Friday, December 30, 2011

~Seterika ku~

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt

Jom kita cerita bab seterika...

Ini merupakan Seterika Arang yang pernah digunakan masa zaman mak abah kita sekolah-sekolah dulu...bakar arang dan masukkan kat dalam mulut seterika tu..pastu nak kena letakkan kanji pada baju yang nak digosok,barulah cantik kata mak.

Yang ini pulak, seterika yang digunakan masa zaman saya sekolah dulu-dulu...agak berat..bleh berotot jadinya lengan, takyah ke gym, hehehe..walaupun berat, tapi tersangatlah bagusnya..baju jadi cantik lepas diseterika.

Seterika abad ini...agak ringan...teknologi makin berkembang, terdapat juga seterika berwap...malangnya makin ringan seterika tersebut, makin cepat panas dan kain cepat terbakar..banyak jugak la baju2 yang terkorban...hehehe

Walaupun seterika dah mengalami satu revolusi penciptaannya, tapi diri ini tetap sama...tak suka gosok baju sejak kenal apa itu seterika..masa tu baru berumur 8 tahun, belum pun ditugaskan menggosok baju sekolah sendiri, masa tu mak yang gosokkan..tapi dalam karangan sekolah yang bertemakan ciptaan masa depan, diri ini telah mencipta mesin 'Seterika Baju'...hahahaha...lawak sungguh bila dikenangkan semula...entah la kenapa...rasa leceh mungkin...

Bila dah kerja ni, pernah gak la terfikir nak beli seterika yang camni..senang kan? sekali tekan je, dah siap..ekekeke...tapi harganya, mak oi..riban2 le..membazir la plak, lain la kalau buka kedai dobi, kan?

Dan baru-baru ini, terjumpa seterika jenis ni masa window shopping ngan mak kat kedai elektrik...ini la seterika yang kedai-kedai baju tu pakai...selalu tengok cam best je tengok diaorg gosok baju...balik tu, asyik teringat je kat 'stand steam iron' ni...cam jatuh cinta pandang pertama gitu.. :p


pastu google la, apa lagi...cari info berkaitan, pro dan kontranya...pastu sembang punya sembang, rupanya mak uda ada guna..dan bagus katanya...jeng jeng jeng... akhirnya dengan izin Allah, alhamdulillah ku miliki jua Firenzzi Stan Steam Iron..thank you Allah..

mudah sungguh penggunaannya...untuk lengan baju dan seluar, main kepit2 je..sama hasilnya cam kita guna seterika yang biasa..dan baju lebih tahan lama daripada kedutan...lendik je gitu ;)

makanya projek sebelum mula kerja ni, nak gosok semua baju dalam almari tu..dan tiap kali lepas angkat kain, akan digosok terlebih dahulu sebelum simpan dalam almari..nak tiru mak...moga Allah memberi ruang dan kelapangan serta kerajinan buat diri ini untuk merealisasikan hasrat ini, amin...sebelum-sebelum ni macam-macam alasan kasi kat mak...tak sempat la, banyak keje la, penat la, bosan la gosok banyak-banyak sekali...anak bertuah sungguh, kan? hehehe..


dah macam butik, kan? :D puratanya dalam masa setengah jam bleh gosok dalam 5 pasang baju kurung..kalau kain yang mudah gosok, cepat je dah siap..saya tak guna penyangkut yang diberi, leceh..nak kena keluarkan daripada penyangkut sedia ada pastu masukkan plak baju kat penyangkut yang disediakan...so, guna penyangkut sendiri lagi cepat...

sesiapa yang berhasrat nak guna seterika jenis ini, saya amat menggalakkan kalian berbuat demikian..jom pakat-pakat gosok baju...huhu~



Wednesday, December 28, 2011

Celak Mata Dan Bekas Darah diPakaian




Tudung putih »

Assalamualaikum Ustaz...

Saya nak tanya...

1) Kalau sewaktu berwuduk, celak mata tidak padam sepenuhnya...adakah wuduk itu sah?

