سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Sunday, January 27, 2013
PERKONGSIAN: Teknik Turunkan & Kekalkan Berat Badan
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Sunday, January 20, 2013
PERKONGSIAN: Cara Saya Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL :)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum & salam sejahtera~
Lazimnya apabila membaca NOVEL, perasaan kita kita seakan-akan terbuai dan tenggelam dalam keasyikan cerita. Mana tidaknya, 90% cerita NOVEL di pasaran didasari dengan kisah CINTA. Siapa yang tidak suka dengan CINTA, betul tak? Tapi MUSLIMAH, jangan LUPA! berCINTAlah seMAHUnya selepas AKAD, ok? :) ...lebih afdal :p
Memandangkan HATI kita akan terbuai-buai dan sentiasa terawang-awang tatkala membaca NOVEL, apa kata kita cuba Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL :)
MUSTAHIL?
Apa pulak mustahilnya. Ya! Kita tak mampu nak menjadikan kehidupan kita seINDAH cerita NOVEL kerana ia semua dalam perancangan Allah S.W. T tetapi kita mampu menCORAkkan cara kita meLALUinya.
SETUJU?
Cerita NOVEL tu pun bukannya GEMBIRA je, kan? Ada jugak babak yang SEDIH2, EMOSI dan TRAGEDI. KeHIDUPan kita pun macam tu jugak, kan? Kesimpulannya, keHIDUPan kita ni pun macam cerita NOVEL jugak. Bezanya bagaimana kita meLALUinya.
Cara saya
Lakarkan keHIDUPan seINDAH cerita NOVEL
- Positif
POSITIFkan PEMIKIRAN dalam apa jua keadaan.
- Senyum
sentiasa terSENYUM dan cuba untuk SENYUM walaupun HATI tengah gundah gulana.
- mendengar LAGU OST atau apa sahaja
Pilih lagu2 yang mebuatkan hati anda terbuai-buai dan dengarlah masa tengah tension
atau masa tengah bekerja atau masa berjogging atau pada bila-bila masa
yang anda suka, kemudian berangan seolah-olah anda berada dalam cerita
tersebut...hehehe
[seeloknya pakai earphone agar tidak mengganggu orang yang lain]
- Redha
Serahkan segalanya kepada ALLAH S.W.T kerana perancanganNYA adalah yang
terbaik.
tiada yang SEMPURNA kecuali ALLAH S.W.T
PERKONGSIAN: Makan NASI kalau nak KURUS [cara HERBALIFE]
HARGA RUNTUH!!!!! untuk semua produk HERBALIFE
~dapatkan segera sementara STOK masih ada~
SMS/ WhatsApp: wada (0135292584)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum & salam sejahtera~
Betul! Tajuk saya tu betul belaka. Tak tipu.
Makan NASI kalau nak KURUS [cara HERBALIFE]
~Perbualan antara SAYA dengan JURULATIH~
JURULATIH: Ai! Tak turun banyak minggu ni.
SAYA: Tu la minggu pertama, 4 hari je dah turun 1.5kg. Sekarang tak turun plak :(
JURULATIH: You ada bersenam? Makan ikut Jadual yang saya bagi?
SAYA: Ada, 30-45minit sehari. Saya ikut jadual. 4 hari ni saya tak makan nasi, saya makan sandwich.
JURULATIH: Ai! Kenapa tak makan NASI? Patut la. You kena makan NASI.
SAYA: Saya makan ROTI WHOLEMEAL, 2 keping je. Kenapa tak boleh?
JURULATIH: Dalam ROTI ada serbuk penaik dan dia akan mengurangkan pembakaran lemak. Karbohidrat dalam NASI lebih baik untuk pembakaran lemak.
SAYA: oh! ye ke. Bukan NASI yang memperlahankan pembakaran lemak ke?
JURUKATIH: Ye. Macam saya, kalau makan NASI lagi cepat pembakaran lemak. Nanti makan NASI, ok.
SAYA: okeh. :)
Ini la dia JADUAL PEMAKANAN yang diberikan oleh JURULATIH saya. Saya ambil SHAKE semasa SARAPAN dan MAKAN MALAM. Makanya saya MAKAN TENGAH HARI seperti biasa. Tak kisah sebenarnya nak ambil SHAKE ni waktu MAKAN bila pun yang pentingnya 2 kali sehari. Ikut ketahanan masing-masing.
Kita perlu BIJAK semasa memilih menu untuk MAKAN TENGAH HARI. Jangan jadi seperti saya. Jika difikirkan semula, ada betulnya juga. Saya pernah terbaca artikel yang mendakwa 2 keping ROTI bersamaan sepinggan NASI. Aiseh! Kenapa la boleh terlupa nih. Sedangkan JURULATIH menyarankan agar nasi di ambil separuh pinggan (kalau sikit daripada tu lagi bagus). Kita hanya perlukan sedikit karbohidrat sahaja untuk menggalakkan pembakaran LEMAK.
TIPS pemilihan MENU SIHAT (tengah hari / malam):
- Nasi (separuh) + 2 jenis sayur (kukus/ rebus/ sup-tanpa minyak) + ikan (kukus/ rebus/ sup-tanpa minyak/ panggang-garam sahaja)
- Bihun Sup (beli-jgn makan kuahnya...buat-rebus tanpa minyak)
- Makan di KEDAI (ambil IKAN masak KARI, tapi ambil IKAN sahaja sebabnya kuahnya berSANTAN-masakan yang lain selalunya berMINYAK dan berGORENG)
- Dilarang: -SAMBAL (cili: kalori tinggi); berGORENG; MAKANAN LAUT (kalori tinggi); IKAN BAKAR (kedai-sebab diperap dengan GULA dan berMINYA...sebaiknya buat SENDIRI); ROTI PUTIH; Makanan RINGAN (sosej, nugget,burger, keju, pizza)
- kesimpulannya lebihkan SAYUR dalam HIDANGAN.
- Elakkan makan yang MASAM2 kerana akan menyebabkan rasa LAPAR.
- sekiranya LAPAR diantara waktu MAKAN, makanlah buah SUNKIST (mengandungi kandungan serat yang tinggi dan membuatkan kita rasa KENYANG) atau pun EPAL.
Kenapa saya pilih HERBALIFE?
- Protein SHAKE yang sedap.
- Boleh makan NASI.
- Mempunyai JURULATIH PERIBADI yang mengajar saya bagimana untuk mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT.
KESIMPULANNYA
HERBALIFE mengajar ANDA untuk mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT. Sekiranya ANDA dapat mengurangkan BERAT badan TANPA BERSENAM, kemungkinan BESAR anda KURANG SIHAT. Bagaimana untuk mengukur tahap KESIHATAN? jawapannya UMUR BIOLOGI. Sekiranya UMUR BIOLOGI semakin berkurang, ia menunjukkan anda semakin SIHAT. Kunci utama dalam menurunkan berat badan adalah DISIPLIN dan BERSENAM. Walau apa produk pun yang anda PILIH, tetapi tidak berDISIPLIN dan berSENAM anda tidak akan dapat hasil yang diIDAMkan dan berkemungkinan BESAR anda KURANG SIHAT.
Jadi
kenapa TIDAK?
kenapa TIDAK?
Give yourself the gift of good life
di TAHUN BARU ini (^.^)
Saturday, January 19, 2013
PERKONGSIAN: Tak Sengaja Menyertai Pertandingan 'LOSE TO WIN'
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum / salam sejahtera~
Pertandingan ni lebih kurang macam dalam siaran tv tu, BIGGEST LOSER...hehehe
"Wada! join pertandingan camni? Biar betul? Wada, awak tu bukannya besar sangat pun." hahahaha...Ye, betul saya tak besar sangat pun tapi saya ada sebab tersendiri kenapa saya sertai pertandingan ni, LOSE TO WIN.
Lepas ni saya ceritakan kenapa saya sertai pertandingan ni ye. Sekarang saya nak bagitau, bahawasanya pertandingan ni adalah anjuran HERBALIFE. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan tempat PERTAMA RM1000, KEDUA RM500 dan tempat KETIGA RM250.
Alkisahnya menyertai pertandingan ini adalah bukan disengajakan sebenarnya. Kebetulan saya sedang mencari PROTEIN SHAKE untuk menggantikan salah satu hidangan dalam makanan harian saya (tak kira la jenama apa pun). Sebab utamanya nak jaga PEMAKANAN. Saya selalu makan NASI dan saya tahu NASI mengandungi KARBOHIDRAT yang tinggi dan penyebab utama kepada masalah KENCING MANIS dan sudah tentunya faktor utama kepada masalah KEGEMUKAN. Apabila UMUR makin meningkat, METABOLISME makin rendah dan menyebabkan cepat GEMUK. Para doktor juga menyarankan kita mengambil lebih protein dalam diet harian (klik sini).
(Rancangan Dr. Oz Show)
(Rancangan The Doctors~ maaf gambar tebalik tak boleh nak rotate plak..hihi)
Berbalik kepada kisah mencari PROTEIN SHAKE tadi, saya sedang pertimbangkan antara produk AMWAY dan HERBALIFE. Kawan2 ada yang amik AMWAY dan ada yang amik HERBALIFE, abah amik HERBALIFE. Melalui cerita kawan2, HERBALIFE ni ada menawarkan Analisis Kesihatan dan kita boleh tahu UMUR BIOLOGI kita . Bahagian ni yang paling menarik. Sejak tengok dalam rancangan BIGGEST LOSER yang kita boleh ukur UMUR BIOLOGI kita, saya teringin sangan nak tahu UMUR BIOLOGI saya. Menurut rancangan tv tersebut, UMUR BIOLOGI menunjukkan umur badan kita. Jika UMUR BIOLOGI melebihi UMUR SEBENAR, maka itulah penyebabnya kita selalunya letih dan lemah kerana BADAN kita lebih TUA daripada kita. Kita boleh mengurangkan UMUR BIOLOGI kita tu mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT. Dan sebab inilah saya memilih PROTEIN SHAKE HERBALIFE.
Saya mengajak mak temankan ke KELAB NUTRISI. Cik Alice Eng, memberi penerangan yang lengkap dan hasil analisis menunjukkan UMUR BIOLOGI saya lebih 11 tahun daripada UMUR SEBENAR, patut la pun..hihihi. Dan saya perlu kurangkan 9kg untuk mendapatkan berat badan ideal. Cik Alice Eng mempelawa saya menyertai Pertandingan LOSE TO WIN, memandangkan saya layak menyertainya. Tiada yuran penyertaan, hanya beli produk untuk sebulan (3 Protein Shake, 1 TEA MIX RM699). Pendaftaran telah bermula 3 hari yang lalu, dan katanya saya masih belum terlambat. Macam menarik. Fikir punya fikir saya SETUJU. Makanya Cik Alice Eng dengan rasminya menjadi JURULATIH saya. Wah! siap ada JURULATIH lagi. Seronok nih.
Maka, segalanya pun bermula. Pertandingan berakhir pada 14 Januari 2013. Hasilnya saya HILANG 5.1kg. Ya! Saya tak menang dalam pertandingan tu (pesaing hebat2 belaka), tapi saya menang sesuatu yang lebih berharga daripada itu, saya tahu bagaimana untuk MENIKMATI GAYA HIDUP SIHAT. Nanti saya kongsikan bagaimana Jurulatih Alice Eng membantu saya dalam menghadapi CABARAN ini.
Terima Kasih ALLAH
Terima Kasih Jurulatih ALICE ENG
Terima Kasih HERBALIFE
p/s: betul2 terasa seperti dalam rancangan BIGGEST LOSER siap ada JURULATIH peribadi lagi...hehehe
Friday, January 18, 2013
PERKONGSIAN: Daripada SKII kepada TABITA
Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum~
Saya berperang dengan kulit wajah dah berbelas tahun lamanya. Produk yang digunakan pun daripada pelbagai rangkaian. 5 tahun kebelakangan ni, saya setia dengan SKII aqua physic. Memandangkan kulit wajah saya jenis yang berminyak makanya saya disarankan untuk memakai produk yang berasaskan air.
