kereta, terus bergegas ke dalam bangunan...masuk dalam lift, terserempak dengan En. Zulkifli.."nak ke mana ni?" tanya En. Zul.."saya nak ke Unit Latihan" dengan condifentnya saya menjawab...riak wajah En. Zul penuh dgn tanda soal..saya mula cuak.."bukan kat sini ye, En. Zul?".."Ha'a bukan kat sini, sini bahagian kemanusiaannya ja" balas En. Zul..."adus..salah tempat la pulak" getus hati kecil ini...dah la ada 2-3org lagi kat dalam tu...malu seh..tapi biasa le, buat muka macho gitu...control babe!! control!!..huhu~..sebenarnya diri ini tak berapa arif sangat dengan jalan2 kat Alor Setar ni...nama je pernah dok 2thn kat situ, almaklum la time tu jalan kaki, naik turun bas je..ni drive, keliru skit la...memandangkan En. Zul dah sampai ke tingkat yg dituju, diri ini pun ikut beliau keluar drpd lift..En. Zul menerangkan tempat yg sebenarnya yg perlu dituju...la..dekat stadium rupanya..tau la..masa tu jam hampir menunjukkan pukul 4pm..masih ada sejam lagi sebelum semua pegawai 'punch out'..setelah mengucapkan terima kasih, cepat2 diri ini menuju ke lift..terbuka je pintu lift ..la, ada mamat tadi le dalam lift tu..dia terus gelak bila nampak diri ini..sabau je la...diri ini hanya mampu menghadiah sebuah senyuman je..rasanya nak bungkus je kepala ni ngan brown paper bag time tu...potong betul..well, tak sempat nak amik pusing semua tu..terbuka je pintu lift, terus laju menuju ke kereta...
dalam dok kalut2 berjalan cam ribut tu, rasanya cam jiran sebelah rumah mak& abah berjalan kat depan tu..."Assalamualaikum Pakcik Salim" diri ini menyapa daripada belakang..."Wa'alaikumussalam" jawab Pakcik Salim..fuuh, nasib baik betul..kalo tersalah orang...double malu la jawabnya...muahahaha..."along buat apa kat sini?" tanya Pakcik Salim..."along sebenarnya nak ke JPN".."salah tempat la ni"balas Pakcik Salim.."ha'a" jawab ku ringkas, sambil tersengih...hehe..."lama tak balik umah?" tanya Pakcik Salim.."insya Allah 2-3 hari lagi balik la" jawab ku, sambil berjalan menuju ke kereta.."tau tak, JPN tu kat mana?" tanya Pakcik Salim lagi..."tau, kat stadium" balas ku...bila masuk je dalam kereta, terus je start enjin..tapi terpikir plak, jalan yg mana ek??? diri ini tak tau betul2 rupanya...hahahaha..berdasarkan pengalaman lepas2 dan ikut gerak hati, diri ini terus membelok ke kanan..drive punya drive...alhamdulillah, sampai la jugak ke JPN...
lepas isi maklumat diri kat Pondok Jaga.. masuk je bangunan. mata ni melilau cari lift..tapi cam takde je...terus menuju ke kaunter pertanyaan "tumpang tanya puan, unit latihan kat tingkat brape?"..."tingkat 3" jawabnya ringkas..."naik tangga yang ni ye?" diri ini bertanya tuk mendapatkan kepastian, dengan harapan "lift ada kat sebelah sana" tapi jawabnya "ye, tangga yg ini"makanya, berlari-lari anak la menaiki tangga, coz jam dah menunjukkan pkul 4.15pm..agak mencabar jugak..coz naik2 tu, bukan terus nampak tanda 'unit latihan'...lepas bertanya 2 kaunter, baru la sampai ke tempat yg dituju...selepas memperkenalkan diri, puan berkenaan membelek2 bahan yang di bawa..."tak cukup ni cikgu, pegawai kami tak terima kalau bahan tu takdak" katanya...pulak dah.."boleh ke, saya dapatkan kat sini?".."boleh, tapi cikgu kena ke tingkat 2..nanti mai balik sini"...waduh2..tak pikir apa dah..meluncur terus ke tingkat 2..kalo tengok mmg laju mcm naik skateboard..sampai di tingkat 2, unit berkenaan.."cikgu kena tunggu sat no, orang hat dok mengurus tu takdak" kata staf di situ..diri ini hanya menghadiahkan sebuah senyuman..harap2 senyuman yang manis, memandangkan diri ini cuak tatkala itu, coz jam dah menunjukkan pkul 4.25pm.."berapa lama la yang harus ku tunggu" getus hati ini..."camne kalo tak sempat??? esok kena datang sini semula la jawapnya..tapi esok nak kena ke Pendang, ada taklimat...sempatkah???" diri ini terus bermonolog sendiri...mata ni asyik dok gheling (tengok) jam je...jam menunjukkan pukul 4.35pm, 10minit dah berlalu..tapi masih belum ada tanda2nya...diri ini terus menunggu dengan sabar..tawakkal tu innallah...andai ada rezeki, diizinkan Allah..ada la..kalo tak, kita guna plan B (diri ini pun tak tau apa plannya lagi time tu)...jam menunjukkan pukul 4.40pm..seorang lelaki masuk ke Pejabat.."cikgu ni ka yang nak berurusan tu?"tanya beliau...alhamdulillah..setelah berunding, akhirnya beliau bersetuju untuk memproses bahan tersebut..."camni la cikgu ye, kita buat ikut prosedur"kata staf tersebut...diri ini hanya mengangguk...dalam hati "what??? ikut prosedur..cam tak sempat je ni :( uhuk..uhuk" diri ini hanya mampu menyerahkan pada Allah bulat2...tepat jam 4.53pm, bahan yang ditunggu-tunggu siap..syukur alhamdulillah..setelah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau, di atas pertolongannya..diri ini terus meluncur ke tingkat 3..."ha, mai pun..dok tunggu gak, tengok jam dah dekat pukui 5..satgi pegawai balik" kata staf yang sedang menunggu di tingkat 3..."tu la, saya pun dok ketaq tunggu kat bawah tadi, takut tak sempat" diri ini meluahkan apa yang tersemat di hati...
fuuh~ tepat pukul 5pm semuanya selesai...esok dah boleh pos...moga semuanya dipermudahkan Allah...
*****************************************
hikmah daripada Amazing Race @ Alor Setar hari ini...diri ini dah paham selok belok jalan2 kat Alor Setar...insyaAllah, diri ini takkan lagi blur di Alor Setar...hehehe...
macam..macam...
hikmah daripada Amazing Race @ Alor Setar hari ini...diri ini dah paham selok belok jalan2 kat Alor Setar...insyaAllah, diri ini takkan lagi blur di Alor Setar...hehehe...
macam..macam...
No comments:
Post a Comment