2) Darah pada pakaian telah diusahakan bersungguh-sungguh untuk membersihkannya tetapi masih terdapat sedikit kesan berwarna. Adakah sah solat sekiranya pakaian ini digunakan ketika bersolat.

Itu sahaja setakat ini...
Sekian, trimas

Assalamualaikum


*********************************************
thtl »

Jawab:

1. Celak dan inai sudah digunakan sejak sebelum Islam lagi dan tiada perbahasan fuqaha' bahawa ia menghalang air wudhu', kecuali ia menggunakan bahan2 baru yg tidak telus air (water resistant) Jika ia menggunakan bahan semula jadi, maka tiada masalahnya (Dr Zaydan, alMufassal, Jld 1)

2. Kesan itu termasuk `umum albalwa' (kesulitan yg dima'afkan) sesuai dgn sifat Islam yg mempermudah dan tidak mempersukar. (Ibid) WaLlahu a'alam


sumber : Soal Jawab Wuduk dan Mandi

~Jang Geum; sumber inspirasi~



assalamualaikum wbt

Ramai sungguh yang demam Korean Drama sekarang ni, kan? Samalah dengan diri ini, kalau boleh hari-hari nak tengok Korean Channel...hehe...Tv Alhijarah turut memuatkan slot drama Korea, dan siri Jewel in the Palace baru sahaja selesai episodnya. Kisah hidup di istana pada masa silam yang merupakan intipati siri ini secara tidak langsung telah membuatkan diri ini memahami serba sedikit dengan sejarah Pemerintahan Korea. Watak utamanya Jang Geum juga telah digarap begitu sempurna.

Kagum sungguh dengan wanita yang bernama Jang Geum ini. Walaupun beliau hanyalah salah satu watak dalam siri drama Jewel in the Palace, tetapi wataknya telah meninggalkan kesan yang mendalam buat diri ini. Watak Jang Geum merupakan sumber inspirasi buat diri ini. Membuatkan diri ini ingin menjadi seperti Jang Geum.

Sifat peribadi Jang Geum yang mengagumkan:
-Lemah lembut tetapi tegas
-Bercakap apabila perlu
-Sentiasa senyum dan bermanis muka
-Sentiasa ingin tahu
-Suka membaca
-Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasannya
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Penyabar
-Bijak menangani masalah

Bolehkah diri yang keras ini menjadi selemah lembut Jang Geum? Bolehkah diri ini menjadi sesabar Jang Geum? Bolehkah diri ini menjadi sededikasi Jang Geum? Orang kata practice make perfect, ye tak? hehehe....

Andai diamati sifat peribadi Jang Geum ini, bukankah inilah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslimah yang solehah? Semua sifat-sifat ini adalah sifat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita selaras dengan kehendak Allah SWT. Moga muslimah semuanya dapat mencontohi Jang Geum dan menjadi insan solehah, amin.

Tuesday, December 27, 2011

Nafsu Muka Buku (cinta muka buku islamic version)

**Iman ku kata..Jika Kau Cintakan aku...Jumpalah Wali ku**




Monday, December 26, 2011

~Pindah lagi~

dari SMKG
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau atau nama ringkasnya SMK Gulau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Gulau.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau terletak sekitar 30 km dari pekan Sik. Sebelum sampai ke sekolah ini anda akan melalui Tasik Beris, iaitu tasik buatan manusia, atau dikenali sebagai Empangan Beris. - wikipedia
ke SMKI
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim or Ibrahim Secondary School (Ibrahim School) is a premier public secondary School in the town of Sungai Petani, in the northern Malaysian state of Kedah. The school is well-known for its excellent academic and co-curricular achievements, and has produced highest scorers in the public examinations in Malaysia. - wikipedia
******************************************

assalamualaikum wbt

Dari SMKG ke SMKI
4 tahun lamanya berkhidmat di SMKG. Apa yang boleh dikatakan, walaupun sekolah ini jauh daripada pekan apatah lagi bandar, namun terlalu banyak pengalaman yang ditimba di sini.  Boleh juga dikatakan SMKG telah mendewasakan diri ini. Dan di daerah itu juga diri ini belajar untuk lebih mengenali diri sendiri, mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Walaupun pada awalnya diri ini hanya menerima separuh hati sahaja apabila dipindahkan untuk berkhidmat di daerah itu, tetapi kini ia lebih sebagai satu rahmat yang tak ternilai daripada Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. 

