Friday, February 10, 2012

Musim Panas


Termometer menunjukkan 32 darjah celsius...Ouch! Panasnya...Pening-pening lalat rasanya...'Raleigh Eternal' tersadai je kat situ, sebab tuannya tak mampu nak menghadapi panas terik sang mentari...
Alangkah bahagianya andai dapat berendam dalam air, kan? Nak plak air terjun camni...Owh! nikmatnya..
Mengikut seperti yang dilaporkan oleh laman Berita Harian Net, "Suhu panas yang melanda ibu negara ketika ini adalah disebabkan Semenanjung Malaysia berada dalam separuh kedua fasa monsun timur laut 2011/2012, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia." (baca berita selanjutnya). Kiranya Kedah pun sama la, kan?
Makanya kawan2 semua, jagalah diri bebaik ye. Berikut saya kongsikan artikel yang amat berguna buat kita semua untuk menghadapi cuaca PANAS ni...

Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
  • Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Komplikasi (kerumitan)
Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?
Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.
Pencegahan
Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas?
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan:
Perlu
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Jangan/ tidak perlu
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?
Ingat tip–tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Meregangkan otot-otot yang terlibat
  • Letakkan bungkusan ais/air batu
  • Minum air setiap 15 minit
  • Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:
  • Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
  • Kekeliruan/kebingungan
  • Kerap muntah
  • Susah bernafas
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di;
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia
Tel: 03-88836481
Email: drsirajuddin@moh.gov.my
Hiperlink (pautan)
http:/www.lapdonline.org/bldg_safer_comms/prevention/hot.htm
http://familydoctor.org/088.xml
http://www.parasolemt.com.au/Manual/environmentconditions.asp
sumber asal: www.myhealth.gov.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...