سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لااِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
Monday, February 23, 2009
hear them..
ala..soalan simple mimple je:
1. saya suka subjek science.
ya / tidak
a) saya suka subjek science kerana........
b) saya tidak suka subjek science kerana........
2. saya suka cara guru science saya mengajar.
ya / tidak
a) saya suka cara guru science saya mengajar kerana........
b)saya tidak suka cara guru science saya mengajar kerana........
3. saya akan suka belajar science sekiranya guru science saya....................
mcm2 komen yg bebudak ni tulis...yg kelakar pun ade...budak oh budak...memacam hal...
secara kasarnya 99% bebudak tu meminati science..dan 99% juga yg suka cara pengajaran ku...senang phm kataya...alhamdulillah
n 99% jugak la akan lebih suka belajar sekiranya gurunya x garang; sentiasa memberi dorongan; mengambil berat...
aku jenis yg menekankan disiplin n seorang yg tegas masa mengajar...coz niat aku untuk mendidik...selepas soal selidik tu..aku terpanggil tuk ubah style skit...aku ttp tegas..but guna pendekatan yg lain skit...myb menegur dlm nada yg berbeza dari sebelum ni...more jokes with them..sentiasa dorong diaorg tuk berjaya..dan try to be caring..
x rugi mendengar keluh rasa anak murid tu..layan emosi diaorg tapi still dlm batas2nye..jgn sampai kite terbeban dah la...curahkan sedikit perhatian dan kasih sayang pada mereka..
teach them n hear them...
moga anak2 ni akan menghadapi dunia luar sebagai insan yg cemerlang...AMIN
Sunday, February 15, 2009
share
ade kawan yg cetuskan ttg teknik ulangan untuk membantu bebudak mengingat...
so..dlm sebulan setengah ni..aku guna teknik tu la setiap kali ade kelas...KAEDAH '5 minutes' & 'POP QUIZ'...hasilnye alhamdulillah..ramai students lulus..
yg gagal pun 25markah ke atas..ade la sorang je yg dpt 17 markah...
5 minutes: baca or tgk balik nota2 lepas
POP QUIZ : diadakan selepas '5 minutes'
-soalan dibacakan kepada group A...selepas beberapa saat..guru akan memanggil nama pelajar yg akan menjawab...
kalo pelajar tersebut menjawab dengan betul 2 markah diberikan..kalo salah soalan dibuka kepada group member..
kalo masih salah..soalan terbuka kepada group B & C...dan 1 markah diberikan...maximum 3 round...
pastu baru masuk new lesson....teknik ni berkesan setakat ni...
cumanye kalo kelas ujung tu kena banyak sabo la..myb akan amik masa dlm 20min sblm mula new lesson...
dan T&L bleh laju n lebih senang kalo ngajo guna modul..masa x terbuang salin nota...
NO PAIN, NO GAIN
cayuk2...cikgu cikgi semua

//thnx peja for the idea
Saturday, January 24, 2009
SANG MUROBBI
ade ulasan kat sini
Saturday, January 17, 2009
guru cemerlang..guru berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
-
Bersikap profesional.
-
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
-
Kaya ilmu.
-
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
-
Bermoral teguh.
-
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
-
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
-
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
-
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
-
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
-
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
-
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
-
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
-
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
-
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
-
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
-
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
(a) kecemerlangan peribadi,
(b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
(c) kecemerlangan kerja,
(d) kecemerlangan komunikasi, dan
(e) kecemerlangan potensi
1.8 Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan positif.
1.9 Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran; dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program tindak susulan.
1.10 Dari segi kerja, Guru Cemerlang, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
1.11 Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara bertulis mahupun lisan.
1.12 Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah.