Saturday, January 28, 2012

Apa yang perlu KITA tahu sebelum membeli RUMAH

Apa ye?
Ntah, saya pun tak tahu sangat.
Saya sendiri pun belum beli rumah lagi.
Ramai yang kata elok beli rumah masa tengah muda.
Masalahnya saya ni dah terlajak muda baru rasa teringin sangat nak beli rumah.
Almaklum la dok rumah keluarga, takyah bayar sewa .
Makanya desakan untuk memiliki rumah sendiri adalah sangat rendah.
hehehe

Banyak sangat berfikir dan kurang ilmu, sebab tu la tak beli-beli rumah lagi sampai sekarang ni..Perancangan kewangan yang teruk turut menyumbang kepada faktor lamnbat membeli rumah...asyik terlebih bajet je..hehehe..

Hajat dihati nak beli rumah untuk dijadikan pelaburan..Maksudnya di sini, beli rumah bukan untuk didiami tetapi untuk disewakan...Persoalan yang pertama kat kawasan mana yang sesuai?..Negeri mana?...nanti bila dah beli, takde plak yang nak menyewa, susah jugak kan..Persoalan kedua, nak beli rumah yang jenis macam mana? Persoalan seterusnya, berapakah nilai rumah yang mampu dimiliki? Berapa pula bayaran pinjaman bulanan yang mampu dibayar...Perlu bertanya dengan jabatan mana, bab-bab Perumahan ni? Agak memeningkan, kan?

Makanya saya cuba dapatkan info dan panduan daripada yang lebih arif.  Mujurlah sekarang ni maklumat hanya di hujung jari. Hasil carian saya, yang mungkin juga berguna buat anda yang ingin membeli RUMAH:

Dan anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada EJEN-EJEN HARTANAH yang bertauliah. 

Atau mencari sendiri di dalam talian.

Semunya ada di INTERNET, kita hanya perlu rajin mencari.

Teruskan pencarian anda. 

Semoga urusan pembelian rumah kalian dipermudahkan Allah SWT.

Sila sediakan wang kecil

Papan tanda 'Sila sediakan wang kecil' selalunya diletakkan di dalam bas dan beberapa pengangkutan awam yang lain, kan? Selalunya juga, penjual atau juruwang akan bertanya "Ada duit kecil tak? Dan selalunya kita akan korek-korek dalam dompet untuk mencari syiling yang diminta itu, kan?

Sejak 2 tahun yang lalu saya jarang bagi..hehehe...Nak tau kenapa?

Sebabnya saya menjadikan menyimpan duit syiling atau lebih tepat lagi, menabung sebagai hobi.
Ia juga merupakan antara hobi yang menguntungkan, tau...sejak kecil lagi memang suka menabung...tapi bila dah dewasa ni agak jarang nak menabung sebabnya dah tak dapat duit syiling tuk belanja sekolah...ye la kan, asyik dapat duit kertas je tiap-tiap bulan, hehehe...



Secara tak sengaja, 2 tahun lepas terbaca artikel Dr. Irfan Khairi. Beliau menyarankan agar jangan bagi duit syiling kepada penjual sebaliknya simpan. Bila difikirkan semula, agak menarik juga idea yang diutarakan. 

Masa mula-mula aplikasikan idea ni, rasa serba salah sangat sebabnya bila penjual atau juruwang bertanya "ada 20sen tak?" misalnya, saya akan menjawab "takde la" walaupun pada hakikatnya ada dalam dompet tu. Sungguh tidak beretika apabila berbuat demikian, kan? Allah lagi la tak suka. Ye la, menipu dan tak jujur, kan? 

Penyelesaiannya mudah je. Setiap kali balik daripada berbelanja, terus kosongkan dompet tu. Isikan semua syiling yang ada ke dalam tabung. Makanya, apabila keluar berbelanja kemudiannya saya tak perlu lagi berbohong. Kalau tak sempat kosongkan dompet, saya takkan bagi duit syiling selagi penjual tak minta. 

Secara puratanya jumlah tabungan yang akan kita perolehi dalam setahun adalah kira-kira RM150-RM200. Bagus, kan? Kita masih lagi berbelanja seperti biasa tapi dalam masa yang sama kita masih dapat menyimpan sejumlah wang. Sekarang ni setiap kali menyimpan duit syiling, pihak bank akan bertanya "Berniaga, ke?" (>.<)

Terima kasih Dr. Irfan Khairi di atas idea yang bernas itu. 

Kawan-kawan sekalian, 'Sila sediakan wang kecil' untuk TABUNG anda!


Friday, January 20, 2012

Tiada masa untuk berdoa?




Hayatilah Al-fatihah dan maknanya di dalam setiap rakaat solat fardhu kita dengan rasa rendah diri,mengharap dan memohon hanya kepada Allah S.W.T.

[credit:AhmadRaherOsman]

sumber: mukabuku

Pendaftaran Haji



HAJIStatus Pendaftaran Haji Tahunan (Pendaftaran)
Pendaftaran Haji Dalam Negara

Sistem Pendaftaran Haji Terbuka
Pendaftaran haji boleh dibuat pada bila-bila masa dan bukan untuk tahun semasa sahaja. Bakal Haji (pendeposit) boleh mendaftar untuk tahun semasa atau mana-mana tahun ke hadapan yang dipilihnya. Namun demikian, sekiranya pendaftaran untuk tahun yang dipilih itu telah penuh (telah mencapai jumlah kuota jemaah haji Malaysia semasa) bakal haji akan ditentukan tahun berikutnya yang masih kosong.
1. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH  atau melalui laman web TH  di Pendaftaran Haji Secara Online dengan syarat-syarat berikut:
  • ◊ Pendeposit TH.
  • ◊ Mempunyai baki simpanan tidak kurang dari RM 1,300.00.

2. BAYARAN PERKHIDMATAN PENDAFTARAN

Amaun RM 100.00 akan ditolak daripada akaun pendeposit sebaik sahaja pendaftaran diterima.

3. BAKAL HAJI YANG LANJUT USIA

Bakal haji yang lanjut usia iaitu yang berumur 70 tahun dan ke atas hendaklah ditemani oleh  seorang pengiring  terdekat  yang  akan  mengaku  untuk  bertanggungjawab  sepanjang  masa  menjaga kebajikan dan menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci. Butir - butir  pengiring hendaklah dicatat dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji.
4. KEPERLUAN MAHRAM
Seorang wanita hendaklah mendaftar bersama mahramnya atau beberapa wanita yang dipercayai sekurang-kurangnya tiga orang.

5. KOS HAJI DAN BAYARAN HAJI
Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.
Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Bayaran Haji bagi musim haji 1432H adalah seperti berikut:
JEMAAHWARGA MALAYSIA
(BELUM TUNAI HAJI)
WARGA MALAYSIA
(PERNAH TUNAI HAJI)
PERMASTAUTIN
TETAP
MuassasahRM9,980RM14,340RM14,340
Kos Haji langsung bagi musim 1432H adalah berjumlah RM14,340 seorang. Bagi musim 1432H, Bayaran Haji bagi bakal haji yang akan menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM4,360 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
·
         kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
·
         
kos berkaitan kursus haji, 
·
         
kos petugas haji kebajikan dan perubatan, 
·
         
kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
·
         
kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
6. WANG UNTUK PERBELANJAAN DI TANAH SUCI
Setiap bakal haji perlu menyediakan wang dengan jumlah yang berpatutan untuk  memenuhi  sebarang keperluan peribadi tidak termasuk perbelanjaan makan minum dan perkhidmatan yang disediakan. Wang  ini boleh  dimasukkan  ke  dalam  akaun  TH  untuk  dikeluarkan  di  Makkah  dan Madinah.

7. PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih, dalam bulan Sya'aban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti meningitis. Berkuasa wajib haji ialah berkuasa dari sudut kesihatan telah lulus pemeriksaan kesihatan.
8. PENDEPOSIT YANG TIDAK SIUMAN
Mereka yang tidak siuman, tidak dibenarkan mendaftar haji kerana ia tidak wajib mengerjakan haji.
9. PENGECUALIAN TANGGUNGAN TH
TH tidak akan bertanggungjawab apa jua jenis kemalangan termasuk kehilangan, kelewatan, bencana alam termasuk banjir, kebakaran,  rusuhan, peperangan, ribut, gempa bumi dan apa  jua  jenis  kesusahan,  kesulitan,  ketidakselesaan  dan seumpamanya  yang  dialami  dalam  masa  jemaah  haji menunaikan fardhu haji termasuk juga semasa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan tubuh  badan atau  harta  benda,  dan  jemaah  juga  adalah terhalang dari mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan tuntutan atau pampasan ganti rugi terhadap TH berikutan dari apa juga perkara yang berbangkit atau yang berpunca dari kemalangan tersebut.
10. PENUNDAAN TAHUN HAJI
Bakal haji yang ingin membuat pembatalan atau pertukaran tahun haji hendaklah mengisi borang (JH/BP/02 - Borang Permohonan Pembatalan Pendaftaran Haji) atau (JH/BP/03 - Borang Permohonan Pertukaran Tahun Haji) yang boleh didapati di Pejabat Cawangan TH Haji untuk diproses pembatalan atau pertukaran (penundaan) tahun haji tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1. Membenarkan TH memotong wang daripada akaun simpanan, sekiranya pembatalan/pertukaran (penundaan) dibuat pada tahun bakal haji "Terpilih" menunaikan fardhu haji seperti syarat-syarat berikut:-
KATEGORI
RASIONAL
PENGIRAAN DENDA
AMAUN DENDA
I
Masih berada pada tahap awal (iaitu dalam masa 2 bulan sebelum penerbangan pertama) dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah gantian adalah tinggi. Kadar rendah sebanyak 5% adalah memadai bagi menampung kos prosesan dan perkhidmatan yang telah disediakan.
 
5% daripada amaun Wang Naik Haji ( WNH )Muassasah tahun berkaitan*.
RM 450.00



II
Telah berada di tahap pertengahan (iaitu dalam masa sebulan sebelum penerbangan pertama) di mana jadual penerbangan telah disediakan dan diedarkan. Kadar sederhana sebanyak 20% dipilih kerana tambang penerbangan adalah sekitar 40% hingga 50% daripada WNH sebenar dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah gantian adalah sederhana
20% daripada amaun WNH Muassasah tahun berkaitan.
RM 1,800.00



III
Telah berada di tahap kritikal (iaitu kurang daripada sebulan sebelum penerbangan pertama) di mana visa telah dikeluarkan. Kadar tinggi sebanyak 40% dipilih kerana komponen tambang kapal terbang dan kos penginapan mewakili sekitar 75% hingga 85% daripada kos WNH sebenar dan kebarangkalian untuk mendapatkan jemaah dan visa gantian adalah sederhana.
40% daripada amaun WNH Muassasah tahun berkaitan*.
RM 3,600.00
*  WNH berdasarkan kadar bagi Muassasah dewasa daripada Semenanjung di mana amaun akan dibundarkan kepada RM 50 atau RM 100 terhampir.

2. Mengemukakan surat / dokumen perakuan dan sokongan dari pihak berkuasa seperti Mahkamah dan Pegawai Perubatan Kerajaan bagi pembatalan yang berkaitan.

3. Jika pembatalan kerana meninggal dunia, waris hendaklah melaporkan kepada TH  yang berhampiran dengan mengisi borang (JH/BP/02) dan menyertakan salinan sijil kematian. Pembayaran balik wang simpanan (pesaka) si mati adalah tertakluk kepada syarat pembahagian pesaka mengikut hukum syarak atau rekod Pemegang Amanah di TH.

TH berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung di dalam laman ini jika perlu tanpa memberi sebarang notis.
NOTA: Maklumat ini tertakluk kepada pindaan akhir.



p
p/s: owh! begitu..jom pakat2 daftar hajip/

Saturday, January 14, 2012

"Jom main BASIKAL"

Setahun dua ni, memang popular sungguh aktiviti BERBASIKAL ni, kan?...masa kecik2 dulu kita akan ajak kawan kat sebelah rumah atau setaman atau sekampung "Jom main basikal"...sekarang ni aktiviti BERBASIKAL bukan tuk bebudak je tapi lebih popular dikalangan orang dewasa...semuanya demi untuk kesihatan...yang remaja plak lebih suka aktiviti bermotorsikal sambil lepak2 kat tepi simpang...terbalik plak ye..

Diri ini bukannya suka bersukan sangat...kalau beli basikal yang kat atas tu cam nak bersukan rasanya, jadi stress plak nanti...makanya demi kesihatan, beli gak basikal..tapi bukan basikal yang kat atas tu ye..yang kat bawah ni...siap ada bakul lagi...hehehe...bleh la kayuh ke kedai, pasar, pusing2 taman bersiar-siar...takde la rasa stress sangat sebab bukannya bersukan...ekekekeke

"Jom main BASIKAL"

buah hati ku~ Eternal Raleigh




Bahan yang tidak boleh diKITAR SEMULA dan cara mengGUNAkannya SEMULA


Kertas
  • Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan
  • Pinggan kertas
  • Tisu muka
  • Kertas carbon
  • Lampin
  • Buku berkulit tebal
  • Kotak susu
  • Kertas disaluti lilin/plastik
  • Bekas makanan beku
  • Tuala kertas
Kaca
  • Gelas minum
  • Kaca tingkap
  • Cermin Mentol
  • Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta.
  • Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
  • Botol legap putih
  • Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.
  • Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah, kaca untuk ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu berwarna.
Aluminium
  • Tin aerosol
  • Tin cat
  • Penggantung baju
  • Bahan perubatan
  • Penapis minyak
Plastik
  • Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas marjarin
  • Bekas makanan yang dibuat dari plastik
  • Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun
Lain-lain
  • Bahan letupan
  • Asbestos
  • Lampu kalimantang
  • Bateri
  • Bahan perubatan
  • Bahan-bahan radioaktif

    mcm2 yang kita boleh buat dengan BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA ini...
    cuba amati video berikut:




    KITAR SEMULA DI RUMAH ANDA?
    • Kitar semula dirumah adalah sangat penting. Jumlah sampah yang dikumpulkan di sesebuah kawasan penempatan adalah sangat besar .
    • Lebih banyak kita kitar semula, lebih banyak jugalah kita menjimatkan pembuangan sampah dan pihak Majlis dapat mengurangkan perbelanjaan pengurusan sampah.
    Asingkan sampah
    • Perkara yang paling senang dilakukan ialah mengasingkan sampah. Letakkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula di dalam satu tong dan sampah lain dalam tong yang lain. Bahan yang boleh dikitar semula seterusnya akan diasingkan mengikut kategori. Pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat pengumpulan.


      p/s: begitu rupanya..sebelum ni, entah apa2 la yang dimasukkan dalam tong KITAR SEMULA kat rumah...hihihi..itulah wahai diri, nak kitar semula pun perlu ada ILMU tau...jom pakat2 mulakan KITAR SEMULA di rumah kita....insyaAllah

Friday, January 13, 2012

Cikgu PJK


assalamualaikum wbt

Sebelum-sebelum ni pernah jugak mengajar Pendidikan Jasmani & Kesihatan tapi takde la cam tahun ni..biasanya 2-4 waktu seminggu je...tahun ni 8 waktu seminggu, tau..dalam seminggu tu sehari je berbaju kurung, hari-hari lain berpakaian sukan...makanya ramai yang ingat diri ini opsyen pendidikan sains sukan..."memang ngajar PJK ke?"...hehehe.."ni pakar PJK ni" usik kawan2..

Owh! Jangan tak tau, disebabkan berpakaian sukan dan berada di padang saban hari...ada yang melamar untuk jadi Jurulatih Bola Jaring..."Wada pandai main bola jaring ye?"tanya kakak di hadapan meja.."tak pandai la kak" balas diri ini..."tadi kat padang, tengok you ajar diaorg main, ingatkan boleh la jadi jurulatih"..."bagi je diaorg main, tu pun takde peraturan" hehehe.. mungkin akak ni nampak masa diri ini baling bola kat budak, pastu suruh diaorg cuba jaringkan gol...itu pun sebab nak habiskan masa..huhu

bukan tu je..

diri ini juga ditugaskan sebagai salah seorang Guru Penasihat Senamrobik..dan Ketua Guru Penasihat ingatkan bahawa diri ini pandai dan boleh mengajar senamrobik pada ahli kelab.."You nampak athletic..and I thought you can teach them aerobic" katanya.. Allahuakhbar!! mana la pandai ngajar, ikut buat sama pandai la..ahaks

Ada rakan sekerja yang prihatin mencadangkan agar berjumpa dengan pentadbir dan minta ditambah mengajar kelas kimia dan sains memandangkan memang opsyen kimia dan berpengalaman mengajar sains...setakat ni dapat mengajar satu kelas kimia je..yang selebihnya PJK dan Sivik..thanks kawan di atas saranan itu..tetapi diri ini memilih untuk 'diam'.

Setakat ini, diri ini 'terima' segala amanah yang diberikan dengan lapang dada, insyaAllah...mungkin ada hikmahnya..Syukur kepada Allah...buat masa ini juga amanah yang diberikan dapat digalas dan tanpa rasa terbeban.."moga Allah memudahkan tugas2ku ditempat baru ini"..Amin...

Ubah Cara Berfikir
Sebelum ni bila dapat je ngajar PJK mesti ada sekelumit rasa kurang selesa di hati kecil ini...bukan apa, sebab utamanya malas nak tukar baju, agak leceh...budak pun ramai yang tak nak salin T-shirt..penat melayan kerenah bebudak tu..pastu tak pandai nak mengajar...balik2 suruh budak main bola jaring...bukan setakat budak yang bosan, cikgunya lagi la bosan...

Mulai hari pertama ngajar PJK tahun ni, dah berazam nak buang jauh2 rasa tak selesa tu..kalau awal2 lagi rasa tak seronok, nanti2 stress la plak kan...makanya diri ini cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif..pekeliling baru banyak membantu...cikgu & pelajar tak perlu salin T-shirt sehingga waktu balik, syukur alhamdulillah..makanya semua pelajar takde masalah untuk memakai T-shirt..selesai satu masalah..

tapi bila difikirkan balik...bagus gak dapat ngajar PJK ni..4X seminggu dapat berjoging & brisk walk ngan bebudak..main badminton dll...seminggu sekali ada latihan senamrobik..kawasan sekolah pun agak luas..kalau terlupa barang kat bilik guru puas gak la berjalan berulang alik..cukup bagus untuk diri ini yang memang berhasrat untuk mulakan amalan gaya hidup sihat tahun ni...ini merupakan satu rahmat daripada Allah SWT..thank you Allah..

p/s: ada rombakan jadual..mula minggu depan dapat mengajar 2 kelas Kimia..alhamdulillah..kelas lain tetap sama..PJK tetap 4X seminggu.. ;)









Monday, January 2, 2012

Kemanisan Ibadah

Jika kita tidak merasakan kemanisan solat, membaca Quran, puasa, zakat dan berbuat baik, ianya satu hukuman dari Allah buat kita. Tanyalah diri samaada kita suka, atau sama ada kita merasa berat melakukan ibadah kepadaNya? Kadangkala untuk membalas kejahatan dan dosa, Allah memberikan azab dengan, MENARIK DARI KITA MERASAKAN KENIKMATAN BERIBADAH. Ya Allah jauhkanlah, moga hati ini sentiasa menantikan tiba waktu solat, tenang bersujud, riang membaca Quran dan benci dengan kejahatan, mengeji, menghina orang lain. - Wardina Safiyyah - (klik sini)



Sunday, January 1, 2012

~Syukur Alhamdulillah 01012012~




assalamualaikum wbt

"Jika kamu bersyukur pasti akan aku tambah (nikmat-Ku) untukmu dan jika kamu kufur maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih". Firman Allah Q.S. Ibrohim (14): 7

Begitulah firman Allah SWT kepada kita, hambaNya...Moga diri ini menjadi insan berjiwa hamba..insan yang sentiasa bersyukur dengan semua nikmatNYa dan moga Allah terus merahmati diri ini dan keluarga...Tiada apa yang diharapkan oleh hambaMu ini melainkan rahmat daripadaMu..Ya Allah...

“YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU; KARENA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH MAHA PEMBERI (KURNIA)”.

Amin..Ya Robbala'lamin..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...