Friday, February 10, 2012

Musim Panas


Termometer menunjukkan 32 darjah celsius...Ouch! Panasnya...Pening-pening lalat rasanya...'Raleigh Eternal' tersadai je kat situ, sebab tuannya tak mampu nak menghadapi panas terik sang mentari...
Alangkah bahagianya andai dapat berendam dalam air, kan? Nak plak air terjun camni...Owh! nikmatnya..
Mengikut seperti yang dilaporkan oleh laman Berita Harian Net, "Suhu panas yang melanda ibu negara ketika ini adalah disebabkan Semenanjung Malaysia berada dalam separuh kedua fasa monsun timur laut 2011/2012, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia." (baca berita selanjutnya). Kiranya Kedah pun sama la, kan?
Makanya kawan2 semua, jagalah diri bebaik ye. Berikut saya kongsikan artikel yang amat berguna buat kita semua untuk menghadapi cuaca PANAS ni...

Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
  • Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Komplikasi (kerumitan)
Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?
Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.
Pencegahan
Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas?
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan:
Perlu
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Jangan/ tidak perlu
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?
Ingat tip–tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Meregangkan otot-otot yang terlibat
  • Letakkan bungkusan ais/air batu
  • Minum air setiap 15 minit
  • Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:
  • Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
  • Kekeliruan/kebingungan
  • Kerap muntah
  • Susah bernafas
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di;
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
Tel: 03-88836481
Email: drsirajuddin@moh.gov.my
Hiperlink (pautan)
http:/www.lapdonline.org/bldg_safer_comms/prevention/hot.htm
http://familydoctor.org/088.xml
http://www.parasolemt.com.au/Manual/environmentconditions.asp
sumber asal: www.myhealth.gov.my

Wednesday, February 8, 2012

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri


sumber: mukabuku

Tak selalu mampu untuk bangun sebelum subuh..terkadang lalai dalam menjaga kebersihan...sering pula terlebih makan...lebih suka naik kenderaan daripada berjalan kaki..cepat marah walaupun dengan hal2 yang kecil...adakala sering berputus asa dan tidak optimis...mungkin ada juga terselit perasaan iri hati dan mungkin juga boleh memaafkan tetapi sukar untuk melupakan..wahai diri, jagalah diri mu..sebagaimana amalan Rasululullah SAW.

~Menanti Coretan dari 'wageningenotes dot blogspot'~

~Assalamualaikum~

Setahun lamanya diri ini menanti coretan dari 'wageningenotes dot blogspot'. Langsung tiada coretan ataupun kemaskini daripada tuan punya blog. Diri ini terus menanti dan menanti. 

Beliau merupakan coursemate semasa kami sama2 berada di Tahun Satu di UTM dahulu. Semasa belajar kami kurang rapat memandang tahun-tahun berikutnya kami berada di kelas yang berlainan. Beliau memilih fizik manakala diri ini memilih kimia sebagai subjek utama. 

Setelah agak lama terpisah, kami bertemu semula secara maya dengan izin Allah. Bermula dengan facebook kemudiannya diri ini menjadi pengikut blog beliau secara senyap. Memandangkan diri ini baru bermula berkecimpung dalam berblog ketika itu, maka blog beliau merupakan salah satu blog rujukan bagi diri ini. Beliau mencatatkan rentetan perjalanan kehidupannya sekeluarga di negara asing; Holland, Belanda. Bertuah sungguh dirinya dapat menjejakkan kaki dan tinggal di negara asing, detik hati ini. Beliau mengikuti suaminya yang menyambung pelajaran di sana. 

Diri ini agak sibuk ketika itu dan langsung tidak sempat untuk bertanya khabar berita sahabat2. . Tatkala catatan blognya terhenti pada 'First scan',diri ini memikirkan yang beliau sibuk menguruskan kehidupan sekeluarga malahan pula telah berbadan dua diketika itu. Khabar berita diperoleh daripada sahabat lain mengatakan yang beliau sekeluarga telah kembali ke tanah air. Mungkin beliau sibuk agaknya, bisik hati ini.

Diri ini terus menanti beliau memuat naik gambar anak bongsunya, mesti comel! Tapi lain khabar berita yang ditunggu, lain pula khabar yang diperolehi. Beliau disahkan mengidap SLE. Beliau masih berada di unit CCU, HUSM sekarang ni. Perasaan sedih dan pilu masih menyelubungi diri ini. Sebak rasanya ketika melawat beliau pada hari Maulidur Rasul yang lalu. Hanya Allah yang tahu, betapa sakitnya yang ditanggung beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit sahabat ku ini...berilah kekuatan padanya agar dia kuat mengharungi ujian Mu ini...amin Ya Robbal a'lamin."

p/s: fiza aku doakan ko cepat sembuh dan dapat meneruskan coretanmu di 'wageningenotes dot blogspot'...aku akan terus menanti, wahai sahabat.




Formula Mengubati Mulut Celupar Dari Rasulullah S.A.W


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.


Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”


Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.


Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Saturday, February 4, 2012

~rapuh~


Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
powered by lirik lagu indonesia



**ampunkan aku Ya Allah

~Lama sudah aku menanggung rindu~


Peneraju program Law Kana Bainana sering bertanyakan kepada orang ramai 'Andai anda berpeluang bertemu Rasulullah SAW, apakah yang anda katakan kepada baginda?'
Mungkin ini yang akan diri ini katakan kepada baginda  " Lama sudah aku menanggung rindu padamu Ya Rasulullah" dengan rasa sebak yang mencengkam seluruh jiwa. Seperti bait-bait lagu berikut

Tholama Asyku Gharomi






Bersempena Maulidur Rasul yang akan kita sambut pada 12 Rabiulawal 1433H (05 Februari 2012M) marilah kita bersama-sama berselawat ke atas baginda, tanda KASIHnya kita dan RINDUnya kita kepada baginda Rasulullah terCINTA


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagaiMaulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. (sumber : wikipedia)

SEMPATKAH KAMI BERTEMU DENGANMU YA RASULULLAH? 


Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...