~Assalamualaikum~
Beliau merupakan coursemate semasa kami sama2 berada di Tahun Satu di UTM dahulu. Semasa belajar kami kurang rapat memandang tahun-tahun berikutnya kami berada di kelas yang berlainan. Beliau memilih fizik manakala diri ini memilih kimia sebagai subjek utama.
Setelah agak lama terpisah, kami bertemu semula secara maya dengan izin Allah. Bermula dengan facebook kemudiannya diri ini menjadi pengikut blog beliau secara senyap. Memandangkan diri ini baru bermula berkecimpung dalam berblog ketika itu, maka blog beliau merupakan salah satu blog rujukan bagi diri ini. Beliau mencatatkan rentetan perjalanan kehidupannya sekeluarga di negara asing; Holland, Belanda. Bertuah sungguh dirinya dapat menjejakkan kaki dan tinggal di negara asing, detik hati ini. Beliau mengikuti suaminya yang menyambung pelajaran di sana.
Diri ini agak sibuk ketika itu dan langsung tidak sempat untuk bertanya khabar berita sahabat2. . Tatkala catatan blognya terhenti pada 'First scan',diri ini memikirkan yang beliau sibuk menguruskan kehidupan sekeluarga malahan pula telah berbadan dua diketika itu. Khabar berita diperoleh daripada sahabat lain mengatakan yang beliau sekeluarga telah kembali ke tanah air. Mungkin beliau sibuk agaknya, bisik hati ini.
Diri ini terus menanti beliau memuat naik gambar anak bongsunya, mesti comel! Tapi lain khabar berita yang ditunggu, lain pula khabar yang diperolehi. Beliau disahkan mengidap SLE. Beliau masih berada di unit CCU, HUSM sekarang ni. Perasaan sedih dan pilu masih menyelubungi diri ini. Sebak rasanya ketika melawat beliau pada hari Maulidur Rasul yang lalu. Hanya Allah yang tahu, betapa sakitnya yang ditanggung beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit sahabat ku ini...berilah kekuatan padanya agar dia kuat mengharungi ujian Mu ini...amin Ya Robbal a'lamin."
p/s: fiza aku doakan ko cepat sembuh dan dapat meneruskan coretanmu di 'wageningenotes dot blogspot'...aku akan terus menanti, wahai sahabat.
No comments:
Post a Comment