Saturday, July 20, 2013

~ WIZSHOP kembali beroperasi ~

Bismillahirrahmanirrahim
~assalamualaikum wbt~


Setelah berehat selama 2 tahun, kini WIZSHOP kembali beroperasi.  Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami memulakan semula operasi pada bulan Ramadhan bulan yang mulia dan penuh keberkatan pada tahun ini.

WIZSHOP masih mengekalkan konsep yang sama.  Kami menawarkan pelbagai barangan untuk seisi keluarga.  Ada pakaian yang comel2 untuk si kecil.


Ada tudung2 dan pakaian yang trendy tapi masih menutup aurat seperti yang syariatkan untuk si ibu & anak daranya.


Ada perfume untk si Ayah & anak terunanya dan insyaAllah kami bercadang untuk menawarkan pelbagai lagi barangan keperluan rumah.

Kami hanya beroperasi secara online.
Kunjungi kami di FACEBOOK.
Jangan lupa LIKE kami untuk dapatkan
info2 terkini daripada WIZSHOP (klik sini).

Jumpa anda di WIZSHOP.

"Kegembiraan anda, kepuasan kami"


Tuesday, July 9, 2013

Mencari CIKGU yang hilang di dalam DIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~

Saya selalu 'lost' apabila berada di pertengahan tahun.  Hampir setiap tahun macam ni. Tahun ni merupakan tahun ke-12 bergelar CIKGU. Apa yang di'stres'kan pun tak tau la..hehe. 

Setiap tahun ada sahaja CABARAN baru yang perlu digalas.  CABARAN luar bilik darjah.  Dalam erti kata yang lain kerja2 lain selain daripada mengajar. Kerja2 luar bilik darjah adalah seperti yang telah saya kupas dengan panjang lebarnya dalam entri 2 tahun lepas iaitu 'Guru 360 darjah'. Keadaan ini menyebabkan saya hilang fokus di dalam bilik darjah.

Ketika ini otak saya ligat berfikir dan bermuhasabah untuk mencari kelemahan diri serta mencari punca 'stres' yang dihadapi saban tahun. Saya meneliti beberapa artikel untuk dijadikan panduan. Antaranya:
Alhamdulillah. Rasanya saya dah tau punca utama 'stres' yang dialami selama ini.  Saya akan cuba perbaiki apa yang boleh.  Moga Allah beri kekuatan dan ilmu kepada diri dalam menghadapi profesion yang menCABAR ini. 

# CIKGU itu belum hilang & masih berada dalam DIRI, insyaAllah (",

Ulangkaji PUASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
~assalamualaikum~


InsyaAllah esok bersamaan 10 Julai 2013 umat Islam sedunia akan mula berpuasa.  Hari ni belek2 entri 2 tahun lepas berkaitan dengan PUASA. Wada saja baca semula apa yang telah dikongsikan bersama.  Kiranya macam ulangkaji la. Jom kita sama2 mengulangkaji segalanya berkaitan ibadah PUASA.  

Tiada yang kita harapkan selain daripada ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Semoga ibadah PUASA kita pada tahun ini lebih cemerlang daripada tahun2 sebelumnya. Amin.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...