Sunday, May 6, 2012

ALBUM KEHIDUPAN: Jelajah Negeri Perlis Indera Kayangan

Februari 2012
 Apa-apa hal pun, sarapan dulu
Perjalanan diteruskan menuju ke Negeri Perlis
Jalan agak mencabar
terus ke Taman Negeri Perlis

meninjau Peta Taman Negeri Perlis - Ekspedisi Gua Wang Burma
macam seronok je ni


Penerangan diberikan oleh Pegawai yang bertugas
Ekspedisi pun bermula
berdasarkan peta ni, macam ok je perjalanannya
Guide memaklumkan perlu mendaki bukit untuk ke Gua Wang Burma. Apa? Mendaki? Jangkaanku meleset. Ku fikir hanya berjalan di jalan tar seperti tadi je.
Cabaran pun bermula..owh! 700m je..
Baru suku perjalanan semua pun dah penat. Guide menunjukkan pokok Tongkat Ali
pokonya seperti payung

cendawan liar yang sempat dirakamkan semasa berehat
kami merupakan kumpulan pertama yang sampai di depan Pintu Gua Wang Burma Satu 
(sebab kami yang mula berjalan dulu..hehe)
berehat sambil menunggu rakan2 yang lain
bergambar dengan anak2 didik di depan Gua

penerokaan gua pun bermula
masyaAllah, indahnya stalactite dan stalagmite (seperti tulang belakang)
masyaAllah, indahnya stalactite dan stalagmite (hampir bercantum)
masyaAllah, indahnya stalagmite (baru terbentuk)
perlu merangkak masuk ke ruangan yang lebih dalam
bergambar di dalam gua bersama Miss Leong (Guru Penasihat Persatuan Geografi) dan anak2 didik - berpeluh sakan (",)
ahli2 persatuan Geografi yang kepenatan dan teruja
sesi bergelap; keadaan menjadi terlalu gelap selepas semua lampu suluh dimatikan, tiada apa yang boleh dilihat walaupun dengan mata yang terbuka luas 
(membuatkan kita terbayang seperti berada di alam kubur- insaf)
hembusan angin membentuk torehan2 di dinding gua

subhanallah, besar sungguh kekuasaan MU
Karung plastik berisi Tahi Kelawar yang telah berada di situ sejak tahun 50an lagi menunjukkan gua ini pernah menjadi tumpuan pencari Tahi Kelawar sebelum ia diwartakan oleh Kerajaan Negeri
hanya ada 1 cara untuk masuk ke kawasan ini - turun menggunakan tali 
(saya hampir terjatuh)

agak mencabar dan alhamdulillah semua pun berjaya menuruni cerun ini

Pasir pantai di dalam gua menandakan bahawa kawasan ini berkemungkinan besar 
adalah pantai satu ketika dahulu.

batu2 yang melekat di syiling gua- menakjubkan, subhanallah
meredah air pula sambil berjalan itik
dinding gua seperti dihiasi kristal 
(sudah tentu ia kaya dengan garam mineral)
masyaAllah, indahnya ciptaan Mu
syukur alhamdulillah, akhirnya berjaya keluar di pintu Gua Wang Burma Dua
semua berehat sambil membersihkan kasut yang berpasir
terdapat air terjun di depan pintu gua
berjalan dangan menuruni cerun 
 meninjau Arked Pekan Sehari Wang Kelian

 masing2 dah menukar ke pakaian yang lebih kasual
 walaupun penat, window shopping tetap on
 menjamu mata

 Encik Pemandu Bas, berkeras jugak nak bawa kami ke Rimba Herba Perlis
 Apa? kena berjalan lagi? kami betul2 penat masa ni dan lapar
ye lah..jalan pun jalan la

 pelbagai jenis herba ada di sini 
 agaknya kalau dikira dengan pendakian pagi tadi dah 
capai 10K langkah ni..hehe

Selepas itu kami berhenti makan di sebuah gerai di Pekan Kangar. 
Walau bagaimanapun, gambar setakat ini sahaja. 
Bateri kamera dah habis masa tu..hehe


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...