Bedak plak, saya memilih yang jenis mineral (RONASUTRA) juga bagi menentang minyak. Ya! Kulit wajah saya lebih baik daripada 5 tahun sebelumnya, alhamdulillah.
Walaupu saya dah memilih rangkaian produk yang terbaik, tetapi kulit wajah saya masih KUSAM dan BERJERAWAT. Saya takut untuk mencuba produk2 yang lain, takut kulit wajah menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Saya terima kulit wajah seadanya.
2 bulan sebelum tibanya ramadan, di tempat kerja saya meletup-letup dengan produk TABITA. 3-5 orang yang beralih kepada TABITA. Saya masih ragu2. Kulit saya bukan sahaja jenis yang berminyak tetapi juga sensitif. Hati teringin sangat nak mencuba tetapi akal logi saya menghalang. Saya membuat sedikit kajian di dalam talian. Ramai yang telah memakai produk TABITA ni rupanya. Pelbagai testimoni yang ada. Ada yang ok dan ada juga yang mengelupas selama berminggu-minggu. Lagi la takut jadinya. Puas saya membelek-belek ramuan yang digunakan, tidak pula ditulis nama bahan kimia yang saintifik hanya bahan2 semulajadi sahaja. Saya memikirkan kemungkinan ramuan yang berbahaya disembunyikan. Akal logik saya, masih menghalang tetapi hati sudah mula goyah.
Salah seoarang kawan saya yang mempunyai kulit yang hampir sama dengan saya, telah mula mencuba TABITA. Setelah 2 minggu, kulit beliau telah menampakkan kesan yang positif. Tiada pengelupasan yang teruk dan tidak juga merah.
Melihat kepada perubahan yang positif itu, akal logik kalah kepada hati. Saya terus memesan satu set. Saya mula memakai pada bulan September.
Pada bulan pertama, kita perlu berpantang daripada memakai sebarang bedak. Mana la biasa keluar rumah tanpa memakai sebarang bedak kan? Rasa nak sorok je muka, dah la kulit wajah memang teruk masa tu kan? Saya kuatkan juga hati, habiskan pantang selama sebulan. Hari demi hari, saya mula nampak perubahan yang positif. Saya hanya mengalami kesan2 sampingan yang sedikit. Tiada sebarang pengelupasan. Setelah sebulan menggunakannya, MasyaAllah! hebat sungguh perubahannya.
Walaupun dah habis waktu berpantang, saya masih tidak memakai bedak (jimat hihi..)
Terima kasih Allah! Terima Kasih Kawan2! Terima Kasih TABITA!
TIPS PEMAKAIAN TABITA:
- Pakai sikit2 je Day Cream & Night Cream
- Toner pakai 1-3 titik je semasa muka masih basah
- Siang : Pencuci Muka, Toner & Day Cream pakai sekali sahaja di waktu pagi * tak perlu pakai semula walaupun selepas basuh muka / mengambil wuduk (muka Disember: waktu petang tanpa bedak dan tidak memakai apa2 selepas basuh muka)
- Malam: Pencuci Muka. Toner & Night Cream *pakai sebelum tidur
p/s: setiap orang mempunyai kulit wajah yang berbeza dan hasilnya juga mungkin berbeza.
Thursday, January 17, 2013
Album Kehidupan: Cuti Celup-Celup (KL-KCH-PONTIANAK-TAIPING)
Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~
Saya nak kongsikan gambar2 yang di ambil sepanjang cuti hujung tahun yang lalu. Memandangkan cuti sekejap je sebab perlu balik bertugas, makanya ia dimanfaatkan sebaik mungkin.
Cuti bermula di
KUALA LUMPUR
Kalau ke sana, Jalan TAR memang sentiasa dalam tentatif program. Kalau korang ke Bazar yang dekat Masjid Jamek tu, cuba tinjau2 ke gerai tudung '10 hengget!'. Memang MURAH giler tudung2 kat situ, berkualiti dan cantik2. Kat depan SEMUA HOUSE plak ada GIANT DONUT. Memandangkan cuti sekolah, GLOBE membuat promosi jualannya dengan cara yang agak menarik, pekerja2 menari tarian poco2 dengan berpakaian sekolah di kawasan ruang legar. Ingatkan bebudak, dua kali toleh 'orang tua rupanya'...hehehe
SOGO & JUSCO juga adalah antara tempat2 yang wajib jejak.
ni plak gelagat anak2 fruit masa menghantar ke LCCT.
bersedia berlepas ke
Tempat pertama: ke Serikin, Sarawak
Rambang mata, wooo...Kat sana panas, sebab berada betul2 di atas Garisan Khatulistiwa. Kalau ke sana jangan lupa pakai topi atau pun berpayung. Andai terlupa, jangan risau sebab ada yang menjual payung dan topi yang pelbagai jenis. Baru pukul 10 pagi, tapi matahari dah tinggi ..fuh! Apa2 pun, puas gak la membeli-belah.
Kemudian, perbaharui PASPORT. Pertama kali guna Kiosk, best gak la. Almaklum la kat tempat sendiri tak de. Ingatkan, terus siap. Rupanya kena datang semula ambil di kaunter. Kuching ni ramai orang, berjam2 gak la menunggu. Aduhai! kalau kat tempat sendiri takde la lama sangat, sebab tak ramai orang yang nak buat pasport ni.
Perbaharui pasport sebab nak ikut rombongan mak ke
PONTIANAK, KALIMANTAN BARAT
INDONESIA
PONTIANAK ni terletak bersebelahan dengan Sarawak. Kalau dengan kapal terbang, tak sampai sejam penerbangan kalau tak silap. Jalan darat plak, mengambil masa 10jam. Saya dan mak memilih jalan darat dengan menaiki bas, baru la luas pemandangan kan?
Jalan daripada sempadan Kuching, Tebedu sehingga ke Pontianak agak mencabar. Jalan kampung dan kecil. Kiranya macam jalan Gulau, Sik ke Pendang. Bukan sekadar kecil tapi agak berliku-liku di sesetangah kawasan. Cermin bas pecah sikit kat sebelah atas, gara2 terlanggar dahan pokok. Syukur alhamdulillah kami semua selamat. Kat sana, takde lebuh raya apatah lagi R&R. Makan nasi lemak dlm bas dan juga jajan buat alas perut, tak singgah makan sebab tak sempat. Lagi pun kedai makan agak payah nak jumpa dan kita tak tahu sama ada ia halal atau pun tidak memandangkan bukan semuanya Islam. Sungguh mencabar!
Masalah yang paling kritikal bagi mereka adalah petrol. Kelihatan banyak lori2 yang tersadai di tepi jalan, gara-gara stesen minyak kehabisan petrol dan mereka perlu menunggu berjam-jam untuk bekalan sampai. Kehidupan masyarakat kampung serba kekurangan. Kelihatan daripada tingkap bas, ada yang mandi air parit (keruh) di hadapan rumah mereka. Van adalah pengangkutan utama bagi pelajar ke sekolah, dan apa yang uniknya van penuh dengan pelajar sehingga ada yang duduk di atas bumbung van. Agak menggerunkan dan membahayakan bagi kita yang melihat, tetapi itulah rutin harian yang biasa bagi mereka. Mereka berjuang untuk hidup. Terbayang, anak2 sekolah di Malaysia, bertapa bertuahnya kita.Pelbagai bantuan yang diberikan bagi meringankan tanggungan. Terima kasih Allah.
