Sunday, July 31, 2011

TV ALHIJRAH


Latar Belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Kesan Penubuhan TV AlHijrah
  • TV AlHijrah mampu memainkan peranan ke arah perpaduan masyarakat di negara ini selari dengan kehendak Islam yang menganjurkan perpaduan sejagat. Kesemua bangsa tanpa mengira amalan kebudayaan, fahaman politik dan agama dikehendaki hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
  • TV AlHijrah menyediakan masa yang cukup untuk penonton memilih program berunsurkan agama serta memberi slot waktu perdana untuk kandungan Islam.
  • Penubuhan TV AlHijrah adalah antara cara yang berkesan untuk memberi penjelasan yang berterusan dan berpanjangan mengenai Islam yang syumul yang diperkenalkan di negara ini.
  • TV AlHijrah memberikan pilihan terbaik kepada masyarakat Islam untuk menambah maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan Islam dan pengetahuan am.
  • TV AlHijrah menjadi sebuah institusi pendidikan Islam tidak formal yang akan membentuk keperibadian mulia umat Islam dengan penyediaan program-programnya yang menarik, berkualiti dan bermoral.
  • TV AlHijrah akan menjadi pemangkin ajaran Islam yang benar. Pelaksanaan ajaran Islam yang tidak betul adalah berpunca dari pengambilan maklumat dari sumber yang salah. Dengan itu masyarakat Islam hendaklah didedahkan seluas mungkin ajaran Islam sepertimana yang dianjurkan Rasulullah SAW.

sumber>>http://www.tvalhijrah.com/

moga saluran ini tetap dengan konsep asalnya selamanya, insyaAllah..dan kita semua mendapat lebih banyak pilihan untuk menonton dan mendalami ilmu Islam dalam masa yang sama..alhamdulillah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...