Kini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, diri ini akan berhijrah ke SMKI. Bukannya naik pangkat atau dipindahkan, tetapi sengaja minta pindah.  Kenapa minta pindah? Saja, hehehe. Jarak SMKG dengan rumah adalah terlalu jauh, agak meletihkan diri ini. Jadi, saja la cuba minta mengajar di sekolah yang dekat sikit dengan rumah. Dengan izin Allah, alhamdulillah dapat SMKI dan agak dekat jugak la dengan rumah.

Cabaran
Bagi diri ini, hidup akan agak bosan tanpa cabaran. Setuju tak? Mula-mula bergelar seorang guru, diri ini telah dihantar untuk berkhidmat ke Negeri Di Bawah Bayu di SMK Batu Sapi, Sandakan. Walaupun tidak berkhidmat di kawasan pedalaman, cabarannya tetap ada. Berjauhan dengan keluarga, berdepan dengan masyarakat yang agak berbeza dengan kita, berbeza bahasa pertuturannya dan terpaksa menguruskan hidup sendiri. 6 tahun jugalah berkhidmat di sana.

Lain pula cabarannya di SMKG. Setiap hari terpaksa menempuh perjalanan sejauh 180km untuk ke sekolah. Berdepan dengan anak-anak kampung yang kurang motivasi untuk ke sekolah. Sebagai seorang guru, diri ini berusaha bukan sahaja mengajar tetapi lebih kepada menarik minat mereka untuk belajar. Semua penat lelah bagaikan hilang, tatkala melihat kejayaan mereka.

Bagaimana pula dengan cabaran di SMKI, ye? Ramai yang mengatakan agak mudah nak mengajar di situ, tak perlu menjerit-jerit marahkan pelajar yang kurang berdisiplin memandangkan ia sebuah sekolah primer. Pelajarnya terpilih. Walau bagaimanapun, diri ini tetap merasakan ia bukan semudah itu. Mungkin agak mudah mengajar anak-anak bandar yang pandai ini, tapi cabarannya adalah lebih terarah kepada guru itu sendiri. Adakah diri ini cukup bagus untuk mengajar mereka? Diri ini perlu perbaiki diri, perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang akan diajar, diri ini perlu menguasai mata pelajaran yang diajar. Akan ku sahut cabaran itu, insyaAllah. 

"Ya Allah, kuatkanlah diri ini menghadapi cabaan-cabaran yang mendatang, Kau bimbinglah aku ya Allah dan Kau permudahkanlah segala urusan ku di SMKI. Amin."










Terima Kasih Allah


assalamualaikum

Segala Puji bagi Allah SWT di atas rahmat Mu yang tidak terkira buat hambaMu ini. Hanya ucapan syukur ALHAMDULILLAH yang dapat diucapkan.


ALHAMDULILLAH kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang harmoni
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan adik-beradik yang penyayang
ALHAMDULILLAH kerana dikelilingi sahabat-sahabat budiman
ALHAMDULILLAH kerana dikelilingi jiran-jiran yang baik hati
ALHAMDULILLAH di atas kesempatan menuntut ilmu Mu
ALHAMDULILLAH kerana dikurniakan kerjaya yang diminati
ALHAMDULILLAH di atas kurniaan keselesaan tempat tinggal  
ALHAMDULILLAH di atas kurniaan keselesaan tempat kerja
ALHAMDULILLAH di atas kehidupan ini
ALHAMDULILLAH di atas nikmat sihat

ALHAMDULILLAH untuk semuanya Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah

Amin...Ya Robbala'lamin..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...