Van dan bas juga digunakan untuk menghantar barang dan bukan sekadar orang. Kelihatan di atas bumbung2 van dan bas perabot, tilam dan lain2. Jumlah barangnya bukan satu dan bukan juga dua, macam seisi rumah. Kagum sungguh, cuba perhatikan van kuning tu, ada kerusi, meja, almari di atas van yang sekecil itu. Jika pengangkutan utama di bandar Bejing adalah basikal. Manakala di bandar Pontianak pula adalah motosikal.
Salah satu pengalaman menarik adalah makan di restoran bergerak. Menikmati makan malam sambil menyusuri sungai. Bukan menaiki cruise ye, tapi bot nelayan..hehe
Kat sana pun tengah musim durian, masa tu. Banyak gerai2 yang menjual di tepi jalan. Beli dan terus makan, ada disediakan meja dan kerusi. 3 biji berharga 7500 rupiah, lebih kurang RM3.
Pasar Sudirman, adalah kawasan membeli-belah yang sering dikunjungi oleh pelancong mahupun orang tempatan. Terdiri daripada deretan kedai2 dan juga bazar. Konsepnya sama macam bazar2 yang lain, menjual baju, tudung, pakaian kanak2, kasut dan lain2. Kalau kena gayanya, dapat gak la sepasang dua yang berpatutan harganya dan berkualiti.
Bersebelahan dengan stadium pula, terdapat deretan kedai menjual cenderamata. Antara yang uniknya adalah gula2 yang diperbuat daripada aloe vera. Hasil kreativiti masyarakat di sini.
Kesimpulannya, Pontianak adalah sebuah bandar besar yang sedang pesat membangun. Walau pun demikian, kebanyakan penduduknya masih serba kekurangan. Banyak pengalaman berharga yang sempat dikutip di negara orang. Setiap pengalaman membuatkan diri ini sentiasa bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, alhamdulillah.
Terima kasih Allah, terima kasih mak di atas tajaan percutian..hehe
Balik Pontianak, sambung ronda2 di Kuching.
Waterfront
Kat sini la tempatnya kalau nak beli terubuk masin (freshly made), Satok.
Kek Lapis pun, salah satu item wajib beli kalau ke Sarawak. Cubalah semua sample yang ada dalam tray, sampai kenyang pun boleh..hihihi
Antara makanan-makanan Sarawak yang menjadi kegemaran. Mee Kolok, Mee tak ingat nama (hihi), Daging masak hitam Sarawak dan Pulut inti Periuk Kera.
Balik ke KUALA LUMPUR
Ronda2 lagi. Tertembung plak dengan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Macam tu rupanya senario di Stadium Bukit Jalil tatkala ada perlawanan, selalunya lengang je.
Kali ni, kami ke IKEA plak..huhu
Balik daripada KL
kami ke TAIPING, PERAK.
Nama je Perakian, tapi inilah pertama kali menjejakkan kaki ke Taiping.
Best rupanya Taiping ni. Banyak tempat yang boleh dilawati. Nanti nak pi lagi.
Alang-alang dah ke sana, apa lagi. Tak lepaskan peluang ke Kuala Sepetang demi untuk menikmati sendiri Mee Udang Banjir, Mak Jah. MasyaAllah! Memang SUPERB!
Pekena plak Durian kampung lepas tu. Pakej yang lengkap gitu.
Ada 2 gerai NASI LEMAK yang popular dalam kalangan masyarakat setempat di Taiping.
Gerai ni digelar masyarakat setempat Nasi Lemak Bukit Doremon (tak tau la kenapa namanya sedemikian). Berhadapan dengan Taman Lake View.
Subhanallah! Banyak pilihan lauk-pauk dan dijamin sedap insyaAllah.
Warong Muhibbah pula digelar Nasi Lemak Orang Kaya. Tak kurang hebatnya. Kaya dengan kuah dan juga sotong kembang yang besar. Walau bagaimanapun, pilihan lauknya tak banyak.
Akhirnya kembali ke tempat sendiri
HOME . SWEET . HOME
.: Thank You ALLAH for all the GREAT moments :.
Subscribe to:
Posts (